Friday, July 29

Kembara dalam Perjalanan Sebuah Haraki...


Assalamualaikum WBT...


bila disebut tentang Haraki sebelum ni..
ambe hanya buat2 tak tahu dan tak nak ambik tahu..
apa tu Haraki..nama Jepun..maggi Kari..
ish3..dasyat btul..
ambe secara hakiki dan naturalnya malas nak ambik tahu apa yg jadi kat negara sendiri..
apa nak jadi..jadilah...
eshh..tak sukalah politik Malaysia..kotor~
lantaklah..aku bukan nak duk kat Malaysia pon pasni..aku nak gi Palestin..huuu..


sebelum ni..
mungkin ambe ada sentuh beberapa kes melibatkan politik malaysia..
antaranya ambe pernah sebut kes teoh beng hock dan SPRM..
ambe pernah cerita tentang penganiyaan kerajaan dngn sistem pembaharuan yg menyusahkan..
yaa..ambe pernah sebutkan secara halus..tanpa melibatkan mna2 pihak scra khusus..
ambe jgak ada komen2 kat wall beberapa tokoh politik..
tegur secara halus dan argue apa yg ambe rsa salah..
haishh..bleh jadik Hang Nadim versi moden nihh..
namun takdir..
ia berjaya dihidu pihak berkuasa dirumah..(ibunda tercintala...)
dan ambe diberi warning dan kad merah agr menghentikan komen2 pedas dalam politik..
"belajala dulu..tok soh tulis la sal bendo2 gini..susah kekgi"
dan ambe patuh dngn arah pihak berkuasa dirumah..
bimbang kecik ati..tak merasala nasi ayam sedap yg bleh didapati tiap kali balik cuti sem..huhuu..
dan masih lagi patuh..
ambe takkan sentuh pasal poltik..ambe janji..
andai kata la tersentuh secara spesifik..tegur ambe..
sebab pihak berkuasa dirumah sentiasa membuat pemantauan nihh..
hehee..Assalamualaikum org umah..


mungkin kerana pengaruh media yg  bias..
kebebasan bersuara dan ekpresi dalam politik disekat ..
ambe jadik kurang / malas nak ambik tahu apa yg jadik kat Malaysia..
aim ambe..abis belaja..carik keje..kumpul duit..
cukup duit buat tanggung mak ayah..ambe pegi sukarelawan..
hidup dan mati dalam kerja2 sukarelawan...dah settle..
matlamat hidup ambe cuma nak membantu umat Islam yg teraniaya...


"wajihah..awak tahu tak..umat islam kat Malaysia ni lebih teraniaya berbanding kat Palestin..
kita ditindas dengan segala bentuk penganiayaan..kamu sedar tak tu.."
ambe hanya memandang wajah hamba Allah itu dgn penuh tndatanya..
lama..tak mampu membalas renungannya..ambe tunduk diam..ibarat pesalah yg baru dijatuhi hkuman..


"umat Islam ditindas dngan hiburan melampau..kerosakan akhlak dimna2..
sedangkan mreka tak sedar mreka sbenarnya ditindas..kamu tahu tak dah berapa ramai yg syahid di malaysia kerana perjuangkan Islam.."
sekali lagi ambe tergamam..hanya gelengan yg mampu ambe berikan sbgai jwapan..
kenapa ambe tak tahu..kenapa ambe tak pernah tahu..


"tercatat disini..tokoh peringkat Nasional adalah Dr.Mahathir..kamu cakap kamu adalah penyokong kuat HAMAS..tahu tak yang Dr.Mahathir enggan bertemu dengan wakil HAMAS ke Malaysia semasa persidangan di Malaysia.."


"tahu tak..yang segala bantuan yg disalurkan tidak sampai pun kepada HAMAS tetapi FATAH.."
ibarat serangan bertubi-tubi menyerang jantung...ambe kaku tanpa jwapan..hnya diam berfkir..
tak..ambe tak mampu berfikir...
Ya Allah..ampunilah hambaMu ni yang tidak tahu..salahnya aku tidak ingin ambik tahu..
sampai perkara camni pon aku...Allahuakbar..


terlintas sekilas di fikiran ambe..bukankah kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf HAMAS sebagai sebuah kerajaan yang SAH tetapi FATAH..kenapa..adakah kerana ideologi perjuangan yg sama..
perjuangkan bangsa..perjuangkan Assabiyyah..
bukan agama .. Astaghfirullahalazim...
itukah maksud yg ingin disampaikan mereka...


kalau ikutkan hati ingin menangis..memang ambe nak nangis..
mengenangkan kebodohan ambe yg tidak mengambil tahu saudara dekat dngan ambe..
"kuman diseberang sungai jugak yg dia nampak..gajah di depan mata buat tak tahu.."
lontaran pedas menujah ketelinga..menusuk ke tangkai hati..
bukan terluka..tetapi ibarat menyedarkan ambe dari mimpi lena yg panjang..
MasyaAllah...panjang betul lena ambe..
dibuai keasyikan harapan yg terenda tinggi ke langit..sampai lupa pada kaki yg masih menjejak ke bumi..
mujur ambe disedarkan..
bagaimna nanti ambe hanya sedar tatkala maruah agama dan tanah air sudah tergadai..
sedangkan ambe berkelana jauh dibumi saudara yg jauh..
saudara yg dekat ambe hnya mmpu melihat dari jauh smbil mrenda hrapan2 baru..
yg mungkin sudah lambat utk digapai...Nauzubillahimizalik..


kesedaran dalam kembara dalam perjalanan sebuah Haraki..
memberi impak besar dalam hidup ambe..
ambe yg kurang semangat..lebih banyak berbicara tentang hal2 kecil ..
sperti cinta..couple..dan lebih kepada tarikat dan makrifatullah..
tanpa sedar bhawa ada satu elemen yg penting dalam pemeliharaan aqidah..
iaitu perjuangan Islam..


kenapa Perjuangan Islam tu satu tuntutan Aqidah..??
kerana dlam konteks situasi umat Islam di Malaysia kini..
kita tutup skop yg jauh..kita tutup seketika lensa kita di Palestin..di Kashmir..
di Pattani..di Syria..dan negara Islam lain..
bukan melupakan tetapi mengecilkan skop kita agar perkara yg lebih penting tidak terlepas pandang..
apa sebenarnya yg jadi di Malaysia sahabatku..

apa yg paling hangat ...

kes pembuangan bayi...




kerosakan akhlak remaja di paras kritikal...



pergaulan bebas dan budaya couple....





membiak suburnya tempat2 maksiat yg diluluskan kerajaan..




dan paling dasyatt...

Murtad~



ape semua ni??
realiti..fantasi..atau rekaan semata-mata..
untuk tujuan menakut-nakutkan kita...atau hanya selingan utk mencantikkan isi dlam entry kali ni..
hiburan melampau yg digalakkan oleh pemerintah...
bukankah ini semuanya penganiayaan dan kezaliman...
menghanyutkan generasi dan umat Islam agar leka dan tidak kenal dengan agama sendiri..

Islam hanya tinggal pada nama..manakah Islam pada akhlaknya..pada zahirnya..pada amalannya..tiada~

ISLAM HANYA PADA NAMA..
bila ditanya kenapa ISLAM??
kerana warisan..kerana ikut-ikutan..kerana IC sy cakap sy Islam..MasyaAllah..
bukankah kerana Aqidah..bukankah kerana yakin bahawa ISlam adalah agama yg BENAR..
kenapa...dan kenapa..soalan yg harus ditanya pada diri kita sendiri...
kenapa jadi benda2 mcam ni kat anak2 kita..
kerana kurang suburnya rasa kepentingan kepada hidup beragama..
kenapa rasa kepentingan tu kurang..
kerana budaya hedonisme..cinta dunia dan takut mati telah menyelubungi dan merantai tangkuk hati dan minda umat Islam kita...di Malaysia..


salah kah bila ambe kata...
kerana itulah perjuangan Islam itu satu tuntutan..
tuntutan untuk memelihara aqidah kita..
agar tidak runtuh dann hanyut dibuai keasyikan arus gelombang dunia yg mnyesatkan..
yg akan menenggelamkan kita suatu hari nnti..di mna penyesalan itu ibarat tin kosong yg tidak terpkai..
hanya berbunyi namun isinya tiada..nak ke kita?? tak nak kan~
bagaimana memperjuangkan islam..??
dengan berada dlam barisan jemaah..
jemaah yg benar2 bermatlamatkan Islam..
membawa Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah sbgai ganta azimat..
membawa Al-Quran dan As-Sunnah sbgai medium pelengkap kehidupan..
jemaah itulah yg dipanggil Haraki..
Harakiah Islamiyyah..
mungkin ada antara sahabat2 ambe yg kurang faham akan matlamat perjuangan haraki..
akan ambe utarakan dalam entry2 akan datang..


cuma setakat disini..ambe ingin tegaskan betapa pentingnya perjuangkan islam utk Aqidah..
dan begitu pentingnya Aqidah utk perjuangan Islam..
kaitannya...
perjuangan Islam utk memelihara Aqidah agar tidak dirobek dihancurkan oleh musuh Islam di mna Aqidahlah yg menentukan jatuh bangunnya umat Islam kita hari ni..
dan Aqidah yg merupakan satu kekuatan yg harus dimiliki setiap pejuang Islam agar perjuangan asalnya tidak lari dari matlamat asal dan Syariat yg digariskan Islam..sangat rapat perkaitannya..
untuk Aqidah kita..perjuangkanlah Islam..
untuk perjuangkan Islam..teguhkan dan mantapkanlah Aqidah kita..



dalam jalan perjuangan..jika kita tidak berani ambil risiko..
janganlah berani utk kita katakan kita perjuang Islam..
pejuang yg cintakan islam yg benar2 ingin perjuangkan islam
takkan gentar dngn peluru..takkan rebah kerana kekuasaan pemerintah yg zalim...
takkan lari dri medan perang yg realiti dan takkan pernah mengalah dari berpaksikan Aqidah yg satu...

kalau nak diceritakan stiap sosok kisah kembara dalam Haraki..
rasanya tak tertulis kat sini..
ambe belum cerita lagi sal Panji..sal kewajipan intima'..
takpe2...ambe akan sambung di entry akan dtang..
sentiasalah mencari..
sentiasalah mengkaji..
janganlah kerana situasi negara sudah aman..
ia menjadi alasan utk kita terus hanyut dan malas berfikir dan mengkaji..

akhir kalam..
salam muhasabah dan islahkan diri..

Wallahualam...Assalamualaikum~




Thursday, July 28

Ukhti..Ana Nak Kawin~


AssalamualaikumWBT..


Apa khabar iman sahabat2..
mcam biasa soalan klise ditanya..
dan harapan klise yg sama..mga iman sahabat2 sntiasa teguh
mantap..mujahadah..dan dilindungi dari pembolak-balikkan..(uikss..)
amin~
rindu ambe tak??
lama jugakla ambe tak update maklumat2 terbaru..
maklumlah hati dan jiwa dalam kesedihan sejak akhir2 ni..
Astaghfirullahalazim..
dan ambe plak gi melayan plak kesedihan tu smpai terabai bnyak perkara penting..
antaranya update blog la..kihh.


"ukhti, ana rasa nak kawinla..." ucap salah seorang sahabat pda ambe..
terkebil-kebil dan terpaku lama dengan kenyataan tersebut..
salah dengar ke?
atau ambe yg sedang Unsound Mind..
eshh3..never2..ambe blurr je..
"urmm..kenapa ni..tiba2..umm.."
"entahla..ana sendiri pon tak tau..tapi ana rsa nak kawinla.."
"urm..kahwin tu baik ukhti..tapi tak rasa awal ke.."
lama sahabat tu diam..mungkin kecewa dngn jawapan ambe yg tak mmbantu..
dia sahabat yg lama ambe kenal..
seorang yg bagi ambe tak berpotensi utk brbicara prkara sperti ini dngn ambe..
maksudnya seawal ini..
mungkin krana dia seorang yg tak prnah ambil kesah dngn mainan perasaan.. 
tak pernah melayan..tak pernah mengharap...
tapi bila dia sndiri lontarkan soalan 'sentap jiwa' ni..
memanglah ambe terkedu...haishh~


entahla..ambe tak reti sbenarnya nak komen bnyak2 sal Baitul Muslim..
maksud ambe sal pembinaannya..
yes, ambe akui sbelum ni ambe bnyak sentuh hal berkaitan couple..
sal cinta dalam Islam..
tapi untuk memberi nasihat ke arah itu..
jujur..ambe tiada pengalaman...



"jap..kita kan belaja lagi..umur pon baru nak msuk fasa ketuaan(sigh*)...tak ke 
kahwin akan menjerumuskan kita dlam msalah lain..mksudnya..kita belum matang sepenuhnya utk memikul tanggnjwab mcam ni...berkata tu mudah ukhti..tapi benda ni tak semudah yg dibayangkan.."


"ukhti ku.. ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah krana ingin memelihara kehormatannya..ukhti faham kan maksud ana.. dalam situasi sekarang..gejala couple di mana2..nipisnya bi'ah solehah di sekeliling kita dan kuatnya pengaruh utk ke arah maksiat..enti sendiri sedar kan..dan enti sendiri pon pernah mengadu kat ana yg kat tempat enti pengaruh sosialnya sangat dasyat..mana yg nak dimudahkan bagi enti"


giliran ambe terdiam lama..

dalam situasi di atas..
dimana sahabat ambe telah menyentuh 
hal berkaitan couple , Bi'ah solehah dan pengaruh ke arah maksiat..
sbenarnya mengingatkan ambe pada satu artikel ditulis Ustaz Nasruddin Hassan al-Tantawi
tentang nikah khitbah..

semestinyalah satu statement kontroversi
yg mngatakan mahasiswa kurang cemerlang kerana kurang bercinta..
teriang-iang di kepala ambe..kelakar..memang kelakar...
namun makna disebaliknya memberi seribu satu telahan di minda ambe yg kurang matang nihh..hihhi..
couple dalam Islam..ada ke??
diterangkan dalam artikel tersebut bagaimana tersasarnya teori masyarakat sekarang tentang apa yg dimaksudkan dngan cinta dan apa sebenarnya couple..
ambe dah bnyak sentuh benda2 ni dalam entry sbelum ni di mna cinta couple dalam islam..
hanya diistilahkan slepas adanya akad nikah yg sah..
ingat lagi tak??


dan rasanya belum pernah ambe sentuh secara mendalam tentang nikah khitbah,,
sebelum ni pon..ambe bagi statement general 
tentang pentingnya dan perlunya ikatan yg halal dalam percintaan..
nak sentuh lbih2 pasal nikah dan baitul muslim ni..
ambe rasa cam tak layak lagila..
umur pon masih muda..perangai keanak2an tu masih sebati dlam diri..
sampai ada sedara mara penah tanya ambe..
soalan yg menyentap jiwa..
"wajihah ni darjah berapa?"
klau setakat tanya sekolah kat mana tu tak kesah lagi..
tapi kalau ingat ambe ni sekolah rendah lagi..sangat2 lah menyentap jiwa dan perasaan..huhhu
dahh lupakan yg tu..asyik tersasar jek..


bila sebut nikah khitbah atau bhasa mudahnya nikah gantung..
ramai yg keliru..
dan rmai yg beralasan kononnya keluarga smestinya tidak merestu..tdak mmpu dri segi kewangan dan belum bersedia spenuhnya utk memikul tanggungjwab..
dan mereka lebih rela merisikokan diri dalam situasi gejala sosial yg dasyat ..
terjebak dlam zina hati scra tak sedar .. bercouple.. dan sbgainya..


ambe petik maksud khitbah yg diutarakan ustaz nasruddin dlam artikelnya tentang Nikah Khitbah..
Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. 
Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya
 Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.


haa..tulah maksud nikah khitbahnya..
bila ambe usulkan perkara ni pada sahabat2 yg sedang hangat dilamun cinta..
dan shabat yg berkeinginan utk bercinta..
pelbagai respon yg ambe terima..


"boleh ke..rsanya mak ayah tak kasila".
"tok soh wat lucula..ado plok nak nikoh gantung..maceyla mudoh.."
"entahla..kitorang takut..kalau nikah kan..ada masalah nanti..jadi lain plak..klau couple ni kita bleh kenal dia..sesuai ke tak ngan kita nanti"
"waji stat dulu.."


eyhh..ambe bgi cdangan je..
utk memudahkan...utk menyelamatkan..diri kita sndiri..
fahamilah situasi sekarang..iman dan kemantapan aqidah kita di dalam paras genting..
dngan Bi'ah Solehahnya yg hampir tiada..
maksiat dan perkara tak bermoral berlaku di mana2 saja..
mcam shabat ambe bagitau tu..
kalau di dalam suasana yg selamat..
ambe ambik contoh UIA..
mungkin tak rsa sngat betapa dasyatnya realiti yg berlaku dlam konteks kampus yg tiada suasana Islamik dan keperluan kpada kehidupan beragama...
tapi di kampus yg tinggi paras hedonisme..
gejala maksiat dan budaya couple yg bleh didapati di mna-mna..
bagi mreka yg belum mantap keteguhan dirinya..ada rasa ingin bercinta..
atau sedang dilamun cinta..ish3..
solusi yg terbaik..berkhitbahlah..
bagi yg masih mampu ..melawan..menahan diri dari godaan etc sperti tertera diatas..
ayuh sama-sama kita fokuskan pada pembelajaran dulu...
dan fokuskan matlamat kepada dakwah dan aktiviti Tabiyyah agar sntiasa terisi..
minda..hati dan jiwa dngn tautan tarbiyyah rohaniah..


akhir kalam..
bagi menjawab lontaran hikmah dari sahabat ambe..
ingin ambe tegaskan..
teruskan ukhti..jika utk kebaikan enti...ambe akan sokong dari belakang..
jngn pernah mengalah perjuangkan apa yg enti rsakan yakin..
dan mampu..insyaAllah..
Allah akan membantu usaha enti..
untuk menjaga diri dan kehormatan enti sendiri..
khitbah dan perkahwinan tu perkara baik ..
maafkanlah sahabat ini yg tak mmpu mmbantu..
apapun moga Allah permudahkan segala urusan enti yepp..


Wallahualam..Assalamualaikum WBT...





anda sudah bersedia untuk mendirikan Baitul Muslim..
namun masih ragu-ragu dan tidak yakin..
kewangan belum stabil??halangan keluarga??
masih belajar??

sila klik link di bawah..InsyaAllah..ikhtiar sahabat2 akan membuahkan hasil.. :)


Friday, July 15

Al-Fatihah buat yg insan yang telah mengajarku menulis...


Assalamualaikum WBT


Al-Fatihah ...
diutuskan buat Arwah Abg Longku Nik Mohd Khairul 
yg telah meninggalkan dunia ini 5 tahun yg lalu..
mungkin pemergian ini satu kebhagiaan buatnya..
yg telah menderita sakit sekian lama..
akhirnya dia pergi disuasana yg hening dan penuh ketenangan..
Hari Jumaat yg redup..sebaik sebelum Azan Subuh berkumandang..
dia pergi meninggalkan dunia ini dengan tenang..
dngan lafaz syahadah dibibirnya lesu...
sungguh ..aku turut impikan pemergian sperti itu..
hari yg terpilih..hari yg syafaat dilepaskan seksa kubur...
Moga arwah tenang dan bahagia di alam sana..
ditempatkan bersama-sama org yg beriman dan beramal soleh...


ambe bukanlah insan yg rapat dngn Arwah Abg Long..
dia lebih rapat dngn Arwah Abg Lamin sepupu kami..
yg meninggal dunia setahun sblum meninggalnya Arwah Abg Long..
akrab dari kecil..dan meninggalnya jga tak lama beza..
ishh..tak spatutnya ambe menceritakan hal org yg telah pergi..
namun ingin kunukilkan agar ambe tak terus lupa..
utk kirimkan ingatan dan doa buatnya di alam sana..


sebelum ambe lupa..
 dialah insan yg paling berjasa..
yg mengajar ambe mengenal erti huruf..
org yg berjasa mengajar ambe menulis..
menggunakan tangan kanan..
menulis nama sendiri..dan akhirnya ambe menjadi penulis..
ambe akui..ambe adalah kanak2 yg kurang dlam pelajaran..
sedangkan dia pelajar cemerlang dan pandai..
ambe tak setanding dia dalam pencapaian hidup..
jika dia masih ada ..ambe yakin dia akn menjadi org yg berjaya..
jika bukan kerana perkara itu..
ambe yakin dialah org yg paling hebat dlam keluarga..
namun semuanya takdir Allah..
dia rebah dipertengahan jalan..dan sungguh kami tersentap dngn keadaan ini...
namun siapalah kami utk menentang takdir..
setiap yg Allah tetapkan adalah terbaik..
biarlah dia pergi dngn tenang kerana kami juga akn menyusul..


jika ingin dipuji kerana penulisanku...
pujilah pada dia insan yang telah mengajarku menulis..
insan yg telah mengajarku bhawa hidup adalah tak seindah yg kita bayangkan..
dan hidup ini jika tiada kekuatan..tiada pengharapan..
kita akan rebah tanpa ada tempat utk berpegang..
berpeganglah pada Allah..insyaAllah kamu selamat..
itu yg kupegang..itu yg kuharapkan..
Al-Fatihah kutuskan buatnya..
agar dirinya dibawah naungan dan perlindungan Allah sntiasa..
smpai masa kita akn bertemu juga..

Terima Kasih buat Insan yg telah mengajarku menulis..
A-Fatihah..


(gmbarnya tak dpat dikepilkan..mohon maaf..)

Lost of Hope..


Assalamualaikum WBT..


Allahuakbar..dah lama rasanya blog ni tak tersentuh..berhabuk..berdebu..
bersawan..sume ada..
waji pon sbenarnya lost of hope utk menulis..tak tau kenapa..
Alhamdulillah..akhirnya..(akhirnya nihh..)..Allah kuatkan hati utk merenda sepatah dua kata 
sebagai pelengkap perjalanan hidup Kuntuman Hati(blog ni )..
takutnya..klau tak diperbaiki..kelopak pada kuntumannya jatuh satu persatu..
gitulah~


Apa khabar iman sahabat??..mga sntiasa diupdate dngn Anti-Virus (solat dan ibadah)..
utk mengelakkan hati dan iman dripada divirus dngn virus2 dunia..
virus penyakit hati..virus kekosongan jiwa..virus kehilangan harapan sperti waji skrang..(huhhu..)
wlaupun apepun sntiasalah update iman kita dngn ibadah..
sntiasalah protect iman kita dngn suburkan ketakwaan pada Allah..
insyaAllah..mga terhindar lah kita dari virus2 dunia yg merosakkan..


Lost of Hope..
kenapa nih~
Astagfirullahalazim...tak patut btul waji rsa camni..
tapi kita hanya insan biasa ..
bukanlah malaikat yg imannya sntiasa bertambah..
bukanlah Nabi yg takwanya sentiasa teguh memperjuangkan agama Allah..
waji@ambe juga insan biasa yg imannya turun dan naik..
bila tiba masanya akn lemah..
akn tiba masanya kuat dan ingin menguatkan..
luaran tampak senyuman namun hanya Allah yg tahu ada hati yg tersayat...



silapnya disini..mga dpat diambil iktibar utk smua..
waji tersimpan harapan pda ssuatu yg tak spatutnya..
mula2 anggap stiap kputusan dariNya adalah terbaik dan cuba meneriman stiap ujianNya dngan redha..
tapi hanya kerana satu sebab..
iaitu BERHARAP PADA DUNIA..
jadi harapan hilang begitu saja..
bukanlah harapan pada Allah..(Nauzubillahiminzalik..)
tapi harapan pada diri sendiri..Allahuakbar...


jadi disini waji nak ajak sahabat2 juga diri waji sndiri..
agar tdak terlalu mnympan harapan pada dunia..
ckuplah kita yakin Allah dah tetapkan  yg terbaik untk kita..
jangan persoalkan ..
jangan persalahkan..
nilai semula diri sndiri..
perbaiki yg salah..dan tambah baikkan yg sudah baik..
yg pasti Allah akn hadiahkan yg terbaik ats setiap usaha kita..
jngn jdikan kgagalan sbgai noktah terakhir..
sedangkan di spanjang perjalanan..
akn ada kemanisan yg menanti..


utk diri sndiri dan sahabat..
teruskan perjuangan walaupun bberapa kali kita rebah..
sapu air mata kegagalan itu dngn sapu tangan keredaan..
Moga Allah hadirkan kejayaan itu dlam jalan yg terbaik yg mngkin kita tak sedari..
Subhanallah..

gamba ni takde kaitan..jngnla pi sruh org bkan muhrim sapu air mata kamu plak..

ni waji nak kongsikan satu puisi(eyh..puisi ke..he3.)
yg diambil kat wall GIA kesayangan waji..
mga dpat diambil sbgai medium utk perbaiki diri..
dalam menilai cinta suci Allah..

Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar..
TUHAN memberiku kaktus berduri..
Aku minta TUHAN seekor kupu-kupu..
TUHAN memberiku seekor ulat bulu..
Aku sedih dan kecewa..
Namun kemudian..
Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat bulu itu berubah menjadi kupu-kupu cantik.
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan..
Tapi TUHAN memberikan apa yang kita perlukan..
Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka..
Tapi jauh di atas segalanya
TUHAN telah mengatur yang terbaik
dalam kehidupan kita..


jom sama-sama kita renung..
kita muhasabah balik diri kita..
apa yg kurang kita perbetulkan..
apa yg salah kita jadikan ia sbgai titik permulaan anjakan meniti kejayaan..
insyaAllah..

Wallahualam..Assalamualaikum..