Friday, October 22

Rinduku Padamu Tanah Bertuah..

Islamophobia..Dunia Islam Kini...

PENGENALAN
Peristiwa 11 September 2001 meninggalkan pelbagai memori pahit dalam diari umat Islam apabila peristiwa tersebut menjadi batu loncatan bagi blok Barat yang berpaksikan Yahudi Zionis menyerbu ke negara Islam meratah dan menghina umat Islam diatas nama Humanism dan terrorism. Kita juga maklum pendedahan beberapa NGO yang ditubuhkan di Amerika Syarikat berkenaan konspirasi dan agenda kotor zionis berproksikan AS pada peristiwa 9/11 menjelaskan kebobrokan dan kebencian mereka terhadap Islam. Peristiwa 9/11 secara tidak langsung ada pro dan kontra kepada umat Islam.Pro-nya ialah masyarakat Barat dan dunia mula membuka mata tentang Islam, dan kontranya ialah pelabelan Islam sebagai terrorist dan tekanan umat dunia pada masyarakat Islam di seantero dunia,juga ketakutan tidak berasas masyarakat dunia pada Islam,iaitulah Islamophobia.
ISLAMOPHOBIA, SATU KAJIAN
Bila berbicara tentang Islamophobia, definisi yang mudah untuk difahami ialah rasa fobia atau kebimbangan terhadap islam samaada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan segala yang berkaitan dengan Islam. Ia merupakan agenda Barat yang diperkenalkan 10tahun yang lalu yang terus dimangkin dengan peristiwa 9/11. Namun, apakah ianya agenda Zionis yang berjaya? Ya, zionis dengan kekuatan politik dan medianya berjaya menyerap Islamophobia kepada masyarakat Barat malahan juga terserap ke dalam minda umat Islam kini diseluruh dunia. Umat islam sendiri mula dimomokkan dengan keburukan yang direka-reka tentang Islam.
KISAH YVONNE RIDLEY 



Pendedahan bekas wartawan Sunday Press dari London, Yvonne Ridley yang ditahan oleh Taliban di Penjara Kabul beberapa tahun yang lepas menjelaskan lagi konspirasi jahat Yahudi. Beliau yang sudah memeluk Islam dan menjadi pembela Islam kini dengan mata pena dan ceramah keseluruh dunia juga nyaris dimanipulasi oleh Zionis untuk menjadi alat sebaran doktrinisasi Islamophobia Barat.
Beliau yang berpengalaman dipenjarakan oleh Taliban menyatakan bahwa sebaran media Barat tentang terrorist dan double standard pada wanita adalah meleset sama sekali jika dibanding layanan penuh berakhlak dari pejuang taliban. Namun,media Barat menamakan pengalaman yang diperolehi oleh Yvonne yang cuba didedahkan kepada masyarajat dunia hanyalah sebagai Stockholm Syndorm iaitu tekanan perasaan yang membuatkan mangsa bersimpati dengan pemangsanya. ”Saya diminta mengada-adakan berita kononnya saya diseksa dan dirogol ketika ditawan Taliban ” ujar Yvonne Ridley.
Benarlah firman Allah :
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
“Tidak akan redha selamanya Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehingga kamu mengikut ajaran (agama) mereka.” ( Al-Baqarah 120)
SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DAN IMPERIALIS KRISTIAN

Islam mula bertapak di Tanah melayu dizaman Kerajaan Uthmaniyyah melalui kehadiran pedagang arab dan China yang juga menjadi pendakwah di Tanah Melayu melalui Pelabuhan Melaka. Pendekatan dakwah tawazun dan bilhikmah telah menarik perhatian pemerintah Melaka lantas menganut Islam sebagai addin.Malahan, kegemilangan Islam diTanah Melayu juga dilihat dengan kemakmuran kehidupan masyarakat Islam Melaka dengan penggubalan dan pelaksanaan Undang-Undang Kanun Melaka dan Undang-undang Laut melaka yang merupakan asimilasi dari hukum hudud. Namun,imperialis Barat yang melaksanakan konsep ’Devide and rule” selepas kejatuhan khilafah islamiah Turki Uthmaniyyah,ledakan Reformation dan Renaissance mula menjejak langkah menghancurkan aqidah umat Islam Tanah Melayu .
Konsep 3G yang dibawa bersama semasa berdagang di Melaka iaitu Gold, Gospel dan Glory mula menampakkan hasilnya selepas kemasukan Imperialis Portugis yang berkolaborasi dengan imperialis lain sekitar tahun 1511. Di saat inilah bermulanya proses Pembaratan (westernisasi) umat Islam dengan sogokan sekularisme dan materialisme yang disusun atur melalui sistem Perundangan ( suruhanJaya Reid), sistem pendidikan, dan sistem ekonomi Barat. Kejayaan mubaligh Kristian serta gerakan Freemasonry semakin menyerlah dengan ghazwul fikr (serangan pemikiran) serta kegilaan kepada Barat atau Westomania telah menyerang kedalam sanubari umat Islam. Mereka mula meninggalkan agama dan mula disogokkan dengan ketakutan dan kejengkelan dalam melaksanakan amalan agama Islam atau Islamophobia.

REALITI ISLAMOPHOBIA DI MALAYSIA



Masa kini, umat islam di Malaysia terus dilekakan dengan budaya hedonisme, supaya sensitiviti kepada Islam mula tumpul. Hari ini kita melihat Isu murtadisasi,Lina Joy , IFC dan Sister In Islam merupakan parasit yahudi dan Zionis yang mula menggugat kedaulatan Islam di Malaysia.
Islamophobia yang menyerang umat Islam di Malaysia boleh diperincikan dibawah beberapa pensegmentasian antaranya ialah :
  • Penyebaran berita negatif tentang islam kepada non-muslim menyebabkan mereka mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya.Non-muslim dimomokkan dengan Islam sebagai terrorism,hukum hudud sebagai hukuman yang kejam dan bercanggah dengan hak asasi dan humanisme, dan sebagainya.
  • Kurangnya sensitiviti umat Islam pada umat Islam di negara lain dan tumpul rasa cintanya pada Islam.Ini menyebabkan mereka bimbang untuk membicarakan soal jihad dan perang qital yang berlaku diPalestine,Iraq,Iran dan sebagainya,lantas berdiam diri membisu lisan untuk berbicara tentang isu umat Islam lain.
  • Ketidakfahaman tentang Islam tidak dibedung, dan kefahaman tentang Islam tidak difokuskan oleh pihak berwajib.Keadaan ini menyebabkan umat Islam tidak memahami Islam lantas mereka malu dan jengkel untuk mengakui hakikat Islam yang sebenar dan melaksanakan syiar Islam di khalayak ramai. Takut dan bimbang untuk berbicara tentang Islam dan akhirnya mereka hanyut dengan manhaj Freemasonry yang tidak mereka sedari merungkai mereka dari ikatan Islam.
Saidina Umar menyebut ”Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliyyah”. Kita perlu sedar bahawa islamophobia merupakan salah satu tools yang digunapakai dalam ghazwul fikri golongan Freemasonry kepada masyarakat dunia dan umat Islam.

APA TINDAKAN KITA ?
Selaku umat Islam yang cintakan kedaulatan Islam, seharusnya kita peka dengan isu yang melanda umat Islam kini.Kefahaman yang jelas tentang Islam akan mengelakkan kita hanya menjadi golongan mutaqaaidun sahaja dengan penderitaan umat Islam semasa.Apa yang perlu kita laksanakan dalam menghadapi Islamophobia ini?
  • Membina FAHAM tentang Islam dalam diri dan memberi FAHAM kepada muslim yang lain dan non-muslim tentang tuduhan terhadap Islam. Salahfaham tentang Islam telah dijelaskan oleh Dr Yusof Qaradawi dalam bukunya ”Sanggahan salah tafsiran Islam”.
  • Menentang dan tidak berkompromi dengan unsur sekularisme dan sebarang usaha menjatuhkan serta memanipulasi islam seperti IFC, Sister in islam, kumpulan artikel 11.IFC bukan sahaja masuk campur dalam urusan interfaith tetapi turut menceroboh intrafaith dalam Islam.
  • Membantu organisasi atau NGO atau individu perseorangan yang memperjuangkan kedaulatan agama Islam sebagai tanda kita mempunyai rasa MAHU untuk menangkis serangan Islamophobia.
  • Menggunakan segenap tenaga yang ada untuk membantu rakan dan saudara seislam di seluruh dunia samada dengan jiwa,harta dan sebagainya.Malahan Dr Yusof Qaradawi juga telah mengeluarkan fatwa supaya seluruh umat Islam membantu Iran walaupun ianya berkefahaman Syiah.
Dalam menghadapi segenap situasi yang mencengkam umat kini, seharusnya unsur UKHWAH menjadi tali penghubung dan pengikat seluruh umat Islam.Jika kita bersatu dibawah ikatan aqidah, maka akan terhasillah wehdatul fikrah yang memungkinkan terhasilnya satu tindakan bersama iaitulah wehdatul amal.
Akhirnya, hayatilah sabdaan Rasulullah SAW : ”Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan. Sahabat bertanya ” Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah? ” Maka nabi saw menjawab ” Tidak,bahkan bilangan kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih dilautan,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh kamu,dan Allah mencampakkan penyakit wahan kedalam hatimu”. Sahabat bertanya ” apakah itu wahan?” nabi menjawab ” Cintakan dunia dan takutkan mati” (hadith riwayat Abu Daud).

Masanya untuk berhenti berbicara

Friday, October 15

Rindu padamu Tanah Bertuah

Rindu Padamu Tanah Bertuah

    Dah lama rasanya

kerana perjuangan kita belum selesai

Bismillahirrahmanirrahim...
Wallahu..Walhamdulillah.....
Alhamdulillah...akhirnya walau macam2 dugaan melanda 2,3 hari ni..ada juga ruang untuk update cinta hati saya ni..ayuh..berbicara sedikit berkaitan objektif perjuangan kita..
aii...janji nak siapkan Suri Syahadah tak kesampaian sebab banyak urusan perlu dibuat...
akhirnya tertinggal macam tu je...sebut pasal Suri Syahadah...ingatan kembali pada diri..
jika ditanya Khabar Iman.,.Alhamdulillah.,..iman masih disini....sebut soal iman..iman di jiwa masih belum teruji buat saat ini..mungkin terujinya tidak dirasai sangat lantaran jiwa menerima keredhaan..insyaAllah...
Sesungguhnya setiap insan dilahirkan didunia ini utk mnjadi khalifah yg berperanan memakmurkan muka bumi ini  dan membawa manusia kepada fitrah ketakwaan pada Allah SWT..
untuk sampai ke tahap Khalifah bertakwa yang mampu membawa kemakmuran dan suasana ketakwaan pada Allah...sudah tentulah manusia itu perlu diuji terlebih dahulu...ia dipanggil dengan panggilan 'Tarbiyah'..
ada sesetengah sahabat2 memberitahu saya..Tarbiyah tu adalah cikgu yang paling garang..tersenyum saya dibuatnya...itu tentulah kerana Tarbiyah mendidik kita dngan cara 'torture' dngn ujian yg sakit trlebih dahulu..iya iyalah kita akn dapat pngjarn dan sesuatu daripada ujian itu...



                                                      

Tuesday, October 12








 Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”






mungkin inilah yang terbaik...

sntiasa aku ingatkan pada diri ini..
wahai hamba Allah..tiada dalam hidup ini yang Allah tetapkan kecuali yang terbaik untukmu..
jika imbas setiap kenangan yang berlaku dalam hidup ni..setiap daripadanya ada hikmah tersendiri..
tak kira sedih..gembira..duka..mahupun bahagia..
pasti setiap daripadanya ada sesuatu yang tersembunyi..terselit hikmah..pengajaran dan tarbiyah..

Saturday, October 9

Doa Buat Sahabat....




Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..



Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...



Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.



 
Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..



Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..


 Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN

Friday, October 8

UKHWAH ISLAMIYYAH




 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
"لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه مايحب لنفسه"
                                                                  (رواه البخارى)

Maksudnya:
  “Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu,sehingga dia kasihkan (sesuatu) kepada saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri.”


     Tentunya sudah kita maklumi,menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita menyelaras serta menyempurnakan kaedah ukhwah yang Allah aturkan kepada kita,dengan sebaik-baik aturan.Marilah sama-sama kita menghayatinya berlandaskan keimanan dan keikhlasan serta cinta kepada Allah taala semata-mata dan bukanlah kerana harta,pangkat dan kecantikan sebagai ukurannya.Seandainya ukhwah sentiasa dibajai,akan terbentuklah satu perpaduan yang erat,yang sukar digoyah oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan merosakkan persaudaraan di kalangan umat Islam.Hanya dengan terlerainya ukhwah musnahlah cita-cita Islam.
       Tidakkah kita sedari,nun jauh disana ,di Timur dan di Barat ,syaitan laknatullah bersorak gembira dek lerai dan rapuhnya ukhwah ummah Nabi Muhammad s.a.w.Sanggupkah kita ditertawakan dan di permain-mainkan oleh musuh-musuh Islam itu?tepuk dada tanyalah iman ! Dalam kesempatan yang berharga ini,marilah kita merenungi sepotong hadis yang mempunyai erti besar dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim,apatah lagi bagi mereka yang melibatkan diri dalam harakah Islamiyyah.

 عن أبي هربرة عن النبي صلى الله عليه وسلم أن رجلا زار أخاه في قرية أخرى   فأرصد الله له على مدرجته ملكا,فلما  أتى عليه, قال أين تريد,قال : أريد أخالي في هذه القرية,قال هل لك عليه من نعمة تربهاز قال :لا غير أني  احيبته فى الله عز وجل  قال : فاٍ ني رسول الله اليك بأن الله قد أحبك كما احيبته فيهز
(رواه مسلم _صحيح مسلم بشرح النووي , باب فضل الحب في الله تعالى – ج 16 ص123)

Maksudnya :
  “Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
  Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?”  Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”


    
 
Dalam hadis ini,secara jelas Allah Taala ingin menunjukkan kepada manusia betapa besarnya hubungan persaudaraan di kalangan hambaNya.Sekiranya hubungan persaudaraan mereka itu timbul daripada keihklasan yang diikat dengan keimanan.Dengan erti kata lain,persaudaraan yang erat sesama muslim adalah dituntut kerana mereka berpaut kepada satu aqidah,tidak dikaitkan dengan kepentingan duniawi semata-mata.Hadis ini juga menganjurkan kepentingan ziarah-menziarahi sesama mereka yang seaqidah.
 Kerenggangan Persaudaraan Umat Islam Kontemporari.

   Perhubungan persaudaraan umat Islam kini terlalu renggang.Mereka tidak lagi diikat oleh persaudaraan yang hakiki iaitu persaudaraan berteraskan keimanan dan islam yang jitu terhadap Allah sebaliknya kini persaudaraan mereka adalah berteraskan materealistik,kumpulan,kelab dan sebagainya sehingga menyebabkan dengan mudah musuh-musuh Islam menghancurkan Islam sedikit demi sedikit.

    Umat Islam kini lebih suka bersengketa dan bermasam muka sesama sendiri walaupun larangan syarak berhubung dengannya terlalu banyak samada dari nas
Al-Quran mahupun hadis.Misalnya dalam surah Al-Hujurat :

(  اٍنما المؤمنون اٍخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون) –الحجرات :10 –

Maksudnya :
 “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

    Dalam ayat ini,Allah taala telah menghubungkan persaudaraan dengan rahmatNya.Ini bermaknya runtuhnya persaudaraan di kalangan umat Islam adalah satu bala.Sama-samalah kita menyemai dan menguatkan kembali ukhwah Islamiyah dikalangan kita hanya kerana Allah s.w.t.

al_haq

Thursday, October 7

kerana dengan bersatu kita akan kuat

Satu perkara yang tidak dapat disangkal oleh semua mengenai sebab-sebab usaha Amerika untuk menyerang Iraq, ialah bertujuan untuk mengubah kepimpinan kerajaan Iraq secara kekerasan dan mengalihkan sumber perbendaharaan negara yang sudah tentunya terdiri dari hasil buminya yang kaya dengan petroleum ke tangan Amerika dengan cara yang cukup licik sebagaimana yang mereka telah laksanakan di Afghanistan..Dengan apa sebab sekalipun seandainya Iraq tunduk kepada arahan suara dunia untuk membenarkan kemasukan semula penyelidik-penyelidik untuk memeriksa kekuatan persenjataannya,maka kempen peperangan Amerika dan sekutunya tetap akan diteruskan....


Dan sekalipun bertambahnya suara-suara bangkangan dari sekutu-sekutu Amerika terhadap serangan yang bakal dilancarkan ini, namun Amerika tetap tidak akan mengendahkannya melainkan suara yang akan membawa kepada perlaksaan perancangan serangan tersebut dan secara automatiknya akan mengubah suasana politik di kawasan Timur Tengah.


Mungkin langkah pertama Untuk mengubah suasana politik di Timur Tengah akan dilaksanakan step by step, dimulai dengan menuduh Iraq sebagai paksi kejahatan dan menyabitkan dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kemudian membuat pakatan-pakatan dengan negara-negara Eropah yang lain untuk menyerang Iraq..

Selepas Iraq,rentak yang sama juga mungkin akan digunakan oleh Amerika untuk menyerang negara-negara arab yang lain merangkumi Lubnan,Syria,Yemen,Mesir kemudiannya Iran demi menyempurnakan perancanaan mereka.

Satu persatu negara-negara Arab dan Islam akan diserang dan bakal menjadi hamba kepada Amerika..

Kita mesti meyakini bahawa tujuan kempen keganasan yang dilancarkan oleh amerika adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan Negara Haram Israel kerana pada kacamata Amerika,negara-negara yag tersebut diatas adalah merupakan ancaman yang utama kepada Israel....

sebagaimana Iraq dengan peluru berpandu Scudnya ,Iran juga dikenali dengan kekuatan peluru berpandunya "Shihab 1" ,"Shihab 2","Shihab 3" , begitu juga Mesir yang boleh disenaraikan antara "Gergasi' dalam bidang ketenteraan di Timur Tengah...


Mesir mempunyai kekuatan beribu-ribu kereta kebal,jet-jet pejuang dan kelengkapan lain yang telah disembunyikan dibawah tanah.

Iran pula dijangka akan menjadi kuasa besar Nuklear menjelang tahun 2005 apabila projek meganya itu siap...


Iran telah membina Projek Nuklearnya itu dengan kerjasama Russia...

Dan antara perkara yang menakutkan Amerika lagi ialah jika sekiranya negara-negara Arab ini bersatu, maka mereka akan menjadi Kuasa Besar dunia yang baru...mereka mempunya sumber petroleum dan gas yang cukup banyak dan jika mereka berpakat melaksanakan sekatan petroleum dan gas terhadap Amerika dan sekutu-nya,maka dunia akan mengalami krisis ekonomi yang parah..

Disebabkan faktor-faktor tersebutlah negara-negara Arab ini amat digeruni oleh Israel ,Amerika dan sekutu-nya.

Maka Amerika dan sekutu-sekutunya perlu bertindak lebih awal sehingga perkara-perkara yang akan membawa kepada ancaman ekonomi,ketenteraan keatasnya akan dapat dihapuskan..

PERANG SALIB

Presiden Amerika George W. Bush pernah berkata , bahawa "Peperangan Salib Baru" sudah bermula...

Maka kesinambungan dari kenyataannya itulah,peperangan salib telah dilancarkan di Afghanistan dan ternyata mereka telah mendapat kemenangan yang cukup besar..

Kini dengan slogan yang sama peperangan salib fasa ke-2 hanya menunggu masa untuk dilancarkan walaupun ianya bertopengkan slogan "Memerangi Keganasan".

Barat telah banyak belajar tentang kekalahan mereka ditangan tentera Sultan Salahuddin AL-Ayyubi, iaitulah apabila ummat islam bersatu maka mereka akan menjadi kuasa yang cukup kuat....

Oleh kerana itulah Amerika dan sekutu-sekutunya mesti bertindak lebih awal dengan taktik pecah dan perintah sebeum negara-negara Arab ini bersatu...

OBJEKTIF SERANGAN

Setelah tamatnya peperangan salib yang di ketuai oleh Napoleon Bonaparte ,Barat telah melaksanakan pelbagai perancangan selain ketenteran untuk melemahkan ummat islam,lebih-lebih lagi muda-mudi islam kerana mereka tahu bahawa ummat islam tidak akan dapat dikalahkan dengan cara ketenteraan,maka mereka mencuba pula cara yang lain untuk menghapuskan ummat Muhammad ini..

Terdapat dalil didalam kitab Bible yang dikenali sebagai "Perjanjian Lama" yang menyeru kepada golongan Kristian agar membinasakan ummat-ummat yang selain dari mereka kerana menganggap ummat yang lain adalah merupakan ummat yang hina....

Marilah kita sama-sama merenungi perkataan Bible dibawah ini....

(Di dalam Perjanjian Lama):

"Mereka menumpas dengan mata pedang segala sesuatu yang di dalam kota itu, baik laki-laki maupun perempuan, baik tua maupun muda, sampai kepada lembu, domba, dan keledai" (Yosua 6:21)

"Tetapi dari kota-kota bangsa-bangsa itu yang diberikan Tuhan Allahmu, kepadamu menjadi milik pusakamu, janganlah kau biarkan hidup apapun yang bernafas" (Ulangan 20:16)

"Siapa yang menghujat nama Tuhan, pastilah ia dihukum mati dan dilontario dengan batu oleh seluruh jamaah itu. Baik yang asing maupun orang Israel asli, bila ia menghujat nama Tuhan , haruslah dihukum mati" (Imamat 24:16)

Firman Tuhan untuk meyembelih kaum Amalek:

"Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan padanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai" (Samuel 15:3)

(Di dalam Perjanjian Baru): 'Isa Almasih (yang didakwa oleh orang Kristian sebagai Allah) dilaporkan berkata seperti berikut:

"Jangan kamu menyangka bahwa aku datang untuk membawa damai di atas bumi; aku datang bukan untuk membawa damai melainkan pedang" (Matius 10:34)

"Aku datang untuk melemparkan api ke bumi dan betapakah aku harapkan, api itu telah menyala!" (Lukas 12:49)

"Kamu menyangka, bahwa aku datang untuk membawa damai di atas bumi? Bukan, kataku kepadamu, bukan damai, melainkan pertentangan" (Lukas 2:51)

Akan tetapi semua seteruku ini, yang tidak suka Aku menjadi rajanya, bawalah mereka kemari dan bunuhlah mereka di depan mataku" (Lukas 92:27)

"Dan campakkanlah hamba yang tidak berguna itu ke dalam kegelapan yang paling gelap. Di sanalah akan terdapat ratap dan kertak gigi" (Matius 15:30)

Ayat-ayat inilah yang mampu mendorong Amerika dan sekutu-sekutunya di seluruh dunia untuk menyerang Iraq dan negara Arab yang lain serta menebarkan kekerasan di muka bumi. Penyembelihan 200 ribu Muslim Bosnia, puluhan ribu Muslim Kosovo, ribuan Muslim di Chechnya, ribuan Muslim di Ambon, Halmahera dan sebagainya merupakan hakikat ajaran keganasan yang termaktub di dalam Alkitab.

PENUTUP

Oleh kerana kita mengaku diri sebagai ummat Islam,maka marilah kita bersatu didalam satu kumpulan atau jemaah dan sama-sama menetapkan tapak-tapak kaki kita untu berdepan dengan 1001 dugaan yang datang untuk menghancurkan agama Allah dan Ummat Islam sejagat..


sama-samalah kita membantu sahabat-sahabat kita walau dimana berada dan berdoa untuk mereka agar mendapat kemenangan dan agar Islam dapat dipasakkan kembali dimuka bumi,semoga Khilafah islam yang dulu akan kembali menerangi dunia..


wassalam....

filasouf02...