Thursday, August 25

Pengajaran di Bulan Ramadhan..selitan hikmah dari Tuhan..



Assalamualaikum WBT..


Salam Ramadhan Kareem buat semua..
walaupun Ramadhan bakal meninggalkan kita beberapa hari saja lagi.
biasela ambe memang selalu mcam ni dan macam tu..
kalau tak benda tu dah lama jadi mestilah hari ni ambe baru ceritakan..
maklumlah org sibuk...(*sibuklah sangat..)


apa khabar Tarbiyyah Ramadhan..ada baik ka..
bulan tambahkan amalan dan pahala yang berlipat ganda..
rugila kalau disiakan...
dan hampir sebulan kita menjalani training dan tarbiyyah nafsu  untuk membentuk dan melahirkan mukmin yang lebih bertakwa..
Allah telah memprogramkan latihan ketakwaan di bulan penuh berkah ini dan disinilah akan terujinya sejauh mana keimanan mampu mengatasi hawa nafsu tanpa didorong hasutan syaitan..
jadi ini adalah bulan untuk kita melawan diri kita sendiri..
lawan hawa nafsu ..
Syaitan sudah hampir melepaskan belenggu2 nya dan pintu neraka sudah hampir terbuka..
lepas ni..kita akan bertarung dengan lebih banyak musuh..luar dan dalam..jadi bulan Ramadhan ni adalah sebgai bulan persediaan menghadapi serangan..


kira strategi gitu..

dalam Islam sendiri..contohnya dalam dakwah..
mesti ada strategi..
imbas balik Sirah Rasulullah SAW..
dalam dakwah baginda..
stat ngan secara sir@kerahsiaan..
pabila mantap barulah adanya secara terbuka..
macam jugak dalam Tarbiyyah diri..
kena ada persediaan..kelengkapan..kekuatan..
barulah bersedia hadapi musuh yang datang menyerang depan belakang..
tak gitu sahabat2..


selagi bulan baik ni belum berakhir..
jangan sia-siakan..
lebih-lebih lagi dalam pemburuan mencari malam terindah dalam segala malam..
iaitu malam lailatul qadar di mana Allah dah janjikan ganjaran sama seperti beribadat 1000 bulan bersamaan 83 tahun..di samping keampunan dan maghfirah dari Allah..
sayang wok kalau terlepas..
manalah tau kan..Ramadhan dah takde lagi untuk kite lepas ni..


ambe ni 
sebenarnya bukan nak citer sal bulan baik ni saja...
banyak benda jugak nak citer sebab lama tak update blog..(*eherm..lamala jgak..hee..)
sibuk jugaklah akhir2 nih..
maklumlah nak cuti doh..tambahan pulak dah last sem kat kuantan nih..
jadi nak perabih silibus la..perabih kelas la..public speaking la..
assignment la..penat memang penat..
tapi rasa ringan sebab kita buat sume ngan tenang dan berlapang dada..insyaAllah..


pengajaran dan selitan hikmah yang terindah..


teringat isnin lepas..
ambe diberi khabaran paling mengejutkan dan tak masuk akal ambe kire...
berita gembira..insyaAllah..
Alhamdulillah..dalam percubaan pertama seumur hidup..
ambe berdebat dalam bahasa inggeris..
agak kelakar bagi org yg kurang mampu berbahasa inggeris seperti ambe ni..
tapi Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi..
ambe dapat best speaker debate..
dalam bahasa melayunya pendebat terbaik...(Alhamdulillah....)agak pelik bin ajaib..
bile ambe yang dapat sebab ambe kang biasela org kampung ..
mnalah reti nak speaking2 nih walaupun mak ayah ambe adalah insan yang selalu speaking kat umah.
ambe je dop.. malulah..kito ni org kampung jah..hahha..(*mindset yg tak betul:sila ubah..)
ambe takut nak terima sedangkan sahabat2 dlam kelas ambe lagi hebat..
bukanla ambe nak kata ambe lagi hebat dari diorang bukan..Nauzubillah ambe ada perasaan mcm tu..
minta dijauhkan Ya Allah..takut lahir rasa riak dan takabur dari hati..


kalau nak dikira persediaan..meh ambe citer..
memang ambe tak sedia sangat pon sebenarnya..
sehari sebelumnya ...ambe diberi pilihan antara pergi ke pengisian ilmu atau latihan debate..
dohla text debate tu sendiri ambe tak prepare lagi..latihan plak malam tu..haiyya..
serba salah jugak..tapi ambe yakinkan diri..pegi la jugak pengisian ilmu..rugi..
 rasa sayang nak tinggal..ilmu Allah tu..kalau tak cari..susah nak dapat free..
balik dari pengisian ilmu tu terus gi latihan debate..
takde text lagi ni..tapi sahabat2 bnyak bantu..bagi pencerahan..bgi isi2..
Allah nak bantu..balik bilik lepas latihan..idea utk pembaikan dtg mencurah2...
dan Alhamdulillah..percubaan pertama tu berhasil..Allah bantu...


kiranya point pengajaran ambe nak bagitau kat sini..
kalau diberi pilihan antara pegi pengisian ilmu contohnya Usrah atau taklim agama..
dengan wat assignment atau study sebab esok nak pekse..
mana yang lebih kita pilih..
kebanyakan akan pilih study atau wat assignment..
katanya tu lagi penting..



ambe..sebagai seorang student mcam sahabat2..
bleh kata sentiasa berhadapan dengan dilema2 seperti diatas..
dan dua2 pilihan ambe dah pernah buat...
masa diberi pilihan..nak gi usrah ko..nak wat assignment..
timbun2 assignment ni..jadi ambe kata hari ni tak gilah Surau..esok je..
wat keje nih..nanti takdop mase plak...
jadi tak pegila ambe di suatu hari tersbut..
tapi nak jadi ke citer..ambe tak buat pon assignment tuh..ambe main facebook..
 borak kosong ngan member...tidur dan buang mase..
satu kerugian..


dalam situasi kedua..sama jugak..assignment timbun lagi..kali ni lagi banyak..
biasela student..klau tak buat awal2..nilah akibatnya..
ambe pilih untuk pegi dengar pengisian..walaupun tahu due datenya esok lusa doh..
Alhamdulillah..ambe mampu siapkan semua assignment yg diberi..
dalam masa tak kurang dari 4 jam..masa yang sangat berkualiti..
kerana mampu siapkan tugasan tanpa ada selingan duniawi..
dan sal study utk exam esok hari..
bila keputusan kedua yang ambe pilih..Alhamdulillah..
Allah bagi kemudahan yang sangat2 berhikmah...
apa yang ambe baru nak baca sejam sebelum exam..sume Alhamdulillah..keluar dengan selamatnya sebagai soalan dalam exam...bantuan Allah...selitan hikmah yg sungguh tak dpat dibayangkan..


dan kedua-dua ujian hikmah tu terjadi dalam bulan pose..
tu pasal education ambe..sal kesakitan ambe..
Alhamdulillah Ya Rabb..bulan keberkatan nilah bagi ambe bulan penyembuhan terbaik...
bulan terapi jiwa dan terapi segala penyakit...
awalan bulan puasa..Ya Allah sakitnya tak tertanggung rasanya..
dah kite biasa telan ubat bila sakit..
tapi takkanlah nak telan jugak ubat pose2 ni..jadi bertahan tu satu perkara yang menyeksakan..
hinggalah Allah temukan ambe ngan bidadari yang sangat cantik..
Dr Zuhailah namanya..doktor kat HTAA..
dia bagi pengajaran paling berharga dalam hidup ambe tentang kesakitan..
dan Alhamdulillah..ambe yakin ambe akan sembuh dan sihat seperti org lain nanti..insyaAllah...



sebenarnya banyak hikmah2 yang ambe temui sepanjang bulan barakah ni..
nak diulas dan cerita panjang2..malas pulak tangan ni nak menaip..huihu..
esok ambe ada kelas ekonomi..mata pulak takleh nak lelap...
insyaAllah lain masa bertemu lagi ya sahabat2..
jangan lupe hargai malam2 terakhir Ramadhan ni..jangan sia-siakan..
insyaAllah anda akan temui pelbagai hikmah diselitkan dalam setiap ujian yang Allah berikan pada kita..
dan pengajarannya ambillah sebagai intipati untuk menguatkan keyakinan kita pada kasih sayang dan kecintaan Allah pada hambaNya..


Wallahualam..
Assalamualaikum WBT....

Wednesday, August 3

Free to be Me- free to my freedom...


Assalamualaikum WBT..

in this previous entry.. I would like to share my view..my comment and etc..
about FREEDOM..


Freedom is the right to choose: the right to create for yourself the alternatives of choice. Without the possibility of choice and the exercise of choice a man is not a man but a member, an instrument, a thing."
     — Archibald MacLeish



every human being is born to be free..
free to get their Freedom..their liberty..their rights.. right??




and I know..you probably have your own view with this magical word..
what ever it is.. when our rights been disturbed, seized or prohibited..
 we will rise to oppose , to get back and will fight..



what will other people or government think about us..
opponent.?? 
terrorist??
or warrior ??



I don't know..
that's on people or the authority views...

in my view..if our right been disturbed..
it's our rights to fights..


people..of course myself.
are the servant of Allah..
not human being..not a government..
not a institutions or any kinds of powerful domination...

so ... are you brave enough to fight for your right??


let's take a look from this video....


actually.. I just want to share this video..
and I am not good enough in english..
I have my problem with my proficiency in this language..
and this entry is just a little try to improve it..
please..pray for my success...(*theee...)


" you have the right to live in freedom and safety "


Wallahualam..
Assalamualaikum~

Friday, July 29

Kembara dalam Perjalanan Sebuah Haraki...


Assalamualaikum WBT...


bila disebut tentang Haraki sebelum ni..
ambe hanya buat2 tak tahu dan tak nak ambik tahu..
apa tu Haraki..nama Jepun..maggi Kari..
ish3..dasyat btul..
ambe secara hakiki dan naturalnya malas nak ambik tahu apa yg jadi kat negara sendiri..
apa nak jadi..jadilah...
eshh..tak sukalah politik Malaysia..kotor~
lantaklah..aku bukan nak duk kat Malaysia pon pasni..aku nak gi Palestin..huuu..


sebelum ni..
mungkin ambe ada sentuh beberapa kes melibatkan politik malaysia..
antaranya ambe pernah sebut kes teoh beng hock dan SPRM..
ambe pernah cerita tentang penganiyaan kerajaan dngn sistem pembaharuan yg menyusahkan..
yaa..ambe pernah sebutkan secara halus..tanpa melibatkan mna2 pihak scra khusus..
ambe jgak ada komen2 kat wall beberapa tokoh politik..
tegur secara halus dan argue apa yg ambe rsa salah..
haishh..bleh jadik Hang Nadim versi moden nihh..
namun takdir..
ia berjaya dihidu pihak berkuasa dirumah..(ibunda tercintala...)
dan ambe diberi warning dan kad merah agr menghentikan komen2 pedas dalam politik..
"belajala dulu..tok soh tulis la sal bendo2 gini..susah kekgi"
dan ambe patuh dngn arah pihak berkuasa dirumah..
bimbang kecik ati..tak merasala nasi ayam sedap yg bleh didapati tiap kali balik cuti sem..huhuu..
dan masih lagi patuh..
ambe takkan sentuh pasal poltik..ambe janji..
andai kata la tersentuh secara spesifik..tegur ambe..
sebab pihak berkuasa dirumah sentiasa membuat pemantauan nihh..
hehee..Assalamualaikum org umah..


mungkin kerana pengaruh media yg  bias..
kebebasan bersuara dan ekpresi dalam politik disekat ..
ambe jadik kurang / malas nak ambik tahu apa yg jadik kat Malaysia..
aim ambe..abis belaja..carik keje..kumpul duit..
cukup duit buat tanggung mak ayah..ambe pegi sukarelawan..
hidup dan mati dalam kerja2 sukarelawan...dah settle..
matlamat hidup ambe cuma nak membantu umat Islam yg teraniaya...


"wajihah..awak tahu tak..umat islam kat Malaysia ni lebih teraniaya berbanding kat Palestin..
kita ditindas dengan segala bentuk penganiayaan..kamu sedar tak tu.."
ambe hanya memandang wajah hamba Allah itu dgn penuh tndatanya..
lama..tak mampu membalas renungannya..ambe tunduk diam..ibarat pesalah yg baru dijatuhi hkuman..


"umat Islam ditindas dngan hiburan melampau..kerosakan akhlak dimna2..
sedangkan mreka tak sedar mreka sbenarnya ditindas..kamu tahu tak dah berapa ramai yg syahid di malaysia kerana perjuangkan Islam.."
sekali lagi ambe tergamam..hanya gelengan yg mampu ambe berikan sbgai jwapan..
kenapa ambe tak tahu..kenapa ambe tak pernah tahu..


"tercatat disini..tokoh peringkat Nasional adalah Dr.Mahathir..kamu cakap kamu adalah penyokong kuat HAMAS..tahu tak yang Dr.Mahathir enggan bertemu dengan wakil HAMAS ke Malaysia semasa persidangan di Malaysia.."


"tahu tak..yang segala bantuan yg disalurkan tidak sampai pun kepada HAMAS tetapi FATAH.."
ibarat serangan bertubi-tubi menyerang jantung...ambe kaku tanpa jwapan..hnya diam berfkir..
tak..ambe tak mampu berfikir...
Ya Allah..ampunilah hambaMu ni yang tidak tahu..salahnya aku tidak ingin ambik tahu..
sampai perkara camni pon aku...Allahuakbar..


terlintas sekilas di fikiran ambe..bukankah kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf HAMAS sebagai sebuah kerajaan yang SAH tetapi FATAH..kenapa..adakah kerana ideologi perjuangan yg sama..
perjuangkan bangsa..perjuangkan Assabiyyah..
bukan agama .. Astaghfirullahalazim...
itukah maksud yg ingin disampaikan mereka...


kalau ikutkan hati ingin menangis..memang ambe nak nangis..
mengenangkan kebodohan ambe yg tidak mengambil tahu saudara dekat dngan ambe..
"kuman diseberang sungai jugak yg dia nampak..gajah di depan mata buat tak tahu.."
lontaran pedas menujah ketelinga..menusuk ke tangkai hati..
bukan terluka..tetapi ibarat menyedarkan ambe dari mimpi lena yg panjang..
MasyaAllah...panjang betul lena ambe..
dibuai keasyikan harapan yg terenda tinggi ke langit..sampai lupa pada kaki yg masih menjejak ke bumi..
mujur ambe disedarkan..
bagaimna nanti ambe hanya sedar tatkala maruah agama dan tanah air sudah tergadai..
sedangkan ambe berkelana jauh dibumi saudara yg jauh..
saudara yg dekat ambe hnya mmpu melihat dari jauh smbil mrenda hrapan2 baru..
yg mungkin sudah lambat utk digapai...Nauzubillahimizalik..


kesedaran dalam kembara dalam perjalanan sebuah Haraki..
memberi impak besar dalam hidup ambe..
ambe yg kurang semangat..lebih banyak berbicara tentang hal2 kecil ..
sperti cinta..couple..dan lebih kepada tarikat dan makrifatullah..
tanpa sedar bhawa ada satu elemen yg penting dalam pemeliharaan aqidah..
iaitu perjuangan Islam..


kenapa Perjuangan Islam tu satu tuntutan Aqidah..??
kerana dlam konteks situasi umat Islam di Malaysia kini..
kita tutup skop yg jauh..kita tutup seketika lensa kita di Palestin..di Kashmir..
di Pattani..di Syria..dan negara Islam lain..
bukan melupakan tetapi mengecilkan skop kita agar perkara yg lebih penting tidak terlepas pandang..
apa sebenarnya yg jadi di Malaysia sahabatku..

apa yg paling hangat ...

kes pembuangan bayi...




kerosakan akhlak remaja di paras kritikal...



pergaulan bebas dan budaya couple....





membiak suburnya tempat2 maksiat yg diluluskan kerajaan..




dan paling dasyatt...

Murtad~



ape semua ni??
realiti..fantasi..atau rekaan semata-mata..
untuk tujuan menakut-nakutkan kita...atau hanya selingan utk mencantikkan isi dlam entry kali ni..
hiburan melampau yg digalakkan oleh pemerintah...
bukankah ini semuanya penganiayaan dan kezaliman...
menghanyutkan generasi dan umat Islam agar leka dan tidak kenal dengan agama sendiri..

Islam hanya tinggal pada nama..manakah Islam pada akhlaknya..pada zahirnya..pada amalannya..tiada~

ISLAM HANYA PADA NAMA..
bila ditanya kenapa ISLAM??
kerana warisan..kerana ikut-ikutan..kerana IC sy cakap sy Islam..MasyaAllah..
bukankah kerana Aqidah..bukankah kerana yakin bahawa ISlam adalah agama yg BENAR..
kenapa...dan kenapa..soalan yg harus ditanya pada diri kita sendiri...
kenapa jadi benda2 mcam ni kat anak2 kita..
kerana kurang suburnya rasa kepentingan kepada hidup beragama..
kenapa rasa kepentingan tu kurang..
kerana budaya hedonisme..cinta dunia dan takut mati telah menyelubungi dan merantai tangkuk hati dan minda umat Islam kita...di Malaysia..


salah kah bila ambe kata...
kerana itulah perjuangan Islam itu satu tuntutan..
tuntutan untuk memelihara aqidah kita..
agar tidak runtuh dann hanyut dibuai keasyikan arus gelombang dunia yg mnyesatkan..
yg akan menenggelamkan kita suatu hari nnti..di mna penyesalan itu ibarat tin kosong yg tidak terpkai..
hanya berbunyi namun isinya tiada..nak ke kita?? tak nak kan~
bagaimana memperjuangkan islam..??
dengan berada dlam barisan jemaah..
jemaah yg benar2 bermatlamatkan Islam..
membawa Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah sbgai ganta azimat..
membawa Al-Quran dan As-Sunnah sbgai medium pelengkap kehidupan..
jemaah itulah yg dipanggil Haraki..
Harakiah Islamiyyah..
mungkin ada antara sahabat2 ambe yg kurang faham akan matlamat perjuangan haraki..
akan ambe utarakan dalam entry2 akan datang..


cuma setakat disini..ambe ingin tegaskan betapa pentingnya perjuangkan islam utk Aqidah..
dan begitu pentingnya Aqidah utk perjuangan Islam..
kaitannya...
perjuangan Islam utk memelihara Aqidah agar tidak dirobek dihancurkan oleh musuh Islam di mna Aqidahlah yg menentukan jatuh bangunnya umat Islam kita hari ni..
dan Aqidah yg merupakan satu kekuatan yg harus dimiliki setiap pejuang Islam agar perjuangan asalnya tidak lari dari matlamat asal dan Syariat yg digariskan Islam..sangat rapat perkaitannya..
untuk Aqidah kita..perjuangkanlah Islam..
untuk perjuangkan Islam..teguhkan dan mantapkanlah Aqidah kita..



dalam jalan perjuangan..jika kita tidak berani ambil risiko..
janganlah berani utk kita katakan kita perjuang Islam..
pejuang yg cintakan islam yg benar2 ingin perjuangkan islam
takkan gentar dngn peluru..takkan rebah kerana kekuasaan pemerintah yg zalim...
takkan lari dri medan perang yg realiti dan takkan pernah mengalah dari berpaksikan Aqidah yg satu...

kalau nak diceritakan stiap sosok kisah kembara dalam Haraki..
rasanya tak tertulis kat sini..
ambe belum cerita lagi sal Panji..sal kewajipan intima'..
takpe2...ambe akan sambung di entry akan dtang..
sentiasalah mencari..
sentiasalah mengkaji..
janganlah kerana situasi negara sudah aman..
ia menjadi alasan utk kita terus hanyut dan malas berfikir dan mengkaji..

akhir kalam..
salam muhasabah dan islahkan diri..

Wallahualam...Assalamualaikum~




Thursday, July 28

Ukhti..Ana Nak Kawin~


AssalamualaikumWBT..


Apa khabar iman sahabat2..
mcam biasa soalan klise ditanya..
dan harapan klise yg sama..mga iman sahabat2 sntiasa teguh
mantap..mujahadah..dan dilindungi dari pembolak-balikkan..(uikss..)
amin~
rindu ambe tak??
lama jugakla ambe tak update maklumat2 terbaru..
maklumlah hati dan jiwa dalam kesedihan sejak akhir2 ni..
Astaghfirullahalazim..
dan ambe plak gi melayan plak kesedihan tu smpai terabai bnyak perkara penting..
antaranya update blog la..kihh.


"ukhti, ana rasa nak kawinla..." ucap salah seorang sahabat pda ambe..
terkebil-kebil dan terpaku lama dengan kenyataan tersebut..
salah dengar ke?
atau ambe yg sedang Unsound Mind..
eshh3..never2..ambe blurr je..
"urmm..kenapa ni..tiba2..umm.."
"entahla..ana sendiri pon tak tau..tapi ana rsa nak kawinla.."
"urm..kahwin tu baik ukhti..tapi tak rasa awal ke.."
lama sahabat tu diam..mungkin kecewa dngn jawapan ambe yg tak mmbantu..
dia sahabat yg lama ambe kenal..
seorang yg bagi ambe tak berpotensi utk brbicara prkara sperti ini dngn ambe..
maksudnya seawal ini..
mungkin krana dia seorang yg tak prnah ambil kesah dngn mainan perasaan.. 
tak pernah melayan..tak pernah mengharap...
tapi bila dia sndiri lontarkan soalan 'sentap jiwa' ni..
memanglah ambe terkedu...haishh~


entahla..ambe tak reti sbenarnya nak komen bnyak2 sal Baitul Muslim..
maksud ambe sal pembinaannya..
yes, ambe akui sbelum ni ambe bnyak sentuh hal berkaitan couple..
sal cinta dalam Islam..
tapi untuk memberi nasihat ke arah itu..
jujur..ambe tiada pengalaman...



"jap..kita kan belaja lagi..umur pon baru nak msuk fasa ketuaan(sigh*)...tak ke 
kahwin akan menjerumuskan kita dlam msalah lain..mksudnya..kita belum matang sepenuhnya utk memikul tanggnjwab mcam ni...berkata tu mudah ukhti..tapi benda ni tak semudah yg dibayangkan.."


"ukhti ku.. ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah krana ingin memelihara kehormatannya..ukhti faham kan maksud ana.. dalam situasi sekarang..gejala couple di mana2..nipisnya bi'ah solehah di sekeliling kita dan kuatnya pengaruh utk ke arah maksiat..enti sendiri sedar kan..dan enti sendiri pon pernah mengadu kat ana yg kat tempat enti pengaruh sosialnya sangat dasyat..mana yg nak dimudahkan bagi enti"


giliran ambe terdiam lama..

dalam situasi di atas..
dimana sahabat ambe telah menyentuh 
hal berkaitan couple , Bi'ah solehah dan pengaruh ke arah maksiat..
sbenarnya mengingatkan ambe pada satu artikel ditulis Ustaz Nasruddin Hassan al-Tantawi
tentang nikah khitbah..

semestinyalah satu statement kontroversi
yg mngatakan mahasiswa kurang cemerlang kerana kurang bercinta..
teriang-iang di kepala ambe..kelakar..memang kelakar...
namun makna disebaliknya memberi seribu satu telahan di minda ambe yg kurang matang nihh..hihhi..
couple dalam Islam..ada ke??
diterangkan dalam artikel tersebut bagaimana tersasarnya teori masyarakat sekarang tentang apa yg dimaksudkan dngan cinta dan apa sebenarnya couple..
ambe dah bnyak sentuh benda2 ni dalam entry sbelum ni di mna cinta couple dalam islam..
hanya diistilahkan slepas adanya akad nikah yg sah..
ingat lagi tak??


dan rasanya belum pernah ambe sentuh secara mendalam tentang nikah khitbah,,
sebelum ni pon..ambe bagi statement general 
tentang pentingnya dan perlunya ikatan yg halal dalam percintaan..
nak sentuh lbih2 pasal nikah dan baitul muslim ni..
ambe rasa cam tak layak lagila..
umur pon masih muda..perangai keanak2an tu masih sebati dlam diri..
sampai ada sedara mara penah tanya ambe..
soalan yg menyentap jiwa..
"wajihah ni darjah berapa?"
klau setakat tanya sekolah kat mana tu tak kesah lagi..
tapi kalau ingat ambe ni sekolah rendah lagi..sangat2 lah menyentap jiwa dan perasaan..huhhu
dahh lupakan yg tu..asyik tersasar jek..


bila sebut nikah khitbah atau bhasa mudahnya nikah gantung..
ramai yg keliru..
dan rmai yg beralasan kononnya keluarga smestinya tidak merestu..tdak mmpu dri segi kewangan dan belum bersedia spenuhnya utk memikul tanggungjwab..
dan mereka lebih rela merisikokan diri dalam situasi gejala sosial yg dasyat ..
terjebak dlam zina hati scra tak sedar .. bercouple.. dan sbgainya..


ambe petik maksud khitbah yg diutarakan ustaz nasruddin dlam artikelnya tentang Nikah Khitbah..
Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. 
Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya
 Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.


haa..tulah maksud nikah khitbahnya..
bila ambe usulkan perkara ni pada sahabat2 yg sedang hangat dilamun cinta..
dan shabat yg berkeinginan utk bercinta..
pelbagai respon yg ambe terima..


"boleh ke..rsanya mak ayah tak kasila".
"tok soh wat lucula..ado plok nak nikoh gantung..maceyla mudoh.."
"entahla..kitorang takut..kalau nikah kan..ada masalah nanti..jadi lain plak..klau couple ni kita bleh kenal dia..sesuai ke tak ngan kita nanti"
"waji stat dulu.."


eyhh..ambe bgi cdangan je..
utk memudahkan...utk menyelamatkan..diri kita sndiri..
fahamilah situasi sekarang..iman dan kemantapan aqidah kita di dalam paras genting..
dngan Bi'ah Solehahnya yg hampir tiada..
maksiat dan perkara tak bermoral berlaku di mana2 saja..
mcam shabat ambe bagitau tu..
kalau di dalam suasana yg selamat..
ambe ambik contoh UIA..
mungkin tak rsa sngat betapa dasyatnya realiti yg berlaku dlam konteks kampus yg tiada suasana Islamik dan keperluan kpada kehidupan beragama...
tapi di kampus yg tinggi paras hedonisme..
gejala maksiat dan budaya couple yg bleh didapati di mna-mna..
bagi mreka yg belum mantap keteguhan dirinya..ada rasa ingin bercinta..
atau sedang dilamun cinta..ish3..
solusi yg terbaik..berkhitbahlah..
bagi yg masih mampu ..melawan..menahan diri dari godaan etc sperti tertera diatas..
ayuh sama-sama kita fokuskan pada pembelajaran dulu...
dan fokuskan matlamat kepada dakwah dan aktiviti Tabiyyah agar sntiasa terisi..
minda..hati dan jiwa dngn tautan tarbiyyah rohaniah..


akhir kalam..
bagi menjawab lontaran hikmah dari sahabat ambe..
ingin ambe tegaskan..
teruskan ukhti..jika utk kebaikan enti...ambe akan sokong dari belakang..
jngn pernah mengalah perjuangkan apa yg enti rsakan yakin..
dan mampu..insyaAllah..
Allah akan membantu usaha enti..
untuk menjaga diri dan kehormatan enti sendiri..
khitbah dan perkahwinan tu perkara baik ..
maafkanlah sahabat ini yg tak mmpu mmbantu..
apapun moga Allah permudahkan segala urusan enti yepp..


Wallahualam..Assalamualaikum WBT...





anda sudah bersedia untuk mendirikan Baitul Muslim..
namun masih ragu-ragu dan tidak yakin..
kewangan belum stabil??halangan keluarga??
masih belajar??

sila klik link di bawah..InsyaAllah..ikhtiar sahabat2 akan membuahkan hasil.. :)