Sunday, April 10

Inkues Misteri Sebuah Konspirasi Politik (Bahagian 1)-Kematian Misteri di SPRM





Assalamualaikum WBT..


Alhamdulillah..berkesempatan jugak update blog kali ni..dah berkali-kali bertangguh sebab masalah2 teknikal yg tertentu...terima kasih kepada sahabat baik ambe Cik Dyana Aziz..blogger manis tudungceklat.blogspot.com..yang tak jemu2 bgi pendorong utk ambe spaya update blog..


Sebelum entry ni ditulis secara teknikalnya..lama jgak masa ambe fikir dan pertimbangkan..mungkin  jugak fikirkan kesan yang akan berlaku atau natijahnya daripada kandungan entry kali ni..
yelah..ambe ni budak2 lagi..kena fikir jgak kesan pada famili dan masyarakat di sekeliling ambe..


Ampun dan maaf andai ada kesilapan yang menyentuh sensitiviti pihak tertentu..mahupun organisasi..
maafla..tapi kalau tak betull..anda kena perbetulkan mindset ambe pada anda semua..
tulah tujuan sebenar ambe..cuma nak tahu kebenaran..
kalau salah apa yang ambe fikirkan..perbetulkan..
begitu Datuk Datin sekalian..


Jom..ambe nak ajak pembaca2 sahabat2 ambe..kita sama-sama berfikir sejenak..berfikir secara kritis dan kritikal tentang isu2 hangat dalam Negara kita sekarang..
dan yang penting kita tahu..juga teguran buat pemimpin2 yang kita kasihi..


 INQUES dari MISTERI KONSPIRASI POLITIK..

Misteri Pertama

gambar hiasan..maaf pihak SPRM..sumber dari internet..bukan salah ambe..
Kematian Misteri di Pejabat SPRM

masih segar dalam ingatan mahupun di minda kita tentang kematian misteri Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor yang ditemui mati di koridor luar,tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam..dan yang malangnya..eyhh bukan malang..yang menjadi persoalan dan Misterinya sebab Teoh masa tu disoal siasat oleh SPRM..
tambahan lagi..
kedudukan subjek yang dikatakan mati secara mengejut yang pada awalnya dikatakan ‘jatuh’ dari tingkat 14 bangunan SPRM..


hairan bin ajaib...bila seorang manusia..tidak mengalami kerosakan tengkorak ataupun organ dalaman yang serius..dan yang obviously kita akan nampak semburan darah..otak yang hancur..apabila jatuh dari bangunan yang tinggi..ermmm....entahla..ambe tak tau..
yang di pun tak pasti..sama ada dia benar2 jatuh dari tingkat 14 atau brpa..ditolak..terjatuh..mahupun sengaja menjatuhkan diri..

tapi tak logikla kalau dia nk bunuh diri sebab peristiwa ni terjadi sehari sebelum daftar kahwin..
aikk..nak bunuh diri secara tiba2..intention tu tiba2 datang dan terus laksanakan..
agak aneh...sebab selalunya individu yang mempunyai intention untuk membunuh diri cenderung untuk memendam perasaan..berfikir dalam..dan ambil masa yang lama..
atau mungkin ada..zaman modenla katakan..zaman penuh dengan tekanan..mungkin ada individu yang cenderung untuk terus mengambil jalan mudah membunuh diri selepas ada intention untuk lakukannya beberapa minit yang lalu..ada atau tak persoalannya..tak dapat ambe huraikan..sebab ambe tak tau..


"Katakanlah jika terjatuh sekalipun, mcm mana boleh jatuh diSPRM?  Apakah prosedur yang membolehkan beliau disoal sehingga pukul 345am tanpa peguam? Takkan saja2 nak bunuh diri kot? Mana pergi pengawal diSPRM yang boleh membiarkan org awam berkeliaran disana sini pukul 4 AM dalam SPRM?(mayat ditemui pukul 130pm) Bagaimana pula seluarnya boleh terkoyak?
Apa sebenarnya terjadi kepada mendiang Teo sebelum menghembuskan nafas yang terakhir?"

sumber: The Blog of My Life

tapi ambe tertarik dengan laporan forensik dari Pakar Forensik dari United Kingdom utk lakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa..dan mengejutkan jugak la resultnya..yang kelakarnya siap ada pertikaian..keluarga mangsa..dan beberapa individu yang ambe tak ingat..sebab ambe malas nak ambik tahu sangat masa tu..

Pornthip: ‘Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh’


Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.
Menurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.
erkk..betul ke ni..

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.


Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.
dicekik dengan menggunakan tangan,
leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,
ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.
Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.


“Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas,” kata saksi itu.



ambe tak nak ambik tau sangat pasal hal ni..
sumber dari internet??ermm..mungkin jugak takleh pakai sangat...
atau sumber laporan forensik tu sendiri..
sebab kemungkinan untuk berlaku kesilapan dalam Forensik pun tinggi..contoh kes Datuk Anwar..laporan perubatan untuk Saiful Bukhari..
Kes ni lagila..sebab laporan forensik untuk mayat..'dia' bukan bleh bangun ceritakan balik apa yg jadi..anggota mana yang telibat..lebih2 lagi bila meningkatnya waktu kematian..maksudnya mayat dah lamala..makin banyak kesilapan boleh berlaku..mungkin juga boleh diwujudkan bukti2 yang pada mulanya tidak ada pada mayat tuh..yela..darah dah beku dalam bdan mayat..lebam atau kesan mudah timbul...

ermmm...entahla..


sedang kita masih tertanya-tanya tentang Inkues kematian mendiang..
dengan prosedur mahkamah yang masih belum selesai..
sekali lagi negara dikejutkan dengan kematian misteri di Pejabat SPRM..
sekali lagi ditempat yang sama..situasi yang sama..dan intention yang sama..
tapi kenapa nak bunuh diri kat SPRM..
opsss...bangunan SPRM

kali ni Penolong Pengarah Kastam Selangor...dikatakan mangsa dipanggil Pegawai SPRM ke pejabat bagi membantu siasatan kes rasuah dan  pengubahan wang haram..tak sempat jumpa Pegawai..mangsa ditemui terlentang di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM Kuala Lumpur..lima minit selepas ditinggalkan bersendirian..
ok...klunya ditinggalkan sendirian...

yeahh..kali ni mangsa berkemungkinan mempunyai intention utk membunuh diri..
mungkin kerana tertekan dengan situasi di mana mangsa antara Pegawai Kastam yang ditahan..
kejap..berumur 56 tahun sebaya ngan Abah ambe..masih kurangkah rasionalnya untuk membunuh diri..
sebagai seorang Pegawai yang berpengalaman mungkin berpuluh tahun..
takkan la mangsa hilang rasional kerana menjadi antara suspek..
mungkin berat sangat tekanan yang dihadapi mangsa hingga penyelesaiannya..

BUNUH DIRI..

yg anehnya kenapa nak bunuh diri kat sana..
nape tak telan racun kat rumah ataupun terjun  dalam laut je..

mungkin Pejabat SPRM adalah lokasi yang sesuai untuk bunuh diri..
ermm..entahla..maaf ya Datuk Datinn..ni pandangan dari budak hingusan..

sehingga kini..saat ini..Kematian Misteri di Pejabat SPRM belum terungkai..
hanya satu persoalan ambe..ape kaitan SPRM dalam kematian misteri tersebut..
adakah mereka terlibat atau ia hanya sekadar kebetulan..
hanya masa akan mendedahkan Kebenarannya..

SPRM

buktikan anda tidak bersalah..buktikan diri anda tidak terlibat dengan bukti yang lengkap..jangan biarkan rakyat terus berfikir Organisasi SPRM adalah organisasi yang mengancam keselamatan orang awam..

bersihkan nama baik organisasi paling penting di Malaysia..
organisasi yang bertanggungjawab dalam menghapuskan korupsi dan rasuah dalam kerajaan..
menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dari sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa..

jadilah organisasi yang benar2 tegakkan kebenaran,.

hanya itu pinta kami..Rakyat Malaysia..

ikhlas : rakyat yang ingin tahu..




Nantikan sambungan InKues Misteri Sebuah KOnspirasi Politik..

Bahagian 2- Video,Dakwaan Liwat ke atas Ketua Parti Pembangkang


Bahagian 3- Kematian Pengawal Diraja Kelantan dan Kemelut Istana Kelantan..


Bahagian 4- Misteri Kematian Altantuya-benarkah ia melibatkan Pemimpin No 1 Negara??


Bahagian 5- Media Massa dan Erti Sebenar Suara Rakyat..


Bahagian Akhir-Wahai Pemimpin..apa yang kamu perlu tahu..Tentang kami..Rakyatmu...


ambe menulis bukan untuk menghasut..jauh sekali mempengaruhi sesiapa..


ini hanya pandangan..dari seorang..
budak yang masih bertatih dan  ingin mengenal erti sebenar kehidupan..


ambe tak pro mahupun anti sesiapa..
ambe sokong yang benar2 ingin memberikan khidmat terbaik buat rakyat..
ambe sokong yang tak korup dan salah guna kuasa..
dan ambe sokong pemimpin yang benar2 sayangkan rakyat dia..




masih berharap..pemimpin kami..
kerajaan mahupun pembangkang..
pimpinlah kami dengan pimpinan Islam...
hentikanlah segala adu domba..
bersatulah kerana kita sesama saudara..