Friday, December 24

Selaut Ilham dalam Kesepian..

Assalamualaikum WBT...
 

                               







Monday, December 20

10 Penyebab Kerosakan Otak;

[1] Mengabaikan sarapan pagi

Ramai di antara anda yang mengabaikan kepentingan sarapan pagi nih. Tahu tak apa kesannya pada otak?

Anda akan mengalami kekurangan gula dalam darah. Ia akan menyebabkan bekalan nutrien tak cukup untuk dihantar ke otak. Seterusnya, anda akan mengalami kemerosotan otak.


[2] Tak cukup tidur

Biasalah tu, orang muda. Mestilah tak cukup tidur. Assignment/kerja berlambak yang nak disiapkan!

Tapi, kalau anda berterusan tak cukup tidur ia akan menjejaskan sel otak. Akibatnya, anda berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan otak. Maksudnya, otak anda tak berfungsi lagi la!


[3] Menutup kepala ketika tidur

Saya kurang pasti jika ramai di antara anda yang mempunyai tabiat ni. Tapi jika ada, dengan menutup kepala ketika tidur boleh meningkatkan karbon dioksida seterusnya mengurangkan kandungan oksigen dalam badan anda.

Hal ini pun boleh menyebabkan kerosakan otak tau.


[4] Banyak makan

Saya yakin anda tahu bahawa makan dengan kuantiti yang banyak boleh membawa mudarat. Lebih baik makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. :)

Apabila anda terlebih makan, ia menyebabkan berlakunya pengerasan kat bahagian arteri otak. Natijahnya, ia bakal memperlahankan kuasa mental anda.


[5] Merokok

Merokok ni menyumbang kepada pengecutan otak. Juga boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.

Ayuh, katakan taknak pada rokok!


[6] Pengambilan gula yang berlebihan

Anda suka makan/minum yang manis-manis? Kalau ya, pastikan anda lebih berhati-hati selepas ini. Ini kerana, pengambilan gula yang berlebihan menganggu penyerapan protein dan nutrien yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.

Kesannya, ia merencatkan perkembangan otak.


[7] Memaksa otak bekerja

Jika badan anda tak sihat, janganlah dipaksa otak tu untuk berfikir. Ataupun paksa otak anda bekerja walaupun rasa tak larat. Sebaik-baiknya bawaklah berehat. Kalau dah tak sihat, buatlah cara tak sihat.

Sebabnya, kalau anda tetap berdegil memaksa otak bekerja, ia boleh menyumbang kepada kerosakan saraf otak.


[8] Berfikiran sempit

Huhuhu.. baru saya tahu yang berfikiran sempit pun boleh mengecutkan otak. Sebagai alternatif, selalulah berfikir supaya dapat meransang otak anda, ok.


[9] Pencemaran udara

Otak anda memerlukan bekalan oksigen bersih yang mencukupi. Jadi, pastikan anda tak terdedah kepada pencemaran udara. Ini kerana, pencemaran udara boleh mengurangkan kecekapan fungsi otak.


[10] Jarang berkomunikasi

Komunikasi yang membawa faedah dapat meransang perkembangan otak. Sama juga macam berfikir tadi. Sebaiknya berfikiran positiflah. :)

Tahukah anda, kalau anda jarang berkomunikasi... lama-kelamaan fungsi otak anda akan mengalami kemunduran.

Itulah serba sedikit penyebab yang boleh merosakkan otak anda. Kalau ada yang kurang, anda boleh tambah di ruangan komen ya. :)

Sayangilah otak anda!
  sumber : oktant

Sklerosis rosakkan saraf otak

SEJAK beberapa tahun lalu penganalisa data, Zamani Ahmad, mengalami masalah penglihatan yang kabur. Kadang kala objek di depannya dilihat berganda-ganda walaupun telah mengenakan kaca mata.

Dia tidak menganggapnya sebagai masalah serius hanya berandaian disebabkan kesan kerja yang sentiasa menghadap komputer.

Namun akhir-akhir ini dia berasakan ada kelainan pada tubuhnya terutama di bahagian tangan dan kaki yang sesekali terasa kebas selain mudah berasa letih.

Khuatir dengan keadaan tersebut lebih-lebih lagi dengan usianya yang semakin mencecah persaraan, dia membuat temu janji dengan doktor.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesyaki simptom-simptom yang dialami Zamani menunjukkan kemungkinan dia mengalami apa yang dipanggil sebagai sklerosis berbilang yang lazim menyerang tanpa disedari penghidapnya.

Sklerosis berbilang atau Multiple Sklerosis (MS) ialah sejenis serangan saraf terutama pada otak. Ia sememangnya tidak menunjukkan gejala khusus.

Simptom-simptom yang ditunjukkan mirip kepada masalah biasa seperti keletihan, pandangan kabur dan rasa kebas pada kaki serta lengan.

Keadaan ini menyebabkan ia sukar dikesan dan penghidapnya menderita bertahun-tahun.

MS berlaku apabila sistem ketahanan tubuh menyerang myelin, iaitu lapisan selaput yang melindungi sel-sel saraf membabitkan otak, tulang belakang dan mata.

Serangan yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada saraf mengakibatkan isyarat tidak dapat disampaikan melalui saraf ke bahagian tubuh lain seperti yang sepatutnya dan timbulnya gejala MS.

Berdasarkan laporan perubatan, MS merupakan salah satu penyakit saraf yang paling kerap menyerang orang dewasa di seluruh dunia. Kerap kali juga menyerang golongan muda pada usia antara 20-an dan 30-an.

Dianggarkan seorang hingga sembilan daripada 100,000 penduduk Asia mengidap penyakit ini. Statistik di Malaysia pula menunjukkan dua atau tiga orang dalam 100,000 kes.

Perunding neurologi, Dr. Shanti Viswanathan berkata, gejala-gejala MS sukar diduga malah simptom-simptom yang dialami oleh seseorang juga berbeza antara satu sama lain.

‘‘Biasanya simptom ini boleh di kesan melalui penglihatan yang kabur atau pertuturan yang tidak jelas serta mengalami kebas-kebas ringan di bahagian muka serta bahagian atas badan,” katanya.

Nuffnang Ads
Kata Dr. Shanti lagi, kurang kesedaran mengenai penyakit ini menyebabkan penghidapnya terus menderita.

Menurutnya, rawatan awal sangat penting dalam melambatkan perkembangan penyakit itu.

Namun, bagi pesakit MS kronik, mereka memerlukan rawatan sepanjang hayat.

‘‘Kami percaya di luar sana, ramai yang menghidap MS tetapi belum dirawat atau diketahui

‘‘Biarpun sehingga kini masih tidak ditemui penawar kepada penyakit ini, kaedah rawatan interferon beta mampu mengurangkan jumlah kes MS sehingga ke 40 peratus.

“Rawatan ini juga juga dapat memperlahankan kemampuan MS merebak,” katanya.

Sementara itu syarikat framasutikal antarabangsa, Bayer Schering Pharma melancarkan program bantuan kepada pesakit yang menghidap MS melalui kaedah rawatan interfon beta.

Melalui kaedah ini membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih berkualiti jika pesakit mendapatkan rawatan awal dan secara berterusan.

Program telah diperkenalkan sempena Hari Multiple Sklerosis (MS) Sedunia 2010.

Program bantuan kepada pesakit MS ini yang dijalankan dengan kerjasama jabatan-jabatan kebajikan serta hospital-hospital kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Bayer Bayer Schering Pharma, Dr. Shunitra Devi memberitahu, dalam kajian yang telah dilakukan jangka hayat pesakit mampu bertahan lebih lama jika mendapat rawatan awal.

‘‘Kami sedar kos yang mahal menjadi halangan kepada seseorang penghidap MS mendapatkan rawatan.

“Ini antara sebab utama kami memulakan program bantuan kepada pesakit. Ia bertujuan membantu lebih ramai penghidap MS mendapatkan rawatan terbaik dari awal serta meneruskannya dalam jangka waktu lama sehingga keadaan mereka bertambah baik,” katanya.

Tuesday, November 30

Biarkan Alam Mengalun Rindu..



Assalamualaikum WBT..

    Alhamdulillah...Segala Puji Allah Tuhan Sekalian Alam  yang menciptakan manusia dengan bermacam2 bangsa dan mencipta makhlukNya dengan berbagai-bagai kejadian...Alhamdulillah..kerana masih diberi  kesempatan  untuk bernafas..menyedut bayu tatkala fajar mulai menyinsing bersama langit subuh yang mula menghadirkan warna2 keceriaan diseratai mentari pagi yang menyinari  segenap alam..Alhamdulillah..kita  masih diberi  peluang untuk mencari, menanam dan membawa sebanyak mungkin  bekalan sebagai mahar pertemuan denganNya..Alhamdulillah..kita diberi kurniaan dengan  dapat merasai kemanisan cintaNya yang menjamin ketenangan dan kebahgiaan dalam qalbu..

    Alam mulai berbisik..mengalunkan kata2 syahdu yang kadangkala membuai rasa...Sayup kedengaran Alam menongkah dengan bunyian yang mengundang pelbagai tafsiran dalam diri...Andai Alam tidak bersuara..sukar ilham datang menjelma dalam hati..Jadi biarkan ia berbisik..biarkan ia beralun dengan alunan rindu yang mendamaikan..tafsirnya ibarat angin dan bayu yang menghembuskan pengharapan dalam hati...Ya..Biarkan Alam Mengalun Rindu...

       

Sunday, November 28

Kanser Otak


Assalamualaikum WBT...

    Tempoh  hidup tak lama...Namun tak sedetikpun  rasa putus asa tu datang kerana tahu Allah dah janjikan Yang terbaik..Ingat pada Satu Janji...Tak  kira  apapun yang Allah tetapkan...tidak  kira  bagi kita ia  baik mahupun menyakitkan...ia adalah  yang terbaik..Jangan Pernah salahkan takdir..Jangan Pernah ada  rasa  untuk kecewa dan  berputus asa..Walaupun kita tahu  hidup  kita  akan berakhir tak lama lagi..

     
a) Pengenalan Penyakit
-Ketumbuhan pada otak di bahagian tertentu otak yang memberi implikasi yang teruk pada pesakitnya.

b) Jenis-jenis kanser Otak
-Supra tentoria (bahagian atas otak)
-Infra tentoria (bahagian bawah otak)
kanser pada bahagian atas otak ialah
-Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
-Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
-kanser kelenjar pinea

kanser pada bahagian bawah otak ialah;
-Infra tentorial
-Medulloblastoma (belakang otak)
-Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
-Brain stem glioma (pangkal otak)
-Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia.Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.

c)Punca penyakit/faktor risiko
-Genetik atau keturunan
-Radiasi pada otak
-Pesakit AIDS,leukimia dan kegagalan buah pinggang kuman? virus ‘papova’semasa hamil.Ia memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkan.

d) Tanda-tanda/Simptom
Pada peringkat bayi mereka akan mengalami:
-Proses pertumbuhan yang tidak normal-tidak boleh merangkak walaupun berusia enam bulan
-Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala
-Ubun-ubun membengkak,bayi akan gelisah,tidak bermaya dan kurang menyusu

Pada peringkat awal kanak-kanak
-Mengadu sakit kepala berulang-ulang
-Kelihatan letih dan tidak bertenaga
-Prestasi pembelajaran menurun
-Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi

Simptom yang lebih ketara
-Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala
-Muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi
-Sawan boleh berlaku,contohnya kejang pada tangan
-Kabur penglihatan
-Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil
-Sekiranya kanser merebak pada brain stem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami
-Gangguan pada pertuturan
-Sistem pernafasan terganggu
-Lemah anggota badan
-Gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak
-Mudah lupa
-Perubhan personaliti

Peringkat lewat
-Koma
-Boleh pengsan 



       apapun...jangan tunggu  sampai peringkat paling lewat..
jika terdapat apa2 simptom...jangan takut untuk  terus merujuk  pada  yang pakar..ingatlah  setiap penyakit  ada penawarnya...dan  jangan pernah berputus  harap  untuk teruskan hidup  dan  teruskan perjuangan kita  demi memantapkan  agama Allah..Demi agama  Islam yang tercinta..
     Kita  dilahirkan  sebagai  pejuang Islam..jangan pernah  gentar dengan  apa  jua cabaran  dalam  hidup kerana disitu terletaknya mujahadah kita  dalam ketakwaan...Mujahadah  itu pahit  kerana syurga itu  Manis..
  InsyaAllah..jika kita  bersabar...Allah pasti  menolong...kerana Allah  sntiasa Bersama dngan Orang2 Yang Bersabar....Wallahualam... 

Saturday, November 27

Bila Cinta Ditolak

Kerana Aku cinta PadaNya...




        Assalamualaikum  WBT…
      
       Alhamdulillah…kita  msih  disini..msih  mmpunyai msa  dan  kudrat  utk brkongsi  dan mnghayati stiap  detik dlam hdup  dngn  pnuh rsa khambaan  pdaNya..Betapa Pengasihnya Dia..Penyayangnya  Dia pda  kita~hambaNya yg  hina  dan  pnuh noda dosa..Si Dia..tnpa  prnah  jemu..memberikan  Cintanya yg Agung buat  hmbaNya  yg  sring lupa..Alhamdulillah..kta  msih disni..msih  diberi pluang  utk  brnafas..mnghirup ksegran udara  tatkala fajar mnyinsing..jua  dpat  mlihat kerlipan  bintang tatkala malam  mnjelma..Betapa Tulusnya Cinta Si Di pda kita..Tatkala  kita ksedihan dan kseorangan…x  prnah  dibiarkan kita  rsa brsendirian…Dia  sntiasa ada.. utk  merawat  luka  akibat dicalari duri dunia yg  hina..Alangkah  sukarnya utk  kita  syukuri nikmatNya  yg percuma…sekali lagi  ucapkanlah  Alhamdulillah..krana  kita msih  ada  hri  ini utk brtaubat dan  hri  kelmarin  utk  brmuhasabah..syukur Alhamdulillah..^_^..

Cinta Adalah Kekuatan

       Cinta..suatu prkataan yg amat  indah  skali  didengar apalagi tatkala  kita merasainya..indah sungguh cinta itu kan?..Cinta adalah hakikat bkan  khayalan  atau mimpi2  indah  yg diceritakan dlam crita2  dongeng..Cintalah  mnjdikan kita mnusia  yg  insan  bkan  mnusia  yg  brsifat kbinatangan..betapa  cinta  itu wjud  dlam khidupan kita samaada  kita sedar  atau tidak..
    
      Tidak kiralah  pda siapa atau apapun cinta itu..yg psti  ia  mncorakkan khidupan kita  agr mnjdi  lbih  brmkna..dan kita sbgai  hmbaNya.. Cinta pdaNya  semestinya  Cinta yg  Utama..Cinta  pda Allah..Si Dia yg  tdak prnah  jauh  dri sisi kita..sntiasa ada  utk kita…asal kita ikhlas utk kmbali  pdanya..Cinta itulah satu  jaminan kbhagiaan abadi..brkekalan  hngga tiba saat  kita akan brpeluang  mnatap WajahNya..Kekasih yg kita  nntikan  saat  utk brtemuNya..Nafas Cinta yg dihirup tatkala brsama  dngnNya  mngalirkan  rsa krinduan  yg tdak trtahan2..Ya  Allah..betapa rindunya aku pda Rahmat dan HidayahMu..
      
      Kerana  Cinta  PadaNya..segala  dugaan..dianggap satu perhatian..satu bukti  yg  Si Dia  sntiasa  disisi..Ujian itu  satu kerinduan…satu kasih sayang..yg  ditunjukkan agr  kita  sntiasa  ingt pdaNya..sungguh..Aku  rsai CintaNya..dan  sungguh..aku sdah  tidak mahu  cinta  lain..aku tidak mahu Cintaku  ini pdaNya  trganggu krana cinta dunia yg  smentara..aku  sdah  tdak  mmpu brpura2 dngan  kbencian  yg  kutanggung  sejak  ku tinggalkan kpentingan  itu  dibelakangku..Sungguh…aku  sdah tidak mmpu  mlihat yg lain…selain  kelalaian  yg  ingin aku  tolak ketepi…Ya  Allah..betapa beratnya ku tanggung ujian memerangi  Cintaku pda Dunia..aku  bncikannya krana  ia  melalaikanku tpi  itulah  yg  slalu ku  cari..Betapa  kerdilnya hambaMu  ini tnpa  prtolongan driMu..Kekasihku..
     
    Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku..  Seperti sabda Rasulullah saw. hati itu bersifat gampang terbolak-balik bagaikan bulu yang terombang-ambing oleh angin yang berputar-putar. Sebagaimana amal-amal dan perilaku kita yang senantiasa bersumber dari niat dan motivasi di dalam hati, maka cinta pun bisa mewujud dengan dasar niat yang beraneka rupa. Ada cinta yang tulus, penuh kerelaan. Namun ada pula cinta yang penuh duri dan racun. Ada cinta yang merupakan buah keimanan dan ketaqwaan. Namun ada pula cinta yang berlandaskan nafsu hina.

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..


    Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.(hamka)…emm..pnjang  lebar  kita bicarakan tentang cinta..

Damba Kasih Ilahi
                   

    Sebenarnya saya  memilih tajuk berkaitan  cinta  kali ni  adlah kerana saya  ingin  merungkai serba  sedikit  persoalan  berkaitan cinta…dan  apa yg  sy  dpat lihat dlam situasi remaja masa kini..rmai yg mnyalah  tafsirkan  mkna sbenar  cinta…Malah  sy sndri prnah brhdpan dngn plbgai soalan  brkaittan cinta yg  diajukan  pda  saya..antranya hal brkaitan Couple  dlam  Islam…Rindu..Istikarah..dan brmcam2 hal..sdngkan sy xde pngalaman lngsung  dlam hal2  cmni..
          
    Ape yg  sy  nk huraikan dri apa yg prnah diadukan  pda sy..bila  brcouple…memang  tak  sah la klau  tak  rindu..rsa nk jumpa..bnda  common kan..itulah yg  agak  mrunsingkan sy wlaupun sy pun sbaya  je…  tpi sy fham anak muda..remaja ..,kdang2 prbuatan  ikut kata hati.. sdngkn hati mdah trdorong  utk  mngikut  telunjuk nafsu jika iman  dlam  diri  tak kental..bila  dah  rindu tu dah dikatakan zina hati..apalagi  jika  kaki mlangkah utk tmpat prtemuan..tu sdah bleh dikatakan mendekati zina..sdngkan Allah dah larang kita..agr  kita tidak mndekati  zina..bercouple boleh  diibaratkan  sbgai step  yg terawal utk  lkukan prkara yg  mngundang kmurkaan Allah pda  kita..sdah tentu  kita  tanak kan Allah  murka pda kita kan..jdi tidak slahnya  agr  kita tnggalkan  prkara  yg Allah larang agr ia tak mmberi  mudharat  pda kita..mngkin  bkan  hari  ni..tpi  kita tdak tahu  kmungkinan yg akn brlaku..
          
        Couple dlam Islam..??..apa pendpat anda??..bgi sayala couple  dlam  islam tu  boleh…tpi~..hnya  slepas ikatan  prkahwinan  yg  sah…after ‘munakahat’..nak  couple  ke…nk pgang tngan ke..trpulangla..sebab msing2 dah  halal  utk  sesama  sndiri..malah  jika  kita  rindukan ‘couple’ kita  pun..kita akn  dpat pahala..tak  susah  pun..jika  belum bersedia..bnyakkan  brsabar…cba  jauhkan dri  dari  apapun  pengaruh yg akn  menarik dri agr dekati “istilah’  couple ni..jika dah  brsedia..dah punya pilihan  yg  tepat..jngn tangguhkan lgi..segerakan utk bina Baitul Muslim..insyaAllah..cinta  lpas  kawin  tu lpas powerful magisnya(kata org  tua)..
          
           Cinta lepas kawin tak bahagia  sebab  tak  kenal perangai  pasangan??...ye ke??....saya  jawab jgak prsoalan  tu..sy bkan  ada pngalaman  pun..tpi skdar  nk  brkongsi pndpat  sy..ermm…bgi saya  bercinta  bertahun  pun..tak semestinya  kita akan kenal  100%  pasangan kita  dan  kita x bleh jgak 100 %  prcayakan org yg  kita  ‘cinta’  tu..sbb adat  mnusia brcinta..smua yg bruk  nmpak  baik je..smpai yg mcam Mak  Siti Kelembai  pun  nmpak cam Puteri  Kyangan..sbabnya..ye  la dah cinta nmanya..bila dah  kawin..mulala  smuanya nmpak buruk..nmpak  tak lawa..nmpak jahat..nmpak  keji..nmpak derita..sdngkan  msa brcinta  elok  je..
          
        Sebab apa??...sbab  msa brcinta..sgalanya  jga..dri  prckapan..prtuturan..cara jlan..smuanya  nk control agr nmpak smpurna di pndangan mata  kekasih  hati..Pakai topeng  berlapis-lapis smata2 nk smbunyikan  kbrukan  dri yg sbenar..takut nk jdi dri sndiri..takut kekasih  tak dpat  trima  kkrurangan  dri..adoii…apala  nmnya  cinta klau kita tak dpat  trima kkurangan org yg  kita  cintai..kcuali kita cintakan  ksempurnaan dia..mukanya yg cantik..hartanya yg brgunung  ke..haa~tu  bkan  cinta  nmanya tu Materialistik nmanya..Luaran tak  jamin  kbhagiaan..sdikit  pun..sbb ia xkan kekal..sbab  tu ada yg brcinta  brtahun..tpi kawin  tak smpai sbulan..sbabnya dah  lama  dah control..bila  dah kawin..smua jelas kat depan mata..hidung  senget  ke..masa kawin brulah nmpak  prwatakan sbenar di sebalik topeng..kononnya  psangan brubah..sdngkan  cinta  tu sndiri dah  lama dislah tafsirkan..dah trlalu bnyak brpura2 dlm hidup..Rahmat  dan Berkat dlam  hdup  jauh..jngnla  buat  cmtu  yep..~..



        Berbeza  yg  brcinta slepas  brkahwin..mreka dpat trima kkurangan msing2  krana tahu msih ada  sudut  dlam diri  psangan yg tak  diketahui..jdi msing2  cba saling memahami..msing2 dpat mnerima  kkurangan psangan dan jdikan ia  sbgai  satu plengkap dlam khidupan  yg  lbih sakinah..kkurangan kdang2 bleh  dijdikan satu  kkuatan dlm  mnilai  dri agr mnjdi  lbih  baik..sbb tu prkahwinan tnpa jalinan  trlebih dahulu lbih  mantap  dan  bahgia brbnding yg sdah lama brcinta.

Harapan Ana   

     bukan berangan..apalagi menaruh harapan tinggi buat bakal Zaujku...hnya mnghrap Rijal yg bkal mmimpinku..adalah  Rijal beriman  yg CintaNya  hnya  pda Allah..rijal yg  mmpu mmbimbing...mmpu mncorak..mmpu membimbing mlah  mndidik dri ini..dlam jlan mnuju  Rahmat dan  Cinta Ilahi..ckuplah  dngan iman  dan amanah..insyaAllah...sakinah akan mnyelimuti  hati dan membawa layar ke  gerbang bahgia..
namun andai tiada  cinta  insan buatku..ckuplah cinta Allah didalam hatiku...
krana aku tidak mnghrapkan apa2 dlam hdupku..hnya  mnghrap aku  dpat  mnjejakkan kaki ke Gerbang bahagia  dan menatap wajah Kekasih yg  selama  ini ku  rindui  dlam stiap  sujud..Ya Allah..lindungilah  hatiku..jgalah  ia  dri kmurkaanMu..teguhkanlah keimananku..mantapkanlah jiwaku..didiklah  aku agr aku dpat  brmuhajahadah pda  jlanMu..dan matikanlah  aku dlam Mati yg  Syahid..krana  brtemuMu  adlah kbahgiaanku..        
Pengakhiran Cinta   
        Cinta manusia tak kekal..mnyakitkan malah penuh kpura-puraan…Cintailah  Allah..CintaNya hakiki..kekal  hngga saat kembali..mndamaikan hati..dan tidak  mnyakitkan nurani..jua membangkitkan Mahabbah  dlam dri..cinta  yg suci  tiada  yg  dpat  tandingi..malah  cintaNya  hakikat..bkan batil..cintaNya jua setia jika kita makrifat  mencari..cintaNya  bkan  cerita dongeng yg  diadaptasi..tapi  cintaNya bukti kesetiaan abadi..Istiqamahlah  dlam  Mahabbah pdaNya..krana cinta pdaNya tidak boleh  dicari ganti..jdikan ia cinta sejati..dlam  mnerangi kegelapan  dlam  hati…Cinta  yg suci…Cinta pda  Ilahi.. 

Damba Kasih

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Thursday, November 11

Allah kan Ada~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBt..


        Apa khabar iman..perjuangan dan kesedaran..klau baik..Alhamdulillah..klau mntap dan teguh..lbih2 lgi syukur Alhamdulillah..bkan ape..agak sukar utk mntapkan iman..perjuangan dan ksedaran dlam dunia yg mkin mncabar ni..lbih2 lgi jika kurangnya pnghayatan sabar dan syukur dlam diri..iye dop??..Nmun..jngnla mdah gentar,Allah akn sntiasa mnolong hamba yg mnolong agamaNya asal niat ikhlas krana Allah..
     
        Wajie ni nasihat2 org..klau die down pun..nangis jgak~..huhu..of coz..mstilah nangis..Wajie pun mnusia kan..ada hati..ada iman..ada nafsu..normal mcam org lain jgak kan..jdi mstila ade msa akn rsa ksunyian..ksedihan..kperitan yg kdang2 mlemahkan diri..manusia kan??..Ujian itu kan Tarbiyyah utk kuatkan hati kita..jiwa kita..iman kita..perjuangan kita..ksedaran kita..dan mnguatkan lagi kcintaan kita..ksyukran kita dan ksabaran kita dlam menempuh khidupan kat dunia ni..dan tanaman dan hasil usaha kita kat dunia ni..akan kita tuai kat akhirat nanti...JADI MELABURLAH SEBAIKNYA UTK KHIDUPAN YG BAIK DI AKHIRAT NANTI... 

         Mnusia mcam2 mslah..lpas satu..satu mslah dtang..~huhh~...haduh..mengeluh ke sahabat..janganla macam tu..Wajie pun mcm tu jgak sbnarnya bile mslah dtang brtimpa-timpa..Wajie pun mngeluh jgak..Apa~..ingat Wajie x prnah mngeluh ke..tngokla kat Facebook..msti ade kata keluhan yg kluar dri situ..mknanya Wajie pun akn mngeluh jgak kan~..tpi bile fkir dlam2..Astagfirullahalazimm..btapa x brsyukurnya hmba ini Ya Allah..biasala Wajie pun mnusia kan..x lepas dri ksilapan..ITULAH PENTINGNYA ADA KESEDARAN DALAM DIRI..supaya kita x terus hanyut dgan kesilapan dan dosa noda yg kita lakukan..dan KESEDARAN TU LAHIR HASIL DARI TARBIYYAH..Betul Tak???

   Kalau sahabat2 kata betul Alhamdulillah..mknanya sahabat2 ada ksedaran tntang apa yg kita pnggil TARBIYYAH..(huhu..)..Seseungguhnya Allah akn mnguji kita dngan pelbagai msalah utk mndidik kita mnjadi hmbaNya yg kuat..itu tandanya Allah sayangkan kita..Allah 'caring' ngan kita..Dia tanak hambaNya mnjadi insan yg lemah dan kalah dlam mnghadapi hidup..ujian itu ibarat peperiksaan yg perlu dihadapi,jika kita berjaya, maka mkin bertambahlah ilmu dan kekuatan malah akan makin tinggilah tingkatan yang akan kita naik dalam marhalah kehidupan..

    Cube kite fikir..macam mana jika Allah tak sayangkan kita..Allah tak 'caring' dan tak pedulikan kita..Lantaklah kita nak buat apapun,Dia peduli apa..Alangkah malangnya kita..dibiarkan terus terleka lalu jadi bahan mamahan api neraka..Nauzubillah..
     Jadi nasihat saya pda diri dan sahabat2..Mari kita gantikan mngeluh ni dngan rsa syukur..(Tak salah kan??)..ada dua kunci kebahgiaan ..'2S'.."Sabar & Syukur"...nak tau apa..Jika ada kunci S yg kuat ni dlam dri kita..dihadapkan mslah stinggi Gunung Merapi pun..insyaAllah kita akan hadapinya dengan senyuman dan pnuh kyakinan..Alhamdulillah....Teringat satu kata hikmah...kdang kita gembira dngan mentari yg mnynari...nmun tiba2 Allah hadirkan hujan..kita bersedih dngan kehilangan mentari..tercari-carilah kita..rupa-rupanya Allah nk hadiahkan kita pelangi..begitu jgak dngan mslah yg brlaku dlam hdup kita..pasti ada hikmah yg Allah janjikan kerana satiap yg Allah tetapkan adalah yg terbaik utk kita...tidak kira di pandangan kita ia baik ataupun buruk..Seseungguhnya Allah mngetahui akan tiap-tiap sesuatu sdangkan kita tidak..~Allahuakbar..

         

Janganla cepat menilai sesuatu tanpa ilmu dan keyakinan...

         Allahuakbar...Astagfirullahalazim...terkedu jgakla Wajie bile trdengar dialog dlam cerite 'CHINTA' yg brsiaran kt TV3 ..antra bait2 kata2 yg Waji petik sikit.."susah2 kita didik anak kita Rasul Iman ni jadi soleh..penghuni syurga..senang2 je dia nak heret sama anak kita masuk neraka Jahannam sekali dengan dia..".fuhhh~..terkejut jgakla Wajie dngar kata2 dia..Skrip citer??..ohh..msetila skrip jer..tpi jngn lupe bnda cmni adalah prkara biasa yg brlaku dlam msyrakat kita hri ni..
        Perkara apa??...apa yg sy perhatikan msyrakat especially Melayula..sngat suke menilai ssuatu tnpa iman..dan ilmu....Allahuakbar...'su'ulzon'..ye sahabat2..tu la yg kita pnggil Bruk sangka..pnilaian yg x berterskan pmerhatian yg mndlam dan ilmu yg mntap akn mlahirkan bibit bruk sngka dlam msyrkat..dan tntulah ianya slah satu virus yg akn mnghancurkan ksatuan dlam ummah..Nauzubillah..

Wednesday, November 3

Jika itu yg terbaik....

......Pelangi di sebalik awan......

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum WBT...

                                          Alhamdulillah....Alhamdulilllah...Alhamdulillah....
syukur ke hadrat Allah SWT , walaupun agak2 sibukla sjak akhir2 ni , nmun sempat jgak melakar sdikit coretan di laman perkongsian ni..Berehatnya dari dunia luar.(btul2 brehat)..tidak brmkna terus terlena...msih mndengar..mencoret dan melakar isi dunia dngn warna2 pelangi...(...^_^...)

       Apa khabar iman? apa khabar perjuangan? apa khabar kesedaran? jika stabil Alhamdulillah...jika teguh dan mantap lebih2 syukur Alhamdulillah...sukar untuk mantapkan diri dengan iman , perjuangan dan kesedaran...di dunia yg cbarannya mkin hebat..tidak sunyi  dri godaan yg bkal mencuit ksabaran dlam diri..
Namun jngn mdah gentar..Allah akn sntiasa mnolong hamba yg mnolong agamanya asal niat ikhlas krana Allah...ada org ckap Wajihah ni..nasihat2 org psal ksabaran..bila die down..menangis jgak..
haiii....sy kan mnusia biasa jgak...bkanlah 100 % smpurna...ya sy bnyak nsihatkan org lain..tpi itu x brmkna sy x prlukan org lain utk mnsihati sy kmbali bila sy dlam ksdihan dan ksusahan..di situlah kita diuji...dibalikkan kmbali dngn mslah2 yg mngkin prnah kita slesaikan utk org lain dlu..sy bnyak trfkir..oh mngkin itulah sbbnya Allah uji sy dngn brmcam mslah dlu...bila skrang sy mmpu bntu org lain utk hdapi msalah tu dngn redha..insyaAllah....            


Friday, October 22

Rinduku Padamu Tanah Bertuah..

Islamophobia..Dunia Islam Kini...

PENGENALAN
Peristiwa 11 September 2001 meninggalkan pelbagai memori pahit dalam diari umat Islam apabila peristiwa tersebut menjadi batu loncatan bagi blok Barat yang berpaksikan Yahudi Zionis menyerbu ke negara Islam meratah dan menghina umat Islam diatas nama Humanism dan terrorism. Kita juga maklum pendedahan beberapa NGO yang ditubuhkan di Amerika Syarikat berkenaan konspirasi dan agenda kotor zionis berproksikan AS pada peristiwa 9/11 menjelaskan kebobrokan dan kebencian mereka terhadap Islam. Peristiwa 9/11 secara tidak langsung ada pro dan kontra kepada umat Islam.Pro-nya ialah masyarakat Barat dan dunia mula membuka mata tentang Islam, dan kontranya ialah pelabelan Islam sebagai terrorist dan tekanan umat dunia pada masyarakat Islam di seantero dunia,juga ketakutan tidak berasas masyarakat dunia pada Islam,iaitulah Islamophobia.
ISLAMOPHOBIA, SATU KAJIAN
Bila berbicara tentang Islamophobia, definisi yang mudah untuk difahami ialah rasa fobia atau kebimbangan terhadap islam samaada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan segala yang berkaitan dengan Islam. Ia merupakan agenda Barat yang diperkenalkan 10tahun yang lalu yang terus dimangkin dengan peristiwa 9/11. Namun, apakah ianya agenda Zionis yang berjaya? Ya, zionis dengan kekuatan politik dan medianya berjaya menyerap Islamophobia kepada masyarakat Barat malahan juga terserap ke dalam minda umat Islam kini diseluruh dunia. Umat islam sendiri mula dimomokkan dengan keburukan yang direka-reka tentang Islam.
KISAH YVONNE RIDLEY 



Pendedahan bekas wartawan Sunday Press dari London, Yvonne Ridley yang ditahan oleh Taliban di Penjara Kabul beberapa tahun yang lepas menjelaskan lagi konspirasi jahat Yahudi. Beliau yang sudah memeluk Islam dan menjadi pembela Islam kini dengan mata pena dan ceramah keseluruh dunia juga nyaris dimanipulasi oleh Zionis untuk menjadi alat sebaran doktrinisasi Islamophobia Barat.
Beliau yang berpengalaman dipenjarakan oleh Taliban menyatakan bahwa sebaran media Barat tentang terrorist dan double standard pada wanita adalah meleset sama sekali jika dibanding layanan penuh berakhlak dari pejuang taliban. Namun,media Barat menamakan pengalaman yang diperolehi oleh Yvonne yang cuba didedahkan kepada masyarajat dunia hanyalah sebagai Stockholm Syndorm iaitu tekanan perasaan yang membuatkan mangsa bersimpati dengan pemangsanya. ”Saya diminta mengada-adakan berita kononnya saya diseksa dan dirogol ketika ditawan Taliban ” ujar Yvonne Ridley.
Benarlah firman Allah :
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
“Tidak akan redha selamanya Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehingga kamu mengikut ajaran (agama) mereka.” ( Al-Baqarah 120)
SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DAN IMPERIALIS KRISTIAN

Islam mula bertapak di Tanah melayu dizaman Kerajaan Uthmaniyyah melalui kehadiran pedagang arab dan China yang juga menjadi pendakwah di Tanah Melayu melalui Pelabuhan Melaka. Pendekatan dakwah tawazun dan bilhikmah telah menarik perhatian pemerintah Melaka lantas menganut Islam sebagai addin.Malahan, kegemilangan Islam diTanah Melayu juga dilihat dengan kemakmuran kehidupan masyarakat Islam Melaka dengan penggubalan dan pelaksanaan Undang-Undang Kanun Melaka dan Undang-undang Laut melaka yang merupakan asimilasi dari hukum hudud. Namun,imperialis Barat yang melaksanakan konsep ’Devide and rule” selepas kejatuhan khilafah islamiah Turki Uthmaniyyah,ledakan Reformation dan Renaissance mula menjejak langkah menghancurkan aqidah umat Islam Tanah Melayu .
Konsep 3G yang dibawa bersama semasa berdagang di Melaka iaitu Gold, Gospel dan Glory mula menampakkan hasilnya selepas kemasukan Imperialis Portugis yang berkolaborasi dengan imperialis lain sekitar tahun 1511. Di saat inilah bermulanya proses Pembaratan (westernisasi) umat Islam dengan sogokan sekularisme dan materialisme yang disusun atur melalui sistem Perundangan ( suruhanJaya Reid), sistem pendidikan, dan sistem ekonomi Barat. Kejayaan mubaligh Kristian serta gerakan Freemasonry semakin menyerlah dengan ghazwul fikr (serangan pemikiran) serta kegilaan kepada Barat atau Westomania telah menyerang kedalam sanubari umat Islam. Mereka mula meninggalkan agama dan mula disogokkan dengan ketakutan dan kejengkelan dalam melaksanakan amalan agama Islam atau Islamophobia.

REALITI ISLAMOPHOBIA DI MALAYSIA



Masa kini, umat islam di Malaysia terus dilekakan dengan budaya hedonisme, supaya sensitiviti kepada Islam mula tumpul. Hari ini kita melihat Isu murtadisasi,Lina Joy , IFC dan Sister In Islam merupakan parasit yahudi dan Zionis yang mula menggugat kedaulatan Islam di Malaysia.
Islamophobia yang menyerang umat Islam di Malaysia boleh diperincikan dibawah beberapa pensegmentasian antaranya ialah :
  • Penyebaran berita negatif tentang islam kepada non-muslim menyebabkan mereka mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya.Non-muslim dimomokkan dengan Islam sebagai terrorism,hukum hudud sebagai hukuman yang kejam dan bercanggah dengan hak asasi dan humanisme, dan sebagainya.
  • Kurangnya sensitiviti umat Islam pada umat Islam di negara lain dan tumpul rasa cintanya pada Islam.Ini menyebabkan mereka bimbang untuk membicarakan soal jihad dan perang qital yang berlaku diPalestine,Iraq,Iran dan sebagainya,lantas berdiam diri membisu lisan untuk berbicara tentang isu umat Islam lain.
  • Ketidakfahaman tentang Islam tidak dibedung, dan kefahaman tentang Islam tidak difokuskan oleh pihak berwajib.Keadaan ini menyebabkan umat Islam tidak memahami Islam lantas mereka malu dan jengkel untuk mengakui hakikat Islam yang sebenar dan melaksanakan syiar Islam di khalayak ramai. Takut dan bimbang untuk berbicara tentang Islam dan akhirnya mereka hanyut dengan manhaj Freemasonry yang tidak mereka sedari merungkai mereka dari ikatan Islam.
Saidina Umar menyebut ”Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliyyah”. Kita perlu sedar bahawa islamophobia merupakan salah satu tools yang digunapakai dalam ghazwul fikri golongan Freemasonry kepada masyarakat dunia dan umat Islam.

APA TINDAKAN KITA ?
Selaku umat Islam yang cintakan kedaulatan Islam, seharusnya kita peka dengan isu yang melanda umat Islam kini.Kefahaman yang jelas tentang Islam akan mengelakkan kita hanya menjadi golongan mutaqaaidun sahaja dengan penderitaan umat Islam semasa.Apa yang perlu kita laksanakan dalam menghadapi Islamophobia ini?
  • Membina FAHAM tentang Islam dalam diri dan memberi FAHAM kepada muslim yang lain dan non-muslim tentang tuduhan terhadap Islam. Salahfaham tentang Islam telah dijelaskan oleh Dr Yusof Qaradawi dalam bukunya ”Sanggahan salah tafsiran Islam”.
  • Menentang dan tidak berkompromi dengan unsur sekularisme dan sebarang usaha menjatuhkan serta memanipulasi islam seperti IFC, Sister in islam, kumpulan artikel 11.IFC bukan sahaja masuk campur dalam urusan interfaith tetapi turut menceroboh intrafaith dalam Islam.
  • Membantu organisasi atau NGO atau individu perseorangan yang memperjuangkan kedaulatan agama Islam sebagai tanda kita mempunyai rasa MAHU untuk menangkis serangan Islamophobia.
  • Menggunakan segenap tenaga yang ada untuk membantu rakan dan saudara seislam di seluruh dunia samada dengan jiwa,harta dan sebagainya.Malahan Dr Yusof Qaradawi juga telah mengeluarkan fatwa supaya seluruh umat Islam membantu Iran walaupun ianya berkefahaman Syiah.
Dalam menghadapi segenap situasi yang mencengkam umat kini, seharusnya unsur UKHWAH menjadi tali penghubung dan pengikat seluruh umat Islam.Jika kita bersatu dibawah ikatan aqidah, maka akan terhasillah wehdatul fikrah yang memungkinkan terhasilnya satu tindakan bersama iaitulah wehdatul amal.
Akhirnya, hayatilah sabdaan Rasulullah SAW : ”Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan. Sahabat bertanya ” Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah? ” Maka nabi saw menjawab ” Tidak,bahkan bilangan kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih dilautan,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh kamu,dan Allah mencampakkan penyakit wahan kedalam hatimu”. Sahabat bertanya ” apakah itu wahan?” nabi menjawab ” Cintakan dunia dan takutkan mati” (hadith riwayat Abu Daud).

Masanya untuk berhenti berbicara

Friday, October 15

Rindu padamu Tanah Bertuah

Rindu Padamu Tanah Bertuah

    Dah lama rasanya

kerana perjuangan kita belum selesai

Bismillahirrahmanirrahim...
Wallahu..Walhamdulillah.....
Alhamdulillah...akhirnya walau macam2 dugaan melanda 2,3 hari ni..ada juga ruang untuk update cinta hati saya ni..ayuh..berbicara sedikit berkaitan objektif perjuangan kita..
aii...janji nak siapkan Suri Syahadah tak kesampaian sebab banyak urusan perlu dibuat...
akhirnya tertinggal macam tu je...sebut pasal Suri Syahadah...ingatan kembali pada diri..
jika ditanya Khabar Iman.,.Alhamdulillah.,..iman masih disini....sebut soal iman..iman di jiwa masih belum teruji buat saat ini..mungkin terujinya tidak dirasai sangat lantaran jiwa menerima keredhaan..insyaAllah...
Sesungguhnya setiap insan dilahirkan didunia ini utk mnjadi khalifah yg berperanan memakmurkan muka bumi ini  dan membawa manusia kepada fitrah ketakwaan pada Allah SWT..
untuk sampai ke tahap Khalifah bertakwa yang mampu membawa kemakmuran dan suasana ketakwaan pada Allah...sudah tentulah manusia itu perlu diuji terlebih dahulu...ia dipanggil dengan panggilan 'Tarbiyah'..
ada sesetengah sahabat2 memberitahu saya..Tarbiyah tu adalah cikgu yang paling garang..tersenyum saya dibuatnya...itu tentulah kerana Tarbiyah mendidik kita dngan cara 'torture' dngn ujian yg sakit trlebih dahulu..iya iyalah kita akn dapat pngjarn dan sesuatu daripada ujian itu...



                                                      

Tuesday, October 12








 Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”