Sunday, November 28
Kanser Otak
Assalamualaikum WBT...
Tempoh hidup tak lama...Namun tak sedetikpun rasa putus asa tu datang kerana tahu Allah dah janjikan Yang terbaik..Ingat pada Satu Janji...Tak kira apapun yang Allah tetapkan...tidak kira bagi kita ia baik mahupun menyakitkan...ia adalah yang terbaik..Jangan Pernah salahkan takdir..Jangan Pernah ada rasa untuk kecewa dan berputus asa..Walaupun kita tahu hidup kita akan berakhir tak lama lagi..
a) Pengenalan Penyakit
-Ketumbuhan pada otak di bahagian tertentu otak yang memberi implikasi yang teruk pada pesakitnya.
b) Jenis-jenis kanser Otak
-Supra tentoria (bahagian atas otak)
-Infra tentoria (bahagian bawah otak)
kanser pada bahagian atas otak ialah
-Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
-Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
-kanser kelenjar pinea
kanser pada bahagian bawah otak ialah;
-Infra tentorial
-Medulloblastoma (belakang otak)
-Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
-Brain stem glioma (pangkal otak)
-Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia.Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.
c)Punca penyakit/faktor risiko
-Genetik atau keturunan
-Radiasi pada otak
-Pesakit AIDS,leukimia dan kegagalan buah pinggang kuman? virus ‘papova’semasa hamil.Ia memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkan.
d) Tanda-tanda/Simptom
Pada peringkat bayi mereka akan mengalami:
-Proses pertumbuhan yang tidak normal-tidak boleh merangkak walaupun berusia enam bulan
-Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala
-Ubun-ubun membengkak,bayi akan gelisah,tidak bermaya dan kurang menyusu
Pada peringkat awal kanak-kanak
-Mengadu sakit kepala berulang-ulang
-Kelihatan letih dan tidak bertenaga
-Prestasi pembelajaran menurun
-Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi
Simptom yang lebih ketara
-Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala
-Muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi
-Sawan boleh berlaku,contohnya kejang pada tangan
-Kabur penglihatan
-Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil
-Sekiranya kanser merebak pada brain stem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami
-Gangguan pada pertuturan
-Sistem pernafasan terganggu
-Lemah anggota badan
-Gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak
-Mudah lupa
-Perubhan personaliti
Peringkat lewat
-Koma
-Boleh pengsan
apapun...jangan tunggu sampai peringkat paling lewat..
jika terdapat apa2 simptom...jangan takut untuk terus merujuk pada yang pakar..ingatlah setiap penyakit ada penawarnya...dan jangan pernah berputus harap untuk teruskan hidup dan teruskan perjuangan kita demi memantapkan agama Allah..Demi agama Islam yang tercinta..
Kita dilahirkan sebagai pejuang Islam..jangan pernah gentar dengan apa jua cabaran dalam hidup kerana disitu terletaknya mujahadah kita dalam ketakwaan...Mujahadah itu pahit kerana syurga itu Manis..
InsyaAllah..jika kita bersabar...Allah pasti menolong...kerana Allah sntiasa Bersama dngan Orang2 Yang Bersabar....Wallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment