Tuesday, May 14

PRU13 - Kita di Mana?

Bismillahirrahmanirrahim..




Assalamualaikum wbt..


  Apa khabar sidang pembaca yang masih sudi berkunjung ke blog ambe ni..
moga ada baik..sihat-sihat sahaja yaa..


haishh..dah lama dah rasanya tak mencoret sesuatu kat sini..rasa kekok pulak..ehehh..

ekceli..
macam-macam benda yang terjadi sepanjang ambe tak berblog ni..
dan antara yang paling 'HOT' adalah PRU13..



yeahh..PRU13..yang dah berlangsung minggu lepas..


dah boleh ke mengundi kalian semua?..
kalau dah baguslah..anda sudah pon menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih..
haruslah pilih pemimpin yang mampu memimpin negara..
bukan sahaja ke arah kemajuan dunia semata-mata..
tapi keselamatan akhirat juga ya..



di musim PRU nilah kita boleh lihat fikrah politik sahabat-sahabat kita..
kalau sebelum ni nampak ayu..lemah-lembut..dan macho..
musim PRU kita akan nampak sahabat kita ni tiba-tiba bertukar 

jadi IRONMAN..GODZILLA..SAILORMOON..dan mungkin juga ULTRAMAN!!


hehee..
mereka mula outspoken dan menjadi defenders bagi parti yang mereka pilih..
btw..congtrazz buat sahabat-sahabat kita tu..
tak kira apapon pendirian..that's mean anda ada prinsip perjuangan tersendiri..

Allaa..tomeyy..tomeyy..

tak kesahla anda nak perjuangkan BR1M ke..
pendidikan percume ke..
perjuangkan nasib orang-orang kampung yang teraniaya ke
perjuangkan kempen penurunan Mas Kahwin dan Hantaran..
atau perjuangkan cinta yang terhalang??..erkk!



anything it is..anda dah lakukan yang terbaik!..
TAHNIAH!!


tapi mungkin ianya mampu menjadi sesuatu yang lebih bermakna ..
andai anda memperjuangkan sesuatu untuk meraih redha Allah..
how to?
bantu memenangkan satu entiti yang benar-benar anda lihat perjuangkan Islam di Malaysia..
jika anda terbayang entiti tersebut..
anda boleh lihat segerombolan anak-anak muda yang begitu dahagakan ilmu akhirat..
anak muda yang sanggup berkorban..tenaga..wang ringgit dan idea untuk memenangkan Islam..
anda yakin prisip perjuangan mereka berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah..
bukan prinsip memperjuangkan institusi tertentu dan golongan tertentu..


ya sahabatku..
mana ada entiti yang sempurna tanpa ada cacat celanya..
tapi jangan dilihat pada kekurangan yang ada..
sebab bila kita lihat pada diri..perasaan yang sama itu tetap ada..
tetapi tepuklah dada tanyalah iman..
kita insan yang bergelar Muslim..
mestilah ada impian untuk melihat tertegaknya Islam di muka bumi.. 
ingin rasa selamat di bawah pemerintahan Islam..



nampak mustahil kan..
tapi tiada yang mustahil dengan kuasa Allah..
yakinlah..bila kita berazam dan beriltizam..
Allah pasti jadikan ianya nyata..
itu hebatnya kuasa keyakinan pada Allah swt..



okeyy..
sekarang PRU13 sudah pon berlalu..
namun ibarat kenduri dah habis..kompang masih berbunyi..
sebab apa ya??..
sudah tentulah dengan segala bukti konspirasi 
dan fakta tentang penipuan yang mendapat liputan meluas di seluruh dunia
sepanjang PRU13 berlangsung..
blackout??..bangla??..rasuah??..apa semua ni??
betul ke??..iye ke??..yo ko..???



ok..yang tu ambe tak nak ulas..
walaupun ambe akui ambe pon tersangat-sangat kecewa dengan apa yang berlaku..
ambe tetap ingatkan diri bahawa setiap yang berlaku..
tidak kira menang atau kalah..
tetap terselit hikmah untuk kita sama renungkan..


mungkin Allah ingin tegur kita tentang banyak perkara..
lalu ditangguhkan dulu kemenangan untuk membawa kita lebih dekat padaNya..
kita kecewa..kita sedih..kita letih..
kita rasa kita dah berusaha lebih..
tapi mungkin dalam usaha..nawaitu kita dah teralih..
sabarlah sahabat..teman..dan diriku..Allah pasti tahu apa yang terbaik buat kita..
apa yang pasti jalan ini membawa aku lebih dekat padaNya..
dan saat air mata ini bercucuran jatuh..aku..masih mampu tersenyum..Alhamdulillah..
ni ayat-ayat kecewa ambe masa malam PRU lalu..

ambe tak banyak membantu..mungkin sebab tu ambe terkuciwa sikit..
tapi takpela..
mungkin bukan lagi rezeki kita kan?..
kita tak kalah cuma belum menang..
itu ayat yang dibisik sahabat2 untuk menenangkan sesama sendiri..
lorhh sahabatku sayang..buat apa sedih lama-lama..
sekarang kita fokus untuk strategi untuk PRU yang seterusnya..
kita tak kalah sebab kita tak putus asa..
dan kita belum menang..that's mean tak bermakna selepas ni kita tak boleh menang kan?..
inshaAllah..jangan agur-agur sangatla..tetap kena bersandar pada Allah..

awesome!..grafik ni untuk PRU14 nanti..

tapi tulah..satu je yang ambe macam rasa best sangat-sangat..
tahun ni ibarat tahun kebangkitan kesedaran anak-anak muda..
look..kalau korang ikuti perjalanan ceramah Ustaz Azhar Idrus..(fenomena Sejuta Ummat)
boleh nampak kat situ kebanjiran anak-anak muda..
yaa..anak-anak muda..yang muka merempit..(ecehh..sori bro..ambik contoh..)
yang macam gengster rilek je pegi kuliah Ustaz Azhar..
siap dengan berketayap..yang muslimah nya jangan citer ah..SubhanAllah..


nampak..betapa anak muda mula merasakan pentingnya ilmu agama dalam kehidupan..
sedikit demi sedikit kita mula kembali pada fitrah..
yupp..fitrah hamba yang ingin hidup berTuhan..
berTuhankan keEsaan Allah swt..

belum lagi citer fenomena Habib dan Kuliah agama lain yang semakin mendapat sambutan..


Malam Cinta Rasul di Putrajaya..


Munajat Rakyat Kelantan di Stadium Muhammad Kelantan..Allahuakbar..!

SubhanAllah..seronok kan dengar..
seronok kan tengok..Allah..Allah..Allah..


bagi ambe..
kejayaan terbesar PRU13 ni bukanlah semata-mata menguasai pemerintahan negara..
tapi kejayaan membawa umat kembali mengenal Islam..
kejayaan membawa martabat Islam kembali kepada haknya..
dan juga kejayaan apabila melihat orang-orang bukan Islam 
mula menerima Islam sebagai agama yang membawa khabar gembira..
membawa harapan..dan kedamaian..


daripada saudara Hilal Asyraf di facebook beliau..

Kemenangan Islam yang sebenar adalah apabila ramai manusia berbondong-bondong memasuki Islam.

Rujuk Surah An-Nasr. Bagaimana Allah SWT menyatakan ketibaan kemenangan, dan Allah menyatakannya dengan menyebut bahawa berbondong-bondong manusia menerima Islam sebagai cara hidup.

[1]
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
[2]
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3]
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Surah An-Nasr.

Maka menjadilah kita ini duta-duta Islam,
mempamerkan akhlak nan mulia,
mempersembahkan ilmu yang tinggi dan mendalam,
taat perintah agama,

bukan dengan sekadar pandai tunjuk gangster atas nama Islam tetapi elemen keislamannya entah ke mana, tinggal 'Islam' pada kad pengenalan dan nama semata-mata.

Kadang kita sibuk marah non-muslim,
kononnya mereka ada agenda nak jual negara kita,
mereka ada agenda nak kristiankan negara kita,
namun malang seribu kali malang,
kita sendiri sebenarnya yang menggadaikannya!

Disko kita duk pergi,
arak kita duk tonggak,
rokok kita yang duk hisap,
aurat kita yang duk dedah,
quran kita yang duk tinggal,
rambut kita yang duk warna-warnikan,
maka di manakah perbezaan kita dengan mereka,
selain dari agama pada kad pengenalan?

Muhasabah.
Jangan salahkan non-muslim atas tewasnya agama kita,
namun salahkan diri kita,
yang tidak menjalankan tugas dengan cara yang sebenar dalam memikulnya.


PRU13..kita di mana?..
anda di mana?..
saya di mana?..
bukan di bumi..bukan di bumi bertuah Malaysia ini..?
tapi kita di mana..??
kita di mana disisi Allah?..

Allah..mudah-mudahan kita ditempat yang baik..
tempat orang-orang yang dicintaiNya..



Yaa..pastikan kita kat situ ya..

 Wallahualam..
Assalamualaikum...


No comments: