Tuesday, August 17
Subhanallah..ana yakin dngan jnjiMu,Ya Rabbi....
Negeri Persediaan Dan Jihad
Allah SWT telah mengkhabarkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW bahawasanya negeri yang suci ini akan diduduki oleh musuh-musuh atau akan terancam dengan serangan dan pendudukan.
Oleh kerana itu, Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya supaya bersiap sedia bagi menjaganya dan berjihad untuk membelanya sehingga tidak jatuh ke tangan musuh, dan supaya membebaskannya jika ia ditakdirkan jatuh kepada tangan musuh. Sesungguhnya Rasulullah telah mengkhabarkan akan terjadinya peperangan yang sengit antara kaum Muslimin dengan puak-puak Yahudi dan juga kemenangan akan berada di tangan kaum Muslimin, sehinggakan batu dan pepohon sekalipun akan berbicara untuk menunjukkan tempat musuh-musuh mereka berada sama ada dengan bahasa isyarat atau bahasa ucapan. Diriwayatkan drpd Abu Umamah Al Bahili bahawa Nabi SAW bersabda:
”Suatu kelompok dari umatku akan tetap dalam kebenaran yang nyata & akan mengalahkan musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan sehingga datang kelapangan dari Allah & keadannya seperti sediakala”, Para sahabat bertanya ”Dimanakah tempat mereka itu wahai Rasulullah?”. Baginda SAW menjawab: ”Di Baitul Maqdis dan di bawah lindungan Baitul Maqdis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment