Muqaddimah
Ada dua perkara utama yang perlu diyakini sebelum kita melaksanakan jihad untuk kemenangan Islam. Perkara pertama ialah meyakini wawasan bahawa masa depan adalah untuk Islam. Perkara kedua ialah menyakini bahawa kita ada keupayaan untuk berjihad memenangkan Islam dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kedua-dua keyakinan ini, jihad untuk menegakkan Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan.
Wawasan
Kita mesti mempunyai dan meyakini wawasan bahawa masa depan adalah untuk Islam. Tanpa keyakinan ini tidak ada sebab untuk kita berjihad. Jika kita yakin Islam pasti tewas, tidak perlulah kita bersusah payah kerana ia sama seperti membina rumah yang kita pasti akan roboh. Untuk apakah kita membina tiang, rasuk, dinding dan bumbung sekiranya kita melihat dengan nyata bahawa asas rumah tersebut telah retak dan pasti tumbang. Sebaliknya, jika asas rumah tersebut memang kukuh, tidak ada sebab bagi kita tidak membina keseluruhan rumah tersebut supaya kita dapat berlindung di dalamnya.
Allah telah menjanjikan dalam beberapa ayat al-Quran (as-Saff: 9) bahawa Islam akan dimenangkan di atas sistem-sistem kehidupan yang lain. Malah salah satu surah dalam al-Quran (al-Fath) dinamai dengan kemenangan. Ini adalah janji Allah yang telah menciptakan manusia. Ini bermakna, Islam pasti tegak kerana Islam adalah keperluan manusia dan manusia tidak akan dapat hidup ke peringkat yang tertinggi sebagai manusia tanpa Islam. Biasanya Islam akan lebih nyata diperlukan apabila sesuatu sistem ciptaan manusia telah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Oleh demikian, kita perlu mempunyai satu keyakinan yang mendalam bahawa masa depan adalah untuk Islam. Inilah wawasan Islam selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini.
Marilah kita bayangkan kita hidup dalam satu sistem yang berdasarkan al-Qur’an. Cubalah kita bayangkan Perdana Menteri Britain atau Obama membuka kitab al-Qur’an di Mestminster atau di White House dalam penggubalan undang-undang. Adakah ini mustahil? Bukankah ini wawasan kita di dunia ini? Semasa menggali parit dalam Peperangan Khandak, bukankah Rasullullah SAW telah berseru, jatuhlah Rom dan Parsi, dua kuasa besar ketika itu! Kini Rusia telahpun jatuh.....
Selain itu, Allah telah menjanjikan kemenangan yang lebih besar di akhirat nanti bagi mereka yang berjihad di jalan Allah. Dalam banyak ayat al-Qur’an Allah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang beriman, berusaha, berjuang, berkorban, berhijrah dan berkasih sayang kerana Allah tanpa menyebutkan sama ada mereka menang ataupun kalah (al-Kahft: 31 dan al-Hasyr: 8-9). Malah dalam Surah al-Buruj, Allah menyatakan bahawa pihak kufur yang kelihatan berjaya di muka bumi akan di azab di akhirat nanti. Sebaliknya, mereka yang beriman dan beramal saleh akan mendapat balasan nikmat syurga yang berkekalan. Marilah kita bayangkan diri kita bersama isteri dan ahli keluarga serta golongan mukmin dan mukminah berada di dalam kamar-kamar istana serba indah dan dikelilingi pelayan-pelayan yang setia di sebuah taman syurga yang damai - tempat terakhir seorang mujahid. Bukankah ini wawasan akhirat yang Allah gambarkan dalam al-Qur’an?
Keyakinan kita terhadap wawasan dunia dan wawasan akhirat, bergantung pada keyakinan kita kepada Allah. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk meningkatkan keyakinan kita kepada Allah setiap hari dengan penuh kesedaran. Sembahyang, zikir dan doa kita hendaklah dijadikan alat untuk meningkatkan hubungan kita kepada Allah. Begitu juga dengan jalan-jalan lain seperti program perbincangan, ziarah, riadah, lawatan dan jamuan yang diwujudkan dalam suasana Islam. Ia hendaklah dirancang secara rapi supaya semuanya menjadi alat untuk meningkatkan keyakinan kita kepada Allah. Dengan keyakinan yang mendalam sahaja, kita dapat membina wawasan dunia dan akhirat.
Keyakinan diri
Perkara kedua yang kita perlu yakini ialah kita berupaya untuk berjihad. Kita perlu tanya diri kita sendiri: Siapakah kita sebenarnya? Persoalan siapakah diri kita sebenarnya memberi kesan yang cukup besar dalam membentuk sikap dan peranan yang kita mainkan. Sekiranya kita merasai bahawa kita bukanlah orang penting dan tidak ada sumbangan penting yang dapat kita berikan, maka itulah kita. Kalau kita merasai kita tidak layak untuk mengajak orang lain kepada Islam, maka itulah kita.
Sedangkan pada hakikatnya, disisi Allah, setiap diri mempunyai tanggungjawab yang sama sebagai khalifah Allah di muka bumi. Inilah yang menjadikan setiap diri sebagai orang penting. Kita penting sebab Allah telah memberikan amanah kepada setiap diri sebagai khalifah. Di akhirat nanti kita akan disoal, sejauh manakah kita telah laksanakan tugas penting ini. Apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah nanti?
Oleh demikian, kita perlu membina keyakinan diri yang lebih besar terhadap diri kita sendiri. Setiap kita ialah murabbi, pemimpin, pendakwah, ahli sukan, ahli politik, ahli masyarakat, ahli perniagaan dan lain-lain. Kita adalah murabbi - sekurang-kurangnya kepada diri kita sendiri, isteri, anak-anak, kawan-kawan dan mereka yang dekat dengan kita. Begitu juga dengan sifat-sifat lain. Persoalannya ialah kita memang merasai tidak mampu sekarang ini. Kita tidak mampu untuk mendidik dan mendakwah. Apa lagi utnuk menjadi ahli politik dan ahli perniagaan kerana kita melihat apa yang kita ada pada masa ini, sedangkan Allah telah memberikan kita potensi yang dapat dibina untuk melahirkan apa sahaja sifat yang kita ingini. Allah tidak akan memberikan tanggungjawab sekiranya kita tidak mampu untuk melaksanakannya. Tanggungjawab kita ialah membina kemampuan dengan potensi dan persediaan jiwa yang besar yang telah Allah anugerahkan. Ini memerlukan masa yang panjang dan usaha yang berterusan. Inilah yang selalu kita lupa. Kita tidak menentukan sasaran dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.
Begitu juga dalam aspek lain seperti hafalan al-Quran, ibadat sunat, menambahkan ilmu umum, ilmu syara’ dan lain-lain lagi. Kita sering tertipu dengan semangat yang berkobar-kobar tetapi padam dalam tempoh yang singkat. Oleh itu marilah kita bayangkan bahawa kita menjadi manusia yang baru yang mempunyai kemampuan yang jauh lebih besar. Bukankah Rasulullah SAW merupakan seorang ahli ibadat, murrabbi, pendakwah, ilmuan, ahli perniagaan, panglima perang, ahli politik, ahli ekonomi, ahli kemasyarakatan yang prihatin terhadap orang tua dan miskin, juga suami yang penyayang, bapa yang dihormati dan dikasihi ahli keluarga. Apa yang perlu kita fahami ialah perubahan tahap yang lebih baik lahir daripada kesedaran yang mendalam dan usaha yang berterusan setiap hari walaupun kelihatan kecil. Marilah kita tanamkan tekad untuk membina diri kita untuk jangka masa lima, 10 atau 15 tahun akan datang. Insya Allah kita akan dianugerahi kehidupan yang lebih baik di sisi Allah. Dengan itu mudah-mudahan kita akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebagai persiapan jihad.
Usaha yang berterusan
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan tahap kesungguhan yang tinggi dalam usaha jihad yang kita laksanakan? Mengikut ahli psikologi, kecemerlangan kita bekerja dengan penuh kesungguhan bergantung pada fokus dalam fikiran kita dan cara kita menggunakan tubuh badan. Fokus dalam pemikiran ini perlu kepada usaha yang berterusan. Umpamanya kita memberikan fokus terhadap pembinaan peribadi muslim yang beriman, berakhlak dan berjihad. Inilah yang kita fikirkan, bayangkan dan inginkan setiap hari. Kita perlu mencari jalan supaya perkara ini sentiasa diperingatkan kepada kita, bukan seminggu sekali atau sebulan sekali, tetapi setiap hari. Mungkin kita catatkan perkara ini dalam diari, poster atau dalam bentuk-bentuk lain. Apa yang lebih penting ialah kita diperingatkan setiap hari terhadap fokus tersebut. Jadi, fokus kita yang pertama ialah untuk menjadi muslim, mukmin yang berkualiti, sehingga berguna kepada maysarakat. Kemudian, fokus kita ialah membentuk sebuah masyarakat Islam yang berkualiti sehingga berguna kepada ummah Islam seluruhnya.
Selain fokus dalam pemikirannya, kita perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, segar dan bertenaga. Cara kita menggunakan tubuh badan akan mempengaruhi jiwa kita. Umpamanya, jika kita duduk di atas kerusi dengan keadaan yang lemah, tidak bermaya, badan membongkok, bernafas dengan perlahan dan pendek, jiwa kita turut menjadi lemah dan kita tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, jika kita duduk dengan penuh bertenaga, dalam keadaan bersedia, badan tegak, menarik nafas dengan panjang sehingga penuh paru-paru kita, jiwa kita akan lebih bersemangat untuk menyiapkan tugas yang ada di hadapan kita. Ini bermakna kita perlu kepada tubuh badan yang benar-benar sihat, cergas dan bertenaga. Sekali lagi, kita mempunyai satu sasaran yang perlu kepada usaha yang berterusan dan mengambil masa yang panjang.
Dengan wawasan yang jelas dan keyakinan diri yang tinggi, mudah-mudahan kita dapat melaksanakan sunnah Rasulullah SAW yang terbesar iaitu jihad untuk merealisasikan Islam dalam kehidupan individu, keluarga dan masyarakat manusia hari ini.
Strategi
Satu perkara penting yang perlu kita sedari ialah meletakkan Islam dalam suasana yang berubah. Pada hakikatnya, sistem Islam memang tidak berubah pada zaman mana sekalipun. Namun, proses untuk menegakkan sistem Islam memerlukan strategi dan operasi yang sesuai dengan tempat dan suasana yang ada.
Sebagai contoh, Rasulullah SAW memulakan seruan umum dengan memanggil kaumnya dari puncak Bukit Safa. Puncak Bukit Safa merupakan tempat yang strategik di Makkah pada masa itu kerana puncak tersebut memang digunakan sebagai tempat untuk mengumumkan sebarang berita penting dan segera seperti kedatangan musuh. Ini adalah contoh bagaimana Rasulullah SAW menggunakan strategi yang ada dan sesuai pada masa itu untuk mengumpul dan menyampaikan ajarannya. Oleh demikian, kita juga perlu banyak mengkaji, mengumpul maklumat, berfikir dan bertindak dengan cara yang lebih baik dari semasa ke semasa. Hal ini penting kerana persoalan strategi adalah persoalan yang sentiasa berubah. Sekiranya kita tidak mahu berfikir dan hanya berpuas hati dengan apa yang ada sudah pasti jihad kita tidak akan berkesan dan tidak membantu kemenangan Islam.
Sebenarnya, langkah dalam jihad Rasulullah SAW dan sahabatnya adalah penuh dengan strategi dan teknik yang berkesan. Semua strategi, taktik dan teknik tersebut memerlukan tenaga serta pemikiran yang banyak dan berterusan. Dalam banyak peperangan, sahabat akan bertanya sama ada sesuatu keputusan Rasulullah SAW itu merupakan wahyu daripada Allah ataupun pendapatnya sendiri. Sekiranya bukan wahyu, maka sahabat akan berbincang untuk mencari jalan atau keputusan yang lebih baik. Sebagai contoh, Peperangan Khandak membuktikan Rasulullah SAW menerima pendapat yang kreatif daripada sahabatnya. Menggali parit yang dicadangkan oleh Salman daripada Parsi adalah suatu strategi peperangan yang baru dan asing bagi bangsa Arab. Namun demikian, pendapat yang baru ini diterima dan ternyata dapat membantu kemenangan Islam di samping bantuan dan izin Allah.
Untuk menghasilkan strategi yang berkesan pun perlu kepada ilmu. Kita perlu tingkatkan taraf ilmu, strategi dan taraf pemikiran kita. Tidak mungkin kita dapat memikirkan strategi yang baik hanya dengan taraf ilmu dan pemikiran yang lama sahaja. Kita perlu menukar kaedah kita berfikir supaya lebih positif, kreatif dan mempunyai fokus yang jelas. Hasil pemikiran yang berkualiti hanya lahir daripada corak dan daya pemikiran yang berkualiti juga. Selain itu, usaha ini juga memerlukan banyak latihan. Ini bermakna lebih banyak kita berfikir dan membuat keputusan strategi, maka kita akan lebih matang dalam soal ini.
Kesimpulan
Di atas keyakinan kita terhadap sebuah wawasan yang jelas dan keyakinan kita terhadap keupayaan diri kita sendiri (dengan izin dan bantuan Allah) mudah-mudahan kita menjadi seorang mujahid yang Allah kehendaki. Seorang Mujahid Islam adalah seorang yang sentiasa memikirkan tentang cara untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Kita perlu mencari jalan-jalan yang lebih baik dalam usaha jihad kita. Kita juga perlu kepada tubuh badan yang sihat, cergas dan bertenaga. Kita tidak boleh lupa kepada faktor strategi, taktik dan teknik untuk kemenangan Islam. Bukankah ini yang diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada kita?
Sumber: Majalah HALUAN

No comments:
Post a Comment