Monday, February 21

Couple's Day Out...Ubat rindu atau Muqadimah Dosa...







Assalamualaikum WBT...

Salam kesyukuran pembuka bicara...Salam kerinduan buat sahabat-sahabat semua...
Apa khabar iman...adakah kondisinya dalam keadaan stabil..memuaskan..jatuh merundum seperti mana jatuhnya perkembangan ekonomi dunia..atau Alhamdulillah..mejulang tinggi seperti pohonan rendang...tak kira   la pohonan durian..rambutan..atau jambu...pokok mestilah tumbuh  ke atas kan..takkanlah membongkok ke bawah..ish3...dunia akhir zaman tuh...kalau tumbuhnya ke bawah..paham op~
maksudnya pucuknya membongkok masuk dalam tanah macam burung Unta....

Subhanallah..pokok bersujud..bukti kekuasaan Allah...

Ok..dah la tuh~
hari ni ambe bukan nak mengajar subjek Geografi tau biologi..walaupun ambe tau ambe terror..huahuaha..
Kita selalu cakap...
ohh...dunia dah akhir zaman...tak terkejut kalau pokok tumbuhnya ke bawah...
biasala la tu bro..biasala tu beb..eleehh..benda camtu pun nak kepoh...
dunia kan da akhir zaman...


ha~ha~ha~(gelak sinis yang annoying+sopan ala2 manja gitu..)
jika benar kita sedar dunia ni dah akhir zaman...nape bila ada insan2 yang menegur kesilapan kita..
kita terus melenting setinggi 40 kaki dan banned orang yang nasihat tu macam dia dah bunuh dan bakar Arwah Datuk Sosilawati hidup2...lepas tu siap dengan pakej persoalan..
'ape hak ko nak tegur aku,..ko tu sape..ko ingat ko tu baik sangat ke..tudung je labuh..hati macamla baik sangat...'..huahua...tambah lagi pakej plus2 punye perasaan tak puas ati..
'kubur masing2 ok..ko jangan ingat ko tu baik sangat...pegi mampusla ko dengan nasihat ko tu..
aku punye hidup..yang ko nak sibuk pehal...'...ok dah..huhuhu....


Maksud firman Allah: "Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia, peringatkanlah (mereka) dengan Al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan kedalam neraka, kerana perbuatannya sendiri.(Al-An'am:70)


Ambe tau..kemungkinan untuk ambe tak disukai adalah 25% selepas ambe tulis post ni...
tapi ambe tak kesah...
Benci orang bukan effect ambe masa dalam kubur pasni sebab sekurang2nya ambe dah laksanakan amanah ambe untuk menegur kesilapan sahabat-sahabat ambe yang amat ambe kasihi...
kiranya bila Allah tanya...ade la jugak point yang ambe nak jawab untuk membela diri dihadapan Allah..
sekurang-kurangnya takdela ambe malu nak berhadapan ngan Kekasih ambe tu nanti...

mengikis karat Jahiliyyah dalam hati...

mungkin isu ni agak sensitif skit..ambe tau ambe tak patut dedahkan keburukan orang lain..
actually..ambe bukan nak dedahkan keburukan orang..tapi keburukan perbuatan tu...
yang mana..ni tanggungjawab ambe untuk tegur sahabat andai ada kesilapan yang kita telah lakukan...
kita saling menegurla..barulah kasih sayang..mahabbah..ukhwah tu terbina dan terbentuk di bawah rahmat..dan cinta Allah...tu la buah2 kebahagiaan hidup..
kasih sayang kita membuahkan mahabbah..melahirkan rasa cinta pada perjuangan...

Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatau kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Nisaa':8)



tika dan saat post blog ni terlakar di skrin laptop..PC..Ipod..(ade ke?)..dan Hanfon canggih anda..
sudah berlalu..satu program..yang legal pada dasarnya...
namun dah jadi kureng pada permukaannya...
mungkin ada hikmah yang terselindung di sebalik ape yang ambe rasa..
mungkin sebab khilaf ambe dan kemungkinan jugak sebab dosa-dosa ambe...
ni bukan salah orang lain..bukan salah pihak atasan..penganjur atau sape2..
think back..muhasabah...renung balik diri kita..mungkin ade slack kat mana2 dalam hati..
jadi Allah jentik hati untuk sedar...bahwa program ni dah lari dari tujuan asal...
maafkan ambe..ambe bukan nak citer sal program tu..
tapi apa yang intipati yang kurang 'best' terselit di sebalik kemeriahan program tradisi kami..

kalau berpacaran...tolongla jangan duduk dua-dua...nanti ada pulak pihak ketiga yang menggoda...bila nafsu dah beraja..hilanglah iman didada...baiklah elakkan dari kita menjadi mangsa..(ikut rentak lagu kalau  berpacaran..)

Couple's Day Out...Hari Dating Untuk Couple..ahhaa...


mungkin sebab Valentine's dah diharamkan...
dan mungkin jugak sebab nak cool downkan rindu dendam yang membara dalam jiwa..
membakar...hangat..HOT!!...panas...
(Nauzubillahiminzalik..Ya Allah..melindungilah kami dari kepanasan api nerakamu...)
jadi masing-masing..jadikan hari ini sebagai HARI DATING SEDUNIA....wahahaha...
jadi berlambakla ambe nampak couple bersadaian..bermesraan...berdua-duaan....
ambe jeles???........he~he~he~....ye la kot...hahahah...
baikla ambe makan keropok lekor cicah BUDU ngan SAMBAL BELACAN..
 dari jeles dengan orang DATING dan COUPLE.....
ape yang ambe dapat kalau jeles..bukan ade orang nak belanja ambe air tebu pun..
orang nak Bakar ambe idup-idup adela...
cayalah muslimat...tegas...tu la Muslimah idaman Mujahid beriman,...teguh imannya walaupun godaan iman tak putus2 datang nak gugah jiwa yang berpaksikan akidah yang mantap..cayalah muslimat..wa sayang sama loo...

Ambe tegur bukan sebab ape..
korang pun tau kan..ambe sayang sangat kat korang..
ambe tak halang...rasa kasih..rasa cinta..rasa rindu..rasa sayang...
Islam pun tak halang rasa tu sayangku...tengok..sayang ambe pada korang semua...
tak salah zahirkan rasa sayang tu...tapi biarla pada tempatnya...
janganla sampai kita sanggup melanggar batas-batas yang disyariatkan Islam...
jadilah full-time muslim..janganla waktu solat ngan puasa je..tapi jadilah muslim sepenuhnya....jangan bila masuk bab couple n hukum ni..kita wat tak endah je..jadi Muslim yang kuat..barula orang kafir kecut kaki tengok~

Batasan Cinta sentiasa jadi bahan pendebatan..
mungkin berpunca kerana keinginan nafsu yang ingin mempertahankan cinta yang terang-terang
dah dikatakan salah....kenapa...

cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan...cukup menjadi rahsia antara kita dan Maha Mencintai..insyaAllah..dia akan temukan kita dengan yang terbaik...tak rugi bersabar..

bak kata sahabat dalam Halaqah...IbnuAbbas..


CINTA ADALAH FITRAH. "Dihiasi bagi manusia itu cintakan syahwat di kalangan wanita dan anak2...." Kita tak mampu menghalang fitrah yg hadir dalam diri kita kerana ia ciptaan Allah. Yang mampu kita buat ialah mengawalnya agar tunduk kpd hukum syara'. Maka, apa yg terjadi kpd muda mudi muslimin hari ini ialah kesan dari perubahan kehidupan sosial masyarakat Islam. Mata apabila bertemu mata, akan jatuh ke hati, dari hati akan timbul perasaan cinta. Jadi, sadduzzara'i' yg perlu dilaksanakan ialah hadkan komunikasi antara lelaki dan perempuan. adakan seminar2 dan apa jua majlis ilmu yg menjelaskan pergaulan lelaki perempuan menurut pandangan ulama'2 muktabar.
Benarlah kata ulama', cinta sebelum kawin HARAM!!!



....Islam tidak pernah menghalang manusia dari merasai cinta..
sebab tu dah fitrah...tapi Allah dah bagi guide kat kita...panduan untuk bercinta dengan erti kata cinta yang sebenar.....
“Dan di antara kebesaran Allah ialah Ia menciptakan isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang, sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi mereka yang mahu berfikir.” (Surah Ar-Rum:21)....cinta after khitbah yang memberi ketenangan..
bukan saje aman dalam perhubungan..malah aman dari dosa...aman dari terjerumus dalam maksiat...aman dari terikut-ikut akan hawa nafsu dan aman dari bermacam anasir yang menggugah iman dalam diri...

Pandangan Islam Terhadap Cinta

    Cinta menurut pandangan Islam adalah suatu perkara yang dibenarkan.Islam adalah agama fitrah dan cinta itu adalah fitrah manusia.Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai dan dicintai.Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.
"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya" (HR Abu Daud dan Tarmidzi)







Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai malah adalah sangat digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya.Islam tidak menghalang cinta dan telah disediakan saluran yang halal(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)









Ayat di atas merupakan satu jaminan bahawa cinta dan kasih sayang itu akan Allah campakkan ke dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (iaitu dengan cara bernikah).Jadi tidak perlulah menunggu untuk jatuh cinta terlebih dahulu ataupun "bercouple" dahulu sebelum menikah.Islam telah jelas menetapkan batasan-batasan ini untuk mengelak dari timbulnya gejala sosial dalam masyarakat.Betapa cantiknya Islam,setiap apa yang ditetapkan itu punya hikmah yang tersendiri. 




kenapa tak nak ikut~



sayang kat couple??


Allahuakbar!!!


Tahukah anda muslimin dan muslimat yang ambe kasihi~


dalam ISLAM takde istilah bercouple..
mungkin anda tak tahu..ok ambe tak salahkan anda..


tapi yang dah tau tu..nape nak argue lagi..
kenapa tak nak ikut~
kenapa nafsu yang jadi keutamaan...
kenapa maruah agama jadi taruhan...tak kesian ke kat mak ayah..
tak malu ke bila bawak nama agama..imej agama...
tapi kitalah yang memalukan agama....




Islam dah susun hidup kita cantik dah sahabat..bro..beb...
cik muslimat yang cantik jelita...yang dicintai...yang sedang bercouple atau ingin bercouple..
dengarlah....
kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, dia takkan bercouple.... bercouple adalah datang dari nafsu...dan nafsu tu permulaan pada keburukan.... lelaki yang ikhlas mencintai seorang perempuan tu akan berusaha menjaga kehormatan perempuan yang dia cintai tu..
cinta yang terpendam memang sakit..tapi lebih sakit bila kita mencintai seseorang yang bukan ditakdirkan untuk kita..jadi sabarlah menanti jodoh dari Allah..kerana dialah yang ditakdirkan untuk mengisi bunga2 cinta dalam hati kita..


tak perlu dengan cara bercouple dek...
sebab lelaki ni nafsu dia satu je..iaitu perempuan..jadi apabila dia benar2 sayangkan perempuan tu dan benar2
nak jaga perempuan tu..dia akan berusaha mempercepatkan khitbah..(nikah..)..agar terpeliharalah kehormatan dia dan perempuan yang dia sayangi tu..betul ni cik muslimat..




Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah).

dan di mana terciptanya cinta..di situ rindu bermula..tapi lebih indah jika rindu itu terbit daripada cinta yang halal...

cube try test tanya pakwe anda...kalau betul sayangkan saya..kenapa tak nak cepatkan khitbah..
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

kalau beliau jawab..'tak sedia lagi..'..
'kita kan muda lagi..'
'kita kan still belaja lagi..nape nak cepat2'..
better you all batalkan hasrat nak teruskan hubungan..sebab laki2 camni tak yakin pada satu komitmen..
mungkin betul dia sayangkan anda sepenuh hati..tapi ingat..kat dunia ni bukan kita je yang hidup..
Syaitan pun ada..dan beliau plak takkan senang selagi tak dapat sesatkan manusia agar temankan beliau sama2 happy ending di neraka....of course la kita tak nak masuk neraka kan...
tapi you all pun kenal dia kan.. syaitan akan goda anda sikit demi sikit...

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...

camne tuh...

meh ambe nak citer sikit....

mula-mula tu...kita kenal...senyum...saling bertatapan mata...
rasa rindu dalam hati...debaran nafsu bermula...
dan syaitan pun start buat konsert okestra  : irama lagu cinta yang mengasyikkan...
request dan approval bermula...dan cinta mulai berputik..syaitan dah start tepuk tangan...
(yela konsert dapat sambutan hangat...)
couple la kita...eyh33...rindu la plak..nak mesej awakla..hik3...kite rindu awakla...(yuckks..)
alaa..tak bestla mesej..saya nak dengar suara awak...maka bermulala alunan lunak manja yang menggoda jiwa..ish3...rindula kat awak..jom kite jumpe sayang...(dah start sayang dah~)
bawak kawan sekali la yepp...tak elok keluar berdua je..(olorhh..baiknya dia..berimannya dia..)
awak baik...romantik..sweet...layan saya cam puteri Gunung Ledang Zaman Millenium,...

puteri Gunung Ledang zaman Millenium kembali...related to this photo..i think wanita perlu jual mahal sikit..i mean..perlu bertegas..perlu tunjukkan kekuatan dalam diri..jangan lemah dengan pujukan dan cinta seorang lelaki..

sayang awak..(yuckss..)..awak rindu saya...(tengok kan ambe dah cakap...)
sikit2 je...lepas tu..anda2 sume pakat DiBIUS CINTA...dah mabuk ASMARA dah...ish3..


maka bermulalah episod2 Muqadimah kepada dosa maksiat..

saksikanlah...saksikan olehmu sang hujan...aku yang telah jatuh dilanda asmara...memori daun pisang..bila dah daun pisang pun jadi elemen dalam lagu cinta..maknanya anda telah dibius cinta..Tahniah~huahaha...
atau dalam bahasa standardnya...ZINA...wa La Takrobul Zina...
ancaman dalam ummah...bercinta sebelum nikah...muqadimah zina yang meruntuhkan akhlak Murabiyyah dalam Islam...
Nauzubillahiminzalik..

Firman Allah SWT : "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"  (Al-Israa;17:32)

“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).

dalam apa-apa jua jalan...bila kita mendekati zina...maka jatuhnya pada hukum haram..
sebab Allah dah kata "LA"...dimakna.."JANGAN"...maka jangan...
bile dah couple..tak bleh lari..tak bleh elak dari konteks "MENDEKATI ZINA"..
based on hadis kat atas..itulah perumpaannya...


Dan couple...mestilah dating...Jangan nak tipu ambe la...
kalau korang kata..'kitorang couple islamik..takdela Dating2 ni..'
actually kalau korang cakap lagu tu pun..
korang takkan terlepas pada satu istilah yang dipanggil ZINA HATI...
rindu...adalah salah satu wasilah Zina Hati...
kita manusia biasa adek2...rindu tu fitrah..
bile rindu bermula...maka bermulalah babak baru dalam kesinambungan bagi jalan kepada Muqadimah ZINA...itulah tujuannya Allah melarang..
Allah tak bagi..kita mendekati zina..
sebab tulah permulaan bagi kerosakan...

sebab itulah perlunya sifat malu dalam diri seseorang insan itu agar terpelihara dirinya dari perbuatan terkutuk yang dimurkai Allah...malah ihsan dapat melindungi dirinya dari melanggar perintah Allah...

Prevention Is Better Than Cure....

Harapan terakhir ambe..
harap..kita dapat sama-sama sedarlah..kepentingan tegur-menegur..
Amar Makruf Nahi Mungkar dikalangan kita..
mungkin susah nak buat teguran..el-maklumla..kawan rapat kita..(contoh..)
tau insan yang banyak tolong kita..rasa tak sampai ati pulak kan...
tau orang yang kita sayang...
sakit dan perit untuk tinggalkan cinta...namun jika redha Allah yang dicari dan diimpikan..jangan ragu2 lagi untuk lepaskannya...ingatlah..Allah akan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik...

Ingatlah sahabat-sahabat...jika benar kita sayangkan orang tu..
kasihilah dia sebenar-benarnya..jangan terdorong kerana nafsu..
jagalah dia..nasihatilah dia..peliharalah kehormatannya..lindungilah maruahnya...
dan sama-samalah kita bendung budaya bercouple ni...nak bercouple pun..tolongla jaga batas sikit..
agama kita tidak mengajar pergaulan tanpa batasan..jadi tolong..jaga maruah agama...
haa~ tengok...sebab tu la couple ni bahaya...


buat Muslimin yang bercouple...

Muslimin yang soleh menjaga diri dan kehormatannya...

ambe tau korang adalah insan2 yang berpotensi benci ambe atas statement maut ni..
tapi pleasela muslimin..ambe bukan tak percaya kat korang..tapi lelaki tetap lelaki kan..syaitan tetap syaitan..dan godaan tetap godaan..walau sebaik mana pun korang jaga....tapi kalau dah mula2 tu korang dah buat apa yang Allah larang..ingatlah keberkatan dan kesucian dalam cinta tu takde..
kalau korang benar sayangkan makwe@buah hati korang..jumpelah mak bapak diorang..minta izin..dengan niat untuk berkhitbah..tapi andai korang tak sedia lagi...tolong Jangan DEkati MEREKA...ambe mohon..
korang kalau tak kesian kat diorang pun..kesian kat diri korang sendiri..sebab LElaki ni Mudah je Jatuh andai nafsu kOrang Letakkan kat depan...dah punya potensi yang tinngi untuk masuk neraka disebabkan sorang pompuan...


buat muslimat yang ambe kasihi..yang terlibat dengan couple..


Muslimat yang solehah memelihara diri dan kehormatannya...

anda bunga ISlam..permata yang diciptakan Allah sebagai penyeri hidup sorang lelaki..
jangan...jangan..dan jangan... rendahkan martabat dan darjat korang hanya kerana seorang lelaki...hanya kerana cinta yang tak pasti,...Muslimat harus belajar bersabar...yakinlah..cinta itu akan datang..
yakinlah kesakitan menahan kerinduan akan terubat dengan sendiri bila hati mulai yakin dengan ketetapan terbaik dari Allah...Allah itu ciptakan kita sempurna..ada naluri ingin kasih dan mengasihi..dikasihi..
tapi ingat muslimin yang baik takkan request kita..tapi request mak bapak kita..
takkan cube goda kita..tapi pikat hati mak bapak kita..

jumpe mak bapak..pikat dan minta izin untuk berkawan..dan percepatkan khitbah..itulah Islam sebenar-benarnya...
takkan terdetik dalam hatinya untuk mendekati kita..kerana cintanya membuatkan dia ingin memelihara maruah kita..
rindunya..buat dia takut untuk menggangu hati kita..sayangnya buat kita sentiasa terjaga..
itulah Muslimin sebenar-benarnya...

sabar Muslimatku..cinta itu pasti datang bila tiba masanya...tak perlu pada couple..tak perlu pada dating..
kerana saat kita dah lakukan sume tu sebelum nikah..
maka hilanglah KEmanisan CINTA selepas nikah..

bile dah kawin..sorang ke kiri...sorang ke kanan..dan akhirnya....
ape lagi yang tinggal sebab permulaan cinta dan ternoda dengan DOSA....

hilanglah hakikat kemanisan cinta..


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga .”
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~
(istvan)


Assalamualaikum....

2 comments:

cheMatBkanNmaSbnar said...

Walaikumsalam...

Alhamdulillah..terima kasih atas artikel nii..sgt menarik dgn penerangan yg terperinci. Dlu ambe duk pening jgk.. Islam xbagi bercinta ke sbb mendekati zina? Bila ambe bca article deme nii..baru ambe pham molek.. Ambe rsa artikel deme bagus bena utk panduan remaja2 smua.. Molek bena utk SHARE..:)

Ambe nk tnye sket jer.. Apa maksud deme dgn "sebab LElaki ni Mudah je Jatuh andai nafsu kOrang Letakkan kat depan..." Nafsu letak kt depan? Adakah bermaksud..lelaki mudah jatuh kerana buat sesuatu mengikut hawa nafsu jika berbanding dgn mengikut akal fikiran? Sy fikir itu yg deme cuba maksudkan... Kita kena ingt slalu..jgn biarkan nafsu menguasai akal, tetapi akal & iman yg seharusnya menguasai nafsu.

Apa2 pon..syukran..terima kasih skali lg atas article deme ni..:) Slamat Menjalani Ibadah di bulan Ramadhan & Salam AidilFitri, Maaf Zahir Batin. Wassalam.

Cik Wajie said...

Syukran..
maksud "sebab LElaki ni Mudah je Jatuh andai nafsu kOrang Letakkan kat depan..." tu..bila lelaki meletakkan hawa nafsu di tempat paling penting atau bhasa mdahnya pntingkan hawa nafsu brbanding pertimbangan akal yang waras..betulla apa yg che mat mksudkan tu..
tak gape che mat..saya tulis ni pon atas dasar kesedaran diri dan utk shabat2 jgak..Maaf Zahir Batin jgak dari sy andai ada kata2 dlm entry2 yg tulis menyinggung hati dan perasaan ke..maaf banyak2..insyaAllah..
wassalam..