Friday, July 29

Kembara dalam Perjalanan Sebuah Haraki...


Assalamualaikum WBT...


bila disebut tentang Haraki sebelum ni..
ambe hanya buat2 tak tahu dan tak nak ambik tahu..
apa tu Haraki..nama Jepun..maggi Kari..
ish3..dasyat btul..
ambe secara hakiki dan naturalnya malas nak ambik tahu apa yg jadi kat negara sendiri..
apa nak jadi..jadilah...
eshh..tak sukalah politik Malaysia..kotor~
lantaklah..aku bukan nak duk kat Malaysia pon pasni..aku nak gi Palestin..huuu..


sebelum ni..
mungkin ambe ada sentuh beberapa kes melibatkan politik malaysia..
antaranya ambe pernah sebut kes teoh beng hock dan SPRM..
ambe pernah cerita tentang penganiyaan kerajaan dngn sistem pembaharuan yg menyusahkan..
yaa..ambe pernah sebutkan secara halus..tanpa melibatkan mna2 pihak scra khusus..
ambe jgak ada komen2 kat wall beberapa tokoh politik..
tegur secara halus dan argue apa yg ambe rsa salah..
haishh..bleh jadik Hang Nadim versi moden nihh..
namun takdir..
ia berjaya dihidu pihak berkuasa dirumah..(ibunda tercintala...)
dan ambe diberi warning dan kad merah agr menghentikan komen2 pedas dalam politik..
"belajala dulu..tok soh tulis la sal bendo2 gini..susah kekgi"
dan ambe patuh dngn arah pihak berkuasa dirumah..
bimbang kecik ati..tak merasala nasi ayam sedap yg bleh didapati tiap kali balik cuti sem..huhuu..
dan masih lagi patuh..
ambe takkan sentuh pasal poltik..ambe janji..
andai kata la tersentuh secara spesifik..tegur ambe..
sebab pihak berkuasa dirumah sentiasa membuat pemantauan nihh..
hehee..Assalamualaikum org umah..


mungkin kerana pengaruh media yg  bias..
kebebasan bersuara dan ekpresi dalam politik disekat ..
ambe jadik kurang / malas nak ambik tahu apa yg jadik kat Malaysia..
aim ambe..abis belaja..carik keje..kumpul duit..
cukup duit buat tanggung mak ayah..ambe pegi sukarelawan..
hidup dan mati dalam kerja2 sukarelawan...dah settle..
matlamat hidup ambe cuma nak membantu umat Islam yg teraniaya...


"wajihah..awak tahu tak..umat islam kat Malaysia ni lebih teraniaya berbanding kat Palestin..
kita ditindas dengan segala bentuk penganiayaan..kamu sedar tak tu.."
ambe hanya memandang wajah hamba Allah itu dgn penuh tndatanya..
lama..tak mampu membalas renungannya..ambe tunduk diam..ibarat pesalah yg baru dijatuhi hkuman..


"umat Islam ditindas dngan hiburan melampau..kerosakan akhlak dimna2..
sedangkan mreka tak sedar mreka sbenarnya ditindas..kamu tahu tak dah berapa ramai yg syahid di malaysia kerana perjuangkan Islam.."
sekali lagi ambe tergamam..hanya gelengan yg mampu ambe berikan sbgai jwapan..
kenapa ambe tak tahu..kenapa ambe tak pernah tahu..


"tercatat disini..tokoh peringkat Nasional adalah Dr.Mahathir..kamu cakap kamu adalah penyokong kuat HAMAS..tahu tak yang Dr.Mahathir enggan bertemu dengan wakil HAMAS ke Malaysia semasa persidangan di Malaysia.."


"tahu tak..yang segala bantuan yg disalurkan tidak sampai pun kepada HAMAS tetapi FATAH.."
ibarat serangan bertubi-tubi menyerang jantung...ambe kaku tanpa jwapan..hnya diam berfkir..
tak..ambe tak mampu berfikir...
Ya Allah..ampunilah hambaMu ni yang tidak tahu..salahnya aku tidak ingin ambik tahu..
sampai perkara camni pon aku...Allahuakbar..


terlintas sekilas di fikiran ambe..bukankah kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf HAMAS sebagai sebuah kerajaan yang SAH tetapi FATAH..kenapa..adakah kerana ideologi perjuangan yg sama..
perjuangkan bangsa..perjuangkan Assabiyyah..
bukan agama .. Astaghfirullahalazim...
itukah maksud yg ingin disampaikan mereka...


kalau ikutkan hati ingin menangis..memang ambe nak nangis..
mengenangkan kebodohan ambe yg tidak mengambil tahu saudara dekat dngan ambe..
"kuman diseberang sungai jugak yg dia nampak..gajah di depan mata buat tak tahu.."
lontaran pedas menujah ketelinga..menusuk ke tangkai hati..
bukan terluka..tetapi ibarat menyedarkan ambe dari mimpi lena yg panjang..
MasyaAllah...panjang betul lena ambe..
dibuai keasyikan harapan yg terenda tinggi ke langit..sampai lupa pada kaki yg masih menjejak ke bumi..
mujur ambe disedarkan..
bagaimna nanti ambe hanya sedar tatkala maruah agama dan tanah air sudah tergadai..
sedangkan ambe berkelana jauh dibumi saudara yg jauh..
saudara yg dekat ambe hnya mmpu melihat dari jauh smbil mrenda hrapan2 baru..
yg mungkin sudah lambat utk digapai...Nauzubillahimizalik..


kesedaran dalam kembara dalam perjalanan sebuah Haraki..
memberi impak besar dalam hidup ambe..
ambe yg kurang semangat..lebih banyak berbicara tentang hal2 kecil ..
sperti cinta..couple..dan lebih kepada tarikat dan makrifatullah..
tanpa sedar bhawa ada satu elemen yg penting dalam pemeliharaan aqidah..
iaitu perjuangan Islam..


kenapa Perjuangan Islam tu satu tuntutan Aqidah..??
kerana dlam konteks situasi umat Islam di Malaysia kini..
kita tutup skop yg jauh..kita tutup seketika lensa kita di Palestin..di Kashmir..
di Pattani..di Syria..dan negara Islam lain..
bukan melupakan tetapi mengecilkan skop kita agar perkara yg lebih penting tidak terlepas pandang..
apa sebenarnya yg jadi di Malaysia sahabatku..

apa yg paling hangat ...

kes pembuangan bayi...




kerosakan akhlak remaja di paras kritikal...



pergaulan bebas dan budaya couple....





membiak suburnya tempat2 maksiat yg diluluskan kerajaan..




dan paling dasyatt...

Murtad~



ape semua ni??
realiti..fantasi..atau rekaan semata-mata..
untuk tujuan menakut-nakutkan kita...atau hanya selingan utk mencantikkan isi dlam entry kali ni..
hiburan melampau yg digalakkan oleh pemerintah...
bukankah ini semuanya penganiayaan dan kezaliman...
menghanyutkan generasi dan umat Islam agar leka dan tidak kenal dengan agama sendiri..

Islam hanya tinggal pada nama..manakah Islam pada akhlaknya..pada zahirnya..pada amalannya..tiada~

ISLAM HANYA PADA NAMA..
bila ditanya kenapa ISLAM??
kerana warisan..kerana ikut-ikutan..kerana IC sy cakap sy Islam..MasyaAllah..
bukankah kerana Aqidah..bukankah kerana yakin bahawa ISlam adalah agama yg BENAR..
kenapa...dan kenapa..soalan yg harus ditanya pada diri kita sendiri...
kenapa jadi benda2 mcam ni kat anak2 kita..
kerana kurang suburnya rasa kepentingan kepada hidup beragama..
kenapa rasa kepentingan tu kurang..
kerana budaya hedonisme..cinta dunia dan takut mati telah menyelubungi dan merantai tangkuk hati dan minda umat Islam kita...di Malaysia..


salah kah bila ambe kata...
kerana itulah perjuangan Islam itu satu tuntutan..
tuntutan untuk memelihara aqidah kita..
agar tidak runtuh dann hanyut dibuai keasyikan arus gelombang dunia yg mnyesatkan..
yg akan menenggelamkan kita suatu hari nnti..di mna penyesalan itu ibarat tin kosong yg tidak terpkai..
hanya berbunyi namun isinya tiada..nak ke kita?? tak nak kan~
bagaimana memperjuangkan islam..??
dengan berada dlam barisan jemaah..
jemaah yg benar2 bermatlamatkan Islam..
membawa Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah sbgai ganta azimat..
membawa Al-Quran dan As-Sunnah sbgai medium pelengkap kehidupan..
jemaah itulah yg dipanggil Haraki..
Harakiah Islamiyyah..
mungkin ada antara sahabat2 ambe yg kurang faham akan matlamat perjuangan haraki..
akan ambe utarakan dalam entry2 akan datang..


cuma setakat disini..ambe ingin tegaskan betapa pentingnya perjuangkan islam utk Aqidah..
dan begitu pentingnya Aqidah utk perjuangan Islam..
kaitannya...
perjuangan Islam utk memelihara Aqidah agar tidak dirobek dihancurkan oleh musuh Islam di mna Aqidahlah yg menentukan jatuh bangunnya umat Islam kita hari ni..
dan Aqidah yg merupakan satu kekuatan yg harus dimiliki setiap pejuang Islam agar perjuangan asalnya tidak lari dari matlamat asal dan Syariat yg digariskan Islam..sangat rapat perkaitannya..
untuk Aqidah kita..perjuangkanlah Islam..
untuk perjuangkan Islam..teguhkan dan mantapkanlah Aqidah kita..



dalam jalan perjuangan..jika kita tidak berani ambil risiko..
janganlah berani utk kita katakan kita perjuang Islam..
pejuang yg cintakan islam yg benar2 ingin perjuangkan islam
takkan gentar dngn peluru..takkan rebah kerana kekuasaan pemerintah yg zalim...
takkan lari dri medan perang yg realiti dan takkan pernah mengalah dari berpaksikan Aqidah yg satu...

kalau nak diceritakan stiap sosok kisah kembara dalam Haraki..
rasanya tak tertulis kat sini..
ambe belum cerita lagi sal Panji..sal kewajipan intima'..
takpe2...ambe akan sambung di entry akan dtang..
sentiasalah mencari..
sentiasalah mengkaji..
janganlah kerana situasi negara sudah aman..
ia menjadi alasan utk kita terus hanyut dan malas berfikir dan mengkaji..

akhir kalam..
salam muhasabah dan islahkan diri..

Wallahualam...Assalamualaikum~




1 comment:

Zulgeologist said...

Hakah Islamiah itu perlu mencangkupi seluruh permasalahan umat :-)