Assalamualaikum WBT...
Salam Sayang dan Salam Rindu buat sahabat-sahabat yang ambe sayangi...
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
buat kesekian kalinya..marilah sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang menghirup udara segar di muka bumi..diberi peluang melihat kehijauan alam..masih diberi peluang untuk buka blog ambe secara kebetulan atau tidak untuk berkongsi sedikit cuitan rasa cebisan ilmu dari Allah..juga masih berpeluang dan masih mempunyai kudrat untuk bukak Facebook..ym..chatbox..iluvislam,tengok movie..pergi kelas psychology dan sbagainya..
maknanya anda2 sekalian masih hidup..masih diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup di muka bumi ni..meneruskan perjuangan sebagai seorang khalifah di dunia ni jua jua meneruskan mujahadah untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa..
kita sentiasa diberi peluang..tapi sampai bila..
adakah kita yakin dan tahu hari ni..esok..lusa..dan seterusnya kita masih hidup..
masih berfacebook..masih ke kelas Sir Syahril & Sir Farid..ke kelas Sir Ikmal..jua kelas Madam Bai...
adakah hari esok..atau hari ni..atau beberapa minit lagi...malah beberapa saat lagi..
adakah masa masih tersimpan untuk kita..
adakah kita masih diberi peluang untuk bernafas..masih diberi masa untuk bertaubat..
adakah..adakah..adakah...sekian~..(huihui..)
kita pun tak tau..waji pun tak tau..Bush pun tak tau..Obama pun tak tau..malah Paris Hilton pun tak tau..bila kan masa ajal akan tiba untuk menjemput...tak taula kalau mereka tau kan..(contoh..)
Kita tidak tahu bila masanya tiba untuk kita kembali padaNya...
kembali ke mana bro~..kembali pada Allah..di mana tatkala ajal memanggil..tatkala nyawa berpisah dari jasad...maka terputusla hubungan anak adam itu dengan dunia..
mana destinasi kita nanti~ke alam kubur..ke alam barzakh..
selangkah ke alam akhirat..(bukan selangkah ke UiTM yepp..)
kita tak tau bro~kita tak tau beb~kita tak tau....
sebab tu kita dianjur selalu bertaubat..selalu kembali pada Allah dengan nyata..
janganla tunggu pengembalian yang abadi...terlambat suda~
apalah yang kita bawak nanti..untuk mahar bertemu Allah...
apa kita ada sayang-sayangku...
cukupkah bekalan amal kita..cukupkah mahar ketakwaan kita..cukupkah rasa cinta kita untuk Allah...
cukupkahh~
Jadi kita memang sentiasa tak bersedia..
kita akan sentiasa lalai..
kita kan sentiasa berlagha..berlalai..berfacebook..berblogging..ber dan sekian ber...
manusia ni fitrahnya lalai..fitrahnya lupa..fitrahnya sukakan keseronokan..
bak kata..dunia ni takde warna tanpa keseronokan..
tanpa karaoke..tanpa tengok wayang..tanpa facebook yang akan tamat Mac ni..
(ececeehhh..takde warna pulak yepp...macam2 la kita ni kan~wajie la..korang tak~)
betapa sayangnya kita kat dunia..cintanya kita pada dunia..
hingga terkadang-kadang..akhirat ditolak ke tepi...
hik3..korang tau tak..muka 'dia' camne..mesti korang tau kan..ambe malas nak mention lebih2..
takut korang sesat..ahakkss...
tapi yang pasti..'dia' dah tua..masa zaman Rasulullah SAW pun 'dia' dah bongkok tiga..(klau tak silap)
masa zaman kita ni entahla berapa bongkok dah dia..
yela..dengan Global Warmingnya..dengan Gempa Buminya..dengan Tsunaminya..dengan Tornadonya.
dengan Hurikannya..dengan sebagainya..
bukti bumi ni dah tengah dalam proses install shut down..sebab terlebih 'virus'..
korangla..download lagu..movie banyak sangat..lepas tu tak scan anti'virus'..
maka terjadilah kerosakan2 yang mengundang bencana seperti laptop tak bleh bukak..
sekarang ambe nak analogikan peristiwa laptop rosak ngan bumi..(sape bleh jawab dapat hadiah..)
ambe yakin mesti kadang2 korang terdetik kat hati kan..
lebih2 lagi kalau yang sedar Kiamat Sudah Dekat..
dengan pelbagai bencana2 alam yang telah Allah mention dalam Al-Quran...
bukti yang dunia ni dah tiba masa untuk berehat..eyh bukan..ber..entahla..ambe tak tau perktaan yang sesuai.
pandai2lah korang describe sendiri yepp...
Allah sentiasa beri sign kat kita..beri kesedaran..
supaya kita2 ni..sedar diri..kembali pada rahmat kasih sayangNya..
Allah jentik hati kita dengan bencana yang menimpa umat manusia..
Allah terbitkan dalam hati kita rasa takut..rasa ngeri dan secebis keinsafan...
jadi jangan sombongkan diri kita dengan memejam mata serapat-rapatnya dari mengakui Kekuasaan Allah..
malah jangan sesekali sombong dengan Allah..
sombong untuk menafikan rasa untuk kembali pada cintaNya..
sombong untuk mengakui Allah itu adil dan sentiasa menetapkan yang terbaik untuk hambaNya..
setiap yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk kita..
jangan sesekali argue walau sehebat manapun kita dalam subjek law..huahua...
ingat sahabatku..Allah tak suka pada orang yang sombong...
dan ingatla kita ni hamba je..kita kena belajar redha..
kena belaja kuat bila Allah uji kita dengan dugaan..
sebab Allah tahu hamba itu mampu..dan Allah sayang hambaNya..
Masanya akan tiba...untuk dunia ni berakhir..
masanya akan tiba..untuk usia kita berakhir..
dan masanya akan tiba untuk Allah menshut downkan bumi ni dari berfungsi..
memberi kemudahan facebook...tengok citer korea dan sebagainya...
sebagaimana Zukh apa2 tah yang akan mengshutdownkan facebook bulan Mac ni...(ahaks..)
Persoalannya..bersiap-sediakah kita..
untuk menemui Yang Maha Pengasih..
dengan bekalan amal kita yang sendiri tak tau sebanyak mana yang ada...
Andainya masanya tiba dan masa tu kita masih berkaraoke..berfacebook..dan berblogging macam ambe..
adakah kita dah bersedia..
alangkah indahnya tatkala tiba masanya tu nanti..
kita kembali menemui rahmat kasih sayangNya dalam keadaan bersedia..
tatkala izrael datang..kita sudah siap menanti dia datang menjemput....
takpun kita sedang ikuti majlis ilmu di mana seluruh makhluk2 Allah di langit..di bumi dan di lautan mendoakan kita,..dan tika itulah izrael datang dan memberitahu khabar gembira buat kita..alangkah indahnya...
jadi sahabat2 yang ambe kasihi..
sentiasalah persiapkan diri kita dalam destinasi kembali padaNya...
teguhkan hati dan mantapkan iman..insyaAllah..
andai masanya tiba...kita sudah cukup sedia untuk menyahutnya..amin...
No comments:
Post a Comment