Wednesday, January 5

Jangan Bersedih Bidadariku....


Genangan air mata diwajahmu..
menggambarkan kedukaan yang kau rasai...
aku mengerti hatimu..bidadariku..
 Bersabarlah sayang..kerana redha itu sahajalah kekuatan bagimu..
engkaulah bintang kesayangan Rabbi..
jadikan cintamu pengubat hati

 Wahai Bidadari..penghias duniawi..
 dirimu permata bernilai tiada gantinya..
 peliharalah dirimu dari kebinasaan dunia..
 jagalah dirimu apa adanya..
jangan tergadai kerana hawa yang dusta
kerana aku inginkan dirimu peneman di syurga

 Dunia ini medan derita..itu yang pernah kau katakan padaku dulu..
memintaku thabat dan teguh dalam perjuanganku..
 mendoakan aku kuat dikala aku memerlukanmu..
 tabah bidadariku..jangan kau bersedih demi kesakitan ini..
 kerana kita sama-sama mengerti maharnya kebahagiaan yang abadi..
disisi sepohon cinta dan selaut rindu pada Ilahi..


 bidadariku sayang..
aku mengerti dukamu yang berpanjangan..
 tangismu dalam kesakitan..
 tapi ingatkah kamu pada pesan yang pernah kau titipkan padaku dulu..
 memohon agar aku tabah dan redha dengan setiap ketentuanNya..
menjadikan sabar dan syukur penenang dijiwa...



Masih teriang-iang kata-katamu yang kusimpan hingga kini..
masih ku ingat lembut suaramu menyentuh qalbuku...
"ingat dek,kadang-kadang kita berdoa untuk kuat..untuk teguh iman kita..
tapi banyak pula dugaan melanda
kadang-kadang kita minta cerdik..nak jadi pandai
tapi masalah pula bertandang...
dan kadang-kadang kita minta kebahgiaan
tetapi huru-hara pula menjelang...
Sebenarnya adikku Dugaan menjadikan mental,iman kita kuat..
masalah menjadikan kita berfikir..
dan huru-hara tu menjadikan kita tabah..
setiap yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya..jadi redhalah dengan takdir Allah"
itulah yang menjadikan aku kuat hingga kini bidadariku..
dan inginku kembalikan ia semula padamu sebagai azimat dalam perjuanganmu..


Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis...
jadi kumohon teruskanlah bermujahadah bidadariku...
jangan pernah sekali kau berpatah dalam perjuangan..kerana aku perlukanmu sebagai kekuatan..
aku dahagakan dorongan dan nasihatmu sebagai pemudah jalan..
jangan kau lelah..janganlah kau lemah..
kerana aku bangun dengan kekuatan yang telah kau berikan padaku dulu...


aku mengerti dukamu bidadariku..
jadi izinkanlah aku melakarkan wadah untuk sedetik waktu yang bakal berlalu..
izinkan aku mengembalikan azimat yang pernah kau hadiahkan padaku..
 izinkan aku berterima kasih dengan kasih yang kau curahkan buatku

sungguh..kedukaanmu menggusarkan jiwaku..
tak rela ku biarkan air mata membasahi wajahmu bidadariku..
ku mohon..kuatkanlah hatimu..
kembalillah pada cintaNya yang selama ini mengisi ruang dalam kamar hatimu...
mohon padaNya agar kedukaan itu menjadi mahar pertemuan di alam sana..
dan aku disini..
sentiasa mendoakan dirimu dalam jagaanNya...

 Janganlah bersedih bidadariku..
kerana kaulah dambaan pencinta Ilahi...



1 comment:

adahredha said...

syukran ya habibi........... adahredha...