Tuesday, January 4

Wahai belahan jiwaku..andainya kau tahu hatiku....

 

            Wahai dirimu..belahan jiwaku...
             Ketahuilah betapa sukarnya aku dalam pencarianku
Betapa deritanya hatiku mempertahankan cinta yang ku simpan buatmu..

Wahai dirimu yang diciptakan Allah untukku..
Ketahuilah sayangku..aku sakit dalam perjuangan mempertahankan kesucian cinta itu..
aku hampir terjerat dalam cinta asing ajnabi yang bukan untukku..
Maafkan aku cintaku..
Cintaku yang kusimpan buatmu hanya cinta biasa..
Mungkin tak setulus cintamu pada Rabbi yang menciptakan cinta antara kita
Dan aku rela andai cintamu padaku tidak seteguh cintamu padaNya..
Kerana aku tahu dengan cintaNya itulah kita bertemu..  

Wahai Sang Belahan Jiwaku..
aku tidak memerlukan dirimu sesempurna Nabi Muhammad..
Cukuplah mampu membimbing dan menjadi imamku..
aku tidak memerlukan dirimu seagung Nabi Sulaiman...
Cukuplah insan biasa yang akan menjadi ayah buat anak-anakku...
aku tidak memerlukan dirimu sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh
Cukuplah dirimu insan Soleh yang ikhlas dalam cinta pada RabbiNya..
insan biasa yang sudi memimpin tanganku dan menuntunku mencapai nikmat cinta pada Yang Maha Kuasa..




Wahai Mujahid Kekasih Allah..
andainya kau tahu betapa lemahnya diriku..
adakah kau sudi memohon pada Allah agar kuatkan jiwaku ini.
andainya kau tahu betapa rapuhnya imanku ini..
adakah kau sudi mendoakan keteguhan buat diriku....
aku ini lemah..jadi kumohon Mujahidku..
kuatkanlah dirimu..jadilkanlah dirimu Mujahid yang tabah..abdikanlah dirimu dalam cintaNya..
Hanya itu yang dapat menjaga dirimu..buatku..


Wahai Sang kekasih..pendamping diriku di syurga..
andainya kau tahu apa yang kukatakan kini buatmu...
kumohon..janganlah dirimu mengganggu ketenangan dalam dihatiku...
jangan dekati diriku andai kau belum bersedia kerana masanya belum tiba..
Mujahidku..sesungguhnya aku takut akan kemurkaan Allah..
aku bimbang menjadi penyebab terjerumusnya dirimu ke lubang neraka..
jadi jauhkanlah dirimu dariku andai masanya belum tiba..
kerana aku akan menjadi fitnah bagimu..
ketahuilah kekasihku..kaumku ini menjadi fitnah besar bagi kaummu...
jadi peliharalah dirimu dari fitnah kami..



Wahai Pelengkap Jiwaku..
Andainya kau tahu apa yang terselindung di hatiku..
 Ketahuilah aku ini tidak sempurna..
aku hanya insan biasa yang dikurniakan Allah dengan satu hati..dan satu jiwa...
namun jiwaku ini masih belum lengkap..maka hadirkanlah dirimu melengkapi jiwaku
Terimalah aku baik dan buruk diriku..
kerna aku tidak sempurna..jadi jadikanlah aku bidadari yang sempurna buatmu..
jagalah aku dan jadilah Murabbiku..kerna aku sentiasa perlukan dirimu untuk membimbingku..
Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu dan keimanan..
agar mampu menjadi imam yang teguh dalam mengendali bahtera perjuangan mengejar cintaNya..


Andai umurku tidak panjang untuk terus menantimu didunia ini..
ketahuilah aku akan terus menantimu di syurga nanti..
akan ku siapkan tempat bagimu bersama bidadari-bidadari yang mendambakan cintamu..
dan tika masanya kau kembali padaNya..
aku akan ada di sana..menanti dirimu melengkapi belahan jiwaku...
Moga Allah menjagamu buatku..kerana aku tidak tahu siapakah dirimu belahan jiwaku..
andainya kau tahu hatiku ini..akan aku katakan peliharalah jiwamu untukku..
Moga Allah pertemukan kita..didalam Rahmat dan RedhaNya...
...Amin Ya Robbal Alamin...




No comments: