Thursday, January 13

Malunya aku Tuhan...







Andai ku himpun segala sesalku..
Andai ku hitung segala dosaku padaMu Tuhan..
Alangkah malunya aku untuk memohon lagi...
Alangkah malunya aku tapi bawanya kemana...

Tatkala aku sedar..
aku malu dengan kesilapan sendiri..
tapi tatkala aku kelam..
aku lupa adanya Kau mengawasi diriku...
aku hanyut dengan arus dosa yang membadai hati...
aku leka dengan gelap yang memakan diri..
Dosaku tidak terhitung walaupun kucuba imbasinya berkali-kali..
Malunya aku Tuhan...

Tuhanku...
Hampir aku tenggelam dalam badai itu..
Namun tak pernah Kau biarkan aku lemas..
sentiasa ada cahaya yang menyuluhku agar kembali dalam dakapanMu..
akan ada teguran menjengah,,
akan ada nasihat menerpa
dan akan ada suara menyeru aku..agar kembali padaMu..
Malunya aku Tuhan...

Tatkala kau duga aku dengan kesakitan..
aku ingin Kau sentiasa ada menemaniku..
namun kadang-kadang aku jadikan ia alasan...
untuk aku menjauh dariMu...
Dugaan itu ku anggap batu penghadang..
agar meringankan ibadahku padaMu..
sedangkan aku sepatutnya menjadikan ia sebagai tanda kasihNya Engkau padaku..
dengan lebih mendekatkan diriku padaMu..
Malunya aku Tuhan..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Betapa ku sedar Rahmat Kasih SayangMu..
Padaku hambaMu yang hina...
yang sentiasa mengharap petunjuk dariMu.
yang sentiasa mengharap keampunan dariMu..
kerana sentiasa berbolak-balik..
kerana sentiasa menjauh..
dari cintaMu yang suci itu......

Alangkah malunya aku Ya Tuhan..
kerana telahku sia-siakan kasih sayang yang Kau beri padaku..
membiarkan berlalu kesempatan yang Kau hadiahkan untukku..
Alangkah malunya aku..
kerana meringan-ringankan ibadahku padaMu..
kerana merugikan masaku dengan kesibukan dunia.
Yang akhirnya akan hancur jua...

Ya Allah...
aku ingin kembali padaMu...

terimalah aku hambaMu ini..
bimbinglah aku dan redhailah hidupku..
Jadikanlah aku hamba yang sentiasa mengharapkan CintaMu..
jadikanlah aku hamba yang hanya mengharapkan Redha dariMu..
izinkanlah aku menjadi hamba yang diberi kesempatan menatap wajahMu nanti disana...
Tapi Malunya aku Tuhan..
andai aku kembali pada dosaku,,
jadi ku harapkan petunjuk dariMu Ya Tuhan..
Tuntulah aku menggapai cahayaMu..
Lindungilah aku dari kejahatan hawa nafsuku sendiri...
dan jadikanlah aku hambaMu yang tabah dalam menempuh dugaan dariMu...

Ampunilah Aku Ya Allah...
kerana aku malu dengan diriku sendiri..
kerana aku malu dengan dosaku padaMu..
Malunya aku Tuhan..

No comments: