Monday, January 10

Aku dan Episod Kifarah Dosa..

Assalamualaikum WBT.....

 Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meruskan hidup didunia ni...
Alhamdulillah juga kerana masih diberi peluang bernafas untuk mengumpul dan mendalami sebanyak mana ilmu dan amal untuk perjuangan hari esok yang masih  jauh di hadapan..
Alhamdulillah jugak sebab Allah masih bagi ambe kesempatan untuk update blog kali ni dan berkali-kali lagi..

Apa Khabar??...How Are You??..Kaifa Haluka/i??..Guane Demo??...Ni Hao Ma??..
Ambe harap sahabat-sahabat semua dalam keadaan sihat di bawah lembayung rahmatNya...
Ucapkanlah Alhamdulillah..syukur kerana tak sakit seperti ambe....
 
InsyaAllah ambe redha...mungkin ini Kifarah daripada Allah atas dosa2 ambe..sebab bagi seorang  pendosa tu musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri...selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui... 


Kejutan Daripada Doktor....

Macam biasala hidup ambe..tiap-tiap hari mengharungi  sakit kepala..rasa lemah..tak larat..tak 'cekat'@penat..mudah letih..Ambe harungi mcam manusia normal harungi hidup diorang sehari-hari...
Kadang-kadang sakit kepala ambe jadi teruk dan sangat memenatkan ambe...ingat best ke sakit..tapi bila teringat kata-kata dari salah seorang sahabat ambe..Katanya(lebih kurang camnila) : Jihah..apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan Jihah dari azab api nereka dan masukkan Jihah ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."..sambil urut2 kepala ambe..Ambe jadi malu dengar kata2 tu..sebab ambe macam tak bersyukur dan tak redha dengan sakit yang Allah bagi kat ambe sebagai tanda kasihNya Dia pada ambe..Kata-kata daripada Dr.Hati ambe nila buat ambe kuat bila sakit..
dengan segala kudrat ambe telanla 'Painkiller' walaupun ambe benci 'beliau'....

Selepas di'advise' atau dibebel beberapa kali oleh sahabat roomate ambe yang dikasihi sebab berdegil  tanak jumpa doktor.....el-maklumla..ambe mewarisi sikap2 anak bongsu yang 'common' iaitu keras kepala atau bahasa saintifiknya stubborn.. bukan pe ambe malasla jumpa2 doktor ni...lebih2 lagi kat Klinik2 Kerajaan..Ya Allah..pemalasnya diorang melayan pesakit dan betapa 'low'nya kualiti deme2 sekalian ni dalam perkhidmatan kepada pelanggan buat ambe menyampah gila nak  gi klinik bila ambe sakit....

Akhirnya...tanggal 9 Januari 2011...ambe terpaksa juga gagahkan kaki..tangan dan anggota badan untuk ke klinik sebelum ambe di'advise' lagi sekali...Bergeraklah ambe seorang diri menaiki Teksi ke sebuah klinik Swasta berdekatan Kampus..sebenarnya kalau ambe sakit..ambe prefer klinik Swasta daripada klinik Kerajaaan...perkhidmatan diorang bolehla buat ambe yang sakit ni sihat sikit.....

Di'proceed'kan cerita..bertemulah ambe seorang gadis Melayu yang berjiwa matang..(ececeehh..)..dengan seorang doktor Muda berbangsa cina bernama Melayu...'tercuit' hati ambe sekejap tatkala tengok mukanya...(uikss)...(sekadar Selingan...)....dan ambe pun dengan takde soul..jiwa dan semangat berceritalah kat doktor itu yang khusyuk dengar citer ambe yang ambe rasa langsung tak best,...
 
Tiba-tiba dia bleh plak cakap.."..kamu tahu itu ketulan dalam otak..."..dan relatekan dengan penderitaan ambe dengan satu penyakit yang ambe paling tak berkenan dengan mukanya yang suspen..pandaaii dia takutkan aku...rasa cam takde darah mengalir kat muka bila dia cakap camtu....kalau nak relatekan dengan penyakit sekalipun..bagila penyakit yang best2 skit..Demam Rindu ke..Angin Sukma ke..ni penyakit tu..apa doakan ambe mati ke doktor tu..

Tapi ambe cam biasala..cool dan macam takde perasaan..dengan positif dan ayat yang up diri  berkata  dalam hati..'ek eleh doktor ni..aku pun terer jugak bab2 Otak..bab2 Saraf ni..deme ni muda lagi..manala tau bab2 ni semua..'..untuk tenangkan ati sendiri...dalam rasa macam nak mati dah masa tu...hu3...abis positif ilang time tu jugak..

Doktor tu dah gelabah..dan cam takut..'tak professional betull..maklumla doktor muda'...ambe konsisten dengan sikap cool ambe..takkanla ambe nak nangis2 kot..cek pun tak lagi...Lepas tu doktor muda+comel+chinese tu pun tanyala ambe.,apa perlu dia buat dan apa yang ambe nak  buat..
'kalau dia tu doktor kat hospital ambe..memang nasibla doktor ni'..jadi ambe pun katala 'Maybe jumpa Neurologist kat Hospital kot'...tu pun nak kena bagitau ke doktor..baik bagi ambe je jadi doktor kalau soalan asas medic pun tanya ambe...'taupun si doktor tu tau ambe minat Medic'he3.....jadi bermulala ujian kereaktifan saraf pada petang tu...untuk melihat sejauh mana teruknya gangguan saraf yang ambe lalui..ambe cam relax jer..sebab sebelum ni pun ambe ada kaji serba skit sal saraf dan gangguannya jadi ambe bleh tau setiap ujian yang dia buat ke atas ambe..

Selepas ujian yang  membosankan tu..maka dapatlah dikonkludkan..ambe perlu menerima rawatan atau pemeriksaan susulan daripada Pakar Saraf..cita-cita ambe..macam tiket free untuk belajar sarafla..Hikmah ambe sakit..ambe bleh tau serba sedikit tentang Gangguan Saraf Otak..Alhamdulillah..

Jadi ambe akan ada satu  appoinment untuk scan otak ambe..dan lagi ujian saraf yang  membosankan Tahap Ke-2..ambe terpksalah tahan..sebab daripda ambe menderita sakit kepala dan Bengap tahap nak mampus..lebih baik ambe dapat tahu sendiri ambe ni sebenarnya sakit apa..
Andaikata sakit yang ambe deritai ni parah..ambe Redha jela..kurang2 ambe ada tempoh masa untuk bertaubat..walaupun sekejap..berbanding orang yang sibuk2 joli..sedangkan tak tau ajal dah dekat...

Doakanla takde apa-apa jadi kat ambe ya..Jangan kau doa pulak ambe ni mati cepat...kurang-kurang  biarla ambe bleh gi Palestin dulu..bukan apa..ambe  ni muda  lagi....Doakanla kesihatan ambe ye...

(ambe akan sambung lepas dapat result keputusan scanning otak ambe yee...Assalamualaikum...)