Wednesday, January 19

Naluri Insani..Jangan Kau Miringkan...

Diciptakan laki2 dan perempuan2 itu berpasangan..memenuhi naluri untuk saling cinta mencintai...





Assalamualaikum WBT...

Salam Sayang...Salam Kasih...Salam Rahmat Dan Salam Kesyukuran buat sahabat2 yang ambe kasihi..
Sebenarnya Tajuk entry post ambe kali ni..mungkin tersangat-sangat sensitif bagi sesetengah orang...tajuk sebenarnya adalah..'Gay dan Lesbian..fenomena mengundang bala Allah'
tapi oleh kerana ambe tak nak sentuh secara spesifik pasal masalah ini..dan ambe ingin lebih menekankan persoalan naluri..jadi ambe telah tukar tajuk post...

Maafkan andai ada terkasar bahasa nanti..dan menyentuh isu2 yang mungkin akan melukakan hati..
ambe awal-awal lagi mohon ampun kekhilafan...
Sebenarnya..ambe kurang pendedahan tentang isu2 sperti ni sebelum ni...mungkin sebab ambe ni tersangat slow dalam semua hal2 begini..jadi lambatlah ambe untuk tersentak dan tersedar dengan fenomena kejatuhan ummat Islam abad ini...sebenarnya yang membuka hati ambe untuk sentuh bab hubungan sejenis kali ni adalah sebagai kesinambungan bagi tajuk cinta..kahwin..etc...

Tapi cukup sekadar pendapat dan perkongsian dari Hamba Allah yang masih bertatih dalam mengenal erti hidup...andai ada yang salah..janganla takut tau malu tegur ambe..sebab ambe tak nakla sesatkan orang dengan kata2 ambe ni...

 
wat muka innocent jap~
Gay dan Lesbian..atau bahasa saintifiknya Homoseksual...berdasarkan apa yang telah ambe kaji serba sikit kat Wiki..nilah yang ambe dapat..homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina"..
Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Homoseksual dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana ketika itu gejala seks, perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku.


Ayat 80, Surah al-Araf (7), bermaksud,
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

Ayat 81 bermaksud,
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.


Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.

Firman Allah Taala: "Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu." (Surah Hud: 82- 83).


Maka telah dapat kita tafsirkan dalam Ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah..bahawa perbuatan Homoseksual atau hubungan sejenis ni sangat dilarang keras dalam Islam..dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah dan bakal mengundang bala jika kita semua tidak cuba untuk mencegahnya,...


Ambe bila terjentik dengan fenomena ni mulalah ambe rasa terkilan sikit..
ambe tak yakin yang Allah hadirkan fitrah untuk cenderung kepada sesama jantina tanpa Allah berikan jalan untuk mereka menyekat naluri tu..dan ambe yakin sesetengah daripada mereka2 yang terlibat atau melibatkan diri ni bukanlah kerana fitrah mereka dilahirkan terus cenderung pada pasangan sejenis melainkan mereka tidak cuba berusaha untuk menyekat,..tidak berusaha mengawal nafsu yang menggelodak dalam diri..


Heii korang ni~...bukankah Allah dah ciptakan yang lelaki2 dan perempuan2 ni berpasangan..
diciptakan seorang wanita dari rusuk lelaki...dan telah ditetapkan di luh mahfuz sana..siapa jodoh kita dan pasangan kita di dunia dan di syurga kelak..Allah dah hadirkan dalam hati manusia itu rasa cinta antara insani..
rasa cinta yang diakhri dengan ikatan pernikahan..kalau sesama jenis.. camne korang nak nikah..pelik betul korang ni...aku pun tak fahamla..camnela korang bleh tertarik sesama perempuan..bleh tertarik sesama lelaki,...nak kata korang khunsa..ambe rasa korang sume ni normal...mungkin perkembangan naluri dan jiwa korang je tak normal..dah Allah ciptakan yang elok2..suka2 je korang nak ubah kan...memangla korang ni...



Meh ambe ceritakan sikit sebuah kisah bagaimana Allah telah turunkan bala bagi kaum2 yang melampaui batas..yang miringkan naluri dan fitrah mereka ke jalan Jahanam..jalan yang dimurkai Allah...
Kisah  kaum Nabi Luth A.S..bagaimana Allah telah turunkan azab seksa kerana telah melakukan
penyelewengan fitrah yang amat buruk..korang fikirla sendiri..kalau azab Allah diturunkan semasa kita sedang lakukan maksiat..maka matilah kita dalam melakukan maksiat...dan masa dibangkitkan semula di akhirat kelak..jadilah kita semua dikalangan orang2 yang rugi...dan nantikanlah balasan yang akan Allah berikan pda kita..Moga Allah selamatkan kita daripada dasyatnya nerakaNya yang panas dan menyala-nyala..Allahumma ajirna minannar Ya Allah..


Ok Proceed~
Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin , Laut Mati. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat...
Di mana Allah telah menurunkan bala bagi hambaNya yang melampaui batas..
suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua penghuninya . Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T di kota Sodom, dan hancurlah kota tersebut yang berada di laluan manusia yang lalu-lalang. Namun, masih ditinggalkan kesan-kesan kehancuran kota tersebut oleh Allah S.W.T, sebagai peringatan kaum yang kemudian yang melalui di jalan tersebut. Demikianlah kebesaran dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi hamba-hamba-Nya yang mendatang...
dan nampaknya fenomena kesongsangan naluri itu terjadi lagi dan makin teruk pada ketika kita sedang bertatih tentang perjungan hidup...dan ambe khilaf ingin katakan bahwa usaha untuk mencegah perbuatan ini daripada berleluasa menemui jalan buntu..di mana masyarakat dunia..perlahan-lahan merelakan perbuatan keji ini berlaku malah ada yang merestuinya hinggalah adanya undang2 yang membolehkan pasangan Homoseksual bernikah..Masya Allah....seram sejuk ambe dengar..nampaknya tidak dapat tidak..bencana alam yang berlaku di seluruh pelosok dunia tu adalah warning awal daripada Allah agar berusaha mencari jalan agar menjauh daripada bala Allah...dengan perlaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar dan benci pada kemaksiatan kerana Allah...ingatla dek..dunia dah tua..dah hampir pada penghujung..kenapa mesti lakukan sesuatu yang dimurkai Allah semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu....


Sukar untuk laksanakan Amar Makruf..Nahi Mungkar...

Betul tu betull...ambe pun rasai hakikat yang sama..tapi tulah hakikat perjuangan hidup manusia..lebih-lebih lagi..insan terpilih oleh Allah...anda-anda semua yang dipilih Allah untuk merasai kesedaran dan hidayah dari Allah..terpilih untuk sedar kepentingan Amar Makruf Nahi Mungkar dalam masyarakat..memang hidup sebagai khalifah di muka bumi ini..bukanlah tugas yang mudah..ramai yang tak sedar hakikat ni..
hakikat bahawa hidup manusia ni akan ada masalah dan cubaan sebagai penghias dan pewarna hidup...
ambe petik kata2 yang pernah diberikan oleh kak2 senior ambe..

"Menjadi sebaik-baik hamba & khalifah, bukan semudah memetik dua jari..
itupun belum pasti bisa berbunyi..
hakikat insan memang penuh dengan kekurangan..
Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan...
Teruskanlah melangkah meski dalam kepayahan..
Kita kan khalifah..mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah..
sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..
Lalu..haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba..belajarlah tabah duhai hati seorang pejuang..
tangisanmu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalanNya.."



jadi jangan pernah lemah sahabatku..
kita ni khalifah..dijadikan Allah sebagai pemakmur muka bumi ini dengan hiasan ketakwaan..
menjadi penghias dunia ini dengan perlaksanaan amar makruf nahi mungkar...
jadi ayuhla bersama laksanakan tanggungjawab..membantu..menyelamatkan sahabat2..kawan2..teman sekuliah..teman sekampus..atau rakan sekampung..yang mungkin hanyut dalam fenomena yang ambe sebutkan tadi..kasihanilah mereka...tolongla jangan hukum mereka..pulaukan mereka..sebab mereka dah buat silap..jangan biarkan mereka terus terkapai-kapai..
apa yang kita nak jawab dengan Allah nanti..andai ditanya kenapa kita tidak berusaha tolong mereka..
jangan pernah lelah..biarlah mereka tak nak dengar..atau mereka aniayai kita..jangan takut..sebab Allah ada..dan kita sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka..kita dah ada effort..andai tak berjaya..itu bergantung pada Allah..sebab hidayah itu milik Allah..jadi janganla bersedih andai ada sahabat2 kita..jiran2 kita yang bo layan dan buat tak peduli dengan nasihat kita..

Dalam perlaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar ni..bukan hasilnya yang Allah tengok..
tapi setakat mana usaha kita untuk laksanakannya..jadi jangan pernah mengalah..(nasihat untuk diri sendiri jugak..)



Dan sahabat2 yang mungkin telah terjebak..terjerumus..terhanyut..terlemas dalam keasyikan cinta sejenis ni..ingatlah Allah sentiasa ada perhatikan kita..malulah kita pada Allah..dan andai anda ingin kembali padaNya..ingatlah Allah sentiasa membuka tanganNya buat hamba2Nya yang bertaubat..kembalillah pada Allah..hentikanlah perbuatan yang dilaknati Allah..ingatlah bagimana bala telah ditimpakan Allah kepada kaum2 sebelum kita yang sepatutnya kita ambik point pengajaran agar tidak mengulangi perbuatan2 keji yang telah mereka lakukan...moga Allah mengampuni dosa2 mereka...

ingatlah sahabat2..dunia ni sudah di penghujung..sudah tua dan akan berakhir tak lama lagi..ambe tak nak menjadi sahabat yang tidak mampu bantu korang sume..sebab ambe sayang korang sume..Kembalillah pada Allah sayang..janganlah bertangguh lagi..ambe tau maksiat itu nikmat..maksiat itu lazat..tapi bayangkanlah azab siksa yang akan Allah turunkan pada kita nanti..masa tu..tiada apapun yang dapat selamatkan kita melainkan iman dan amal..Jangan kau miringkan naluri insani yang dianugerahkan Allah buatmu..
Allah dah ciptakan kita ni molek dowh..ada naluri..ada fitrah untuk kasih mengasihi..
dengan jalan ikatan pernikahan..tapi kita dah pesongkan fitrah yang Allah berikan dengan memilih jalan yang bertentangan dengan naluri sebagai manusia dan jalan kehancuran yang mengundang bala Allah..

Allah dah berikan kita pilihan..untuk memilih jalan Yang diredhai  taupun jalan dimurkai..
jadi itu pilihan anda semua..andai jalan kemurkaan Allah itu jugak yang anda nak pilih...ambe tak dapat nak nolong apa-apa..cuma mampu doakan Allah bagi kesedaran pada anda..bagi hidayah agar kembali padaNya..tapi andai jalan diredhai itu anda pilih untuk kembali padaNya..ingatlah..ambe sentiasa disini..akan membantu sedaya mungkin untuk kita sama-sama menuju gerbang yang diredhai Allah...
sahabat2 sentiasa ada disisi untuk bantu korang...insyaAllah..

2 comments:

Farah Zulkapli said...

hehe, Waji tnye Farah kan pasal isu ni dlm kelas sir Ikmal semalam? hehe, xper waji, klu xtau tnye,
Malu bertanye sesat jalan;)

Wajie Hadi.. said...

a'ah..tnya sbb kureng skit bab2 camni..
kan salah info..jtuh tertiarap plak diri sndiri..pepun thanks alot farah..